BAB 26

1.1K 69 5
                                    

Rumah Puan Latifah

"Assalamualaikum. Umiiiii anak kesayangan umi dah balik!." Jerit Louis yang baru sahaja turun dari kereta.

Menggeleng kepala Hazel Aryana melihat perangai suaminya.

Dah tua tapi perangai macam budak-budak. Kadang dia matang, kadang aku yang matang. Haihhh daddy Louis sayang. Comel je perangai ye.

"Jom sayang. Adik, tolong angkat eh. Thankyou!" Louis menggenggam tangan Hazel. Ditarik perlahan, melangkah ke pintu masuk.

"Eh along! Kurang asam." Belum sempat Fatih turun dari kereta dah kena angkat barang-barang abangnya. Tarik muka budak kecil itu dibuatnya.

"Puan Latifah ooo Puan Latifah." Louis masih mencari uminya.

"Daddy, siapa tu?" Tiba-tiba Hazel memuncungkan mulut ke arah seorang perempuan yang berambut paras bahu, duduk di atas sofa ruang tamu.

Louis mengerutkan dahi.

"Tetamu yang abah maksudkan kot. Tapi..."

"Tapi?" Hazel memandang wajah suaminya. Dikedipkan mata berkali-kali.

"Saya takde saudara yang pakai pakaian macam tarzan tu." Louis pula memuncungkan mulut. Walaupun hanya memandang dari arah belakang, jelas dan nyata perempuan itu memakai pakaian yang agak terbuka.

Hazel mengetap bibirnya. Nak ketawa mendengar kata-kata suaminya. Tapi takut berdosa.

"Hish daddy ni. Tak baik la cakap macam tu."

"Betul la sayang. Cuba tengok bahu dia terdedah, bahagian belakang tu... cuba baby tengok betul-betul. Dah macam jaring tangkap ikan dah saya tengok."

"Daddy....."

"Hahahaha betul la."

Tak mampu lagi menahan tawa. Akhirnya Hazel tergelak kecil. Louis? Jangan cerita. Pecah perut. Mujur Hazel sempat menekap mulut suaminya.

"Kawan daddy kot."

Louis menggaru kepala. "Kawan saya?"

Hazel mengangguk.

"Masuk la nak. Tercegat dekat depan pintu ni dah kenapa? Takut ada buaya ke?" Tuan Syed mencelah.

"Huhhh bukan buaya abah, nenek sihir. Eee takut." Giliran Adam Fatih pula menyampuk.

Penuh tangan Fatih dengan barang-barang abang dan kakak iparnya. Hazel menghulurkan tangan. Mengambil beberapa barang dari tangan Fatih.

"Hah?" Louis dan Hazel saling berpandangan. Terkebil-kebil mereka.

"Eh kamu ni adik. Dah jom masuk."

"Tapi siapa tu abah?"

"Kamu kenal la dia Louis. Masuk, tengok sendiri. Dah berapa kali dia datang sini masa kamu takde."

Louis memandang isterinya. Hazel hanya mengangkat bahu. Tidak tahu.

"Sayang... you dah balik?" Ding dong!!! Rupanya Atalia Batrisya.

"Engkau? Eh perempuan, kau buat apa dekat rumah ni?" Terbeliak biji mata Louis melihat bekas tunangnya.

"I rindu you sayang." Atalia mengatur langkah untuk memeluk Louis.

Tanpa menghiraukan Atalia, Louis menuju ke arah tangga.

"Umi, perempuan ni buat apa dekat rumah kita?" Puan Latifah baru sahaja turun dari tingkat atas terus disoal oleh Louis.

Terkebil-kebil Hazel Aryana. Tidak tahu apa yang terjadi.

Siapa perempuan tu? Kenapa daddy marah sangat? Sayang? Buat pertama kalinya dia melihat Louis berkasar dengan perempuan.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now