Kota Bharu, Kelantan
"Assalamualaikum nenek, ibu... Haze balik ni." Hazel sudah terpacak di depan rumah Che Tun.
"Ada orang ke tak sayang? Sunyi je rumah nenek ni." Louis mengeluarkan beg pakaian mereka dari bonet kereta.
"Tak tahu la daddy. Dah banyak kali Haze bagi salam." Mata Hazel masih melilau melihat sekeliling rumah.
"Diorang keluar kot sayang. Kita tunggu bawah pokok tu nak?" Louis menunjuk sebatang pokok rambutan di tepi rumah milik Che Tun. Hazel pula mengangguk.
"Wahhh ada buai la daddy. Daddy sini cepat... siniiiii!!!" Hazel berlari ke arah buaian papan yang digantung pada pokok rambutan.
"Hehe iya baby saya. Sabar." Louis mengatur langkah menuju ke arah isterinya.
"Haze sayang, jangan lari nanti jatuh baby." Tergeleng kepala Louis tapi dalam masa yang sama dia gembira melihat isterinya ceria. Perangai tak mahu kalah dengan budak.
"Daddy, look! Ada buah rambutan la." Jari telunjuk Hazel Aryana diarah tepat pada segugus buah rambutan yang sudah masak ranum.
"Wah rezeki kita balik kalini dapat makan buah ni. Baby saya nak ke?"
Hazel mengangguk.
"Nah untuk sayang." Louis mengambil beberapa biji buah rambutan yang agak rendah tangkalnya. Agak sedikit merah tetapi tidak sepenuhnya.
"Wahhh thank you daddy Louis. I love you." Bukan main gembira Hazel Aryana dapat buah rambutan. Belum lagi dapat durian.
"Most welcome baby sayang. I love you too princess."
Sedang asyik mereka berdua makan rambutan...
"Eh ni kereta Louis mak." Puan Jasmine yang baru sahaja selesai parking kereta terus mencapai barang-barang yang dibeli di pasar tadi.
"Ho la ni keto menantu mu ni Jasmine. Demo tu tok royak ko mu ko hok demo nok balik sini?"
"Takde mak. Haih bertuah betul mereka berdua ni. Nasib baik la kita beli barang dapur ni. Kalau tak, nak masak apa untuk diorang tu. Anak dengan menantu sama je, bertuah." Geleng kepala dibuatnya Puan Jasmine.
"Hehe mu buke tok tahu anok menantu mu tu Min." Che Tun sudah masak dengan perangai Louis dan Hazel.
"Adik, Louis." Jerit Puan Jasmine. Tidak tahu anak menantunya sedang menikmati buah rambutan.
"Sini ibu. Haze dengan Louis dekat sini."
Puan Jasmine dan Che Tun melangkah ke arah mereka berdua. Penuh tangan Puan Jasmine dengan beg plastik.
"Wah sakan ibu beli barang. Ada kenduri ke?" Membutang mata Louis melihat beg-beg plastik. Dah macam nak buat kenduri.
"Kenduri apanya. Ibu nak topup barang dapur la anak oii. Ni nasib baik ibu beli, kalau tak kebulur korang petang ni. Tunggu kejap ye ibu simpan barang ni dulu."
"Jom ibu. Haze tolong." Hazel mengambil beberapa beg plastik dari tangan ibunya.
"Louis dengan Haze baru sapa ko? Maaf la sakni nenek teme ibu tu gi pasar. Nenek malah tapi gak ibu pakso. Aih letih nenek." Che Tun mengurut kakinya.
"Ha a nek kitaorang baru sampai. Maaf la nek kami pun datang tak bagitahu. Haze tu rindu dengan nenek. Dia yang ajak balik semalam." Louis sengih. Menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Eh takpo. Haih Louis ni laye sangat gapo hok Haze tu nok. Penat balik honeymoon pun dok abis lagi pah drive mari kelate pulok."
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Storie d'amore"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...