BAB 9

1.8K 84 2
                                    

"Umi, Louis nak tunang minggu de..... Aik kenapa kaki Puan Latifah berbalut ni?" Louis mengekek ketawa.

"Bertuah punya anak. Sampai hati Louis ketawakan umi ye. Umi jatuh tangga tu." Puan Latifah mencebik. Merajuk dengan anaknya.

"Alaa umi, Louis gurau je. Ayoo minggu lepas bakal menantu umi yang terseliuh, ni umi pula."

"Bakal menantu umi? Siapa? Dia tinggal mana? Mesti cantik ni. Tak pernah-pernah cakap pasal perempuan dengan umi tiba-tiba nak tunang ni." Jari telunjuk mencucuk-cucuk pinggang anak sulungnya itu. Kenal sangat perangai Adam Louis. Setelah patah hati dengan bekas kekasihnya yang dulu, dia tidak pernah bercakap tentang perempuan dengan Puan Latifah. Nak kenalkan perempuan yang dia kenal? Jauh panggang dari api jawabnya.

Louis tersengih. "Nama dia Hazel Aryana umi. Dia tinggal sini tapiiiiiiiiiii...." Paun Latifah mengangkat sebelah keningnya, tertanya-tanya. "Umur dia muda lagi umi. 19 tahun. Tersengih lagi Louis.

"Hah? 19 tahun louis?" Terbeliak biji mata Puan Latifah. Terkejut mendengar umur bakal menantunya itu tapi dia tahu Louis betul-betul serius dengan budak perempuan itu. "Takpe Louis, umi okay asalkan anak umi ni happy." Puan Latifah mengusap-usap rambut anaknya.

"Betul ni umi?"

"Eh betul la. Tapiiii... bagi kaki umi ni okay dulu boleh? Takkan umi nak jumpa bakal menantu umi dalam keadaan macam ni. Malu la."

"So tunda la ni? Ermmm umi chat Hazel bagitahu dia. Louis tak berani. Anak singa jadian tu garang." Louis memeluk dirinya sendiri.

"Hish kamu ni." Puan Latifah tergelak. Bia padan muka anaknya itu dapat isteri yang garang. Sebelum ni main-main je kejenya. "Nanti bagi nombor Hazel. Umi wasap dia okay?"

"Cantik." Jawab Louis sambil mengangkat ibu jarinya.

Tinggg!!!

Laju umi Adam Louis menghantar chat kepada Hazel Aryana.

"Assalamualaikum Hazel, ini umi Louis. Umi nak minta masa sikit ye untuk kami buat persiapan tunang. Lagipun kaki umi ni terseliuh, jatuh tangga. Malu la nak pergi jumpa bakal menantu umi dengan kaki yang macam ni. 1 bulan boleh sayang? Nak kena bincang, plan betul2 ye sayang."

Laju Hazel mencapai telefonnya. Hazel senyum sendiri membaca 'chat' dari Puan Latifah kerana memanggilnya sayang.

"Waalaikummusalam umi. Boleh umi, insyaAllah. Semoga cepat sembuh umi. Hazel tunggu kedatangan umi dan keluarga." Hazel meletakkan telefonnya di atas katil lalu keluar menuju ke dapur untuk menolong ibu dan neneknya.

Sudah masuk waktu maghrib, Hazel yang baru selesai solat duduk di bucu katil dan membaca Al-Quran.

Tingggg!!! Kedengaran bunyi telefon.

Selesai membaca Al-Quran, Hazel terus memeriksa telefonnya. Sebenarnya Hazel sedang menunggu chat dari kekasihnya, Louis. Rindu..... Tapi dia mendapat pesanan dari nombor yang tidak dikenali.

"Assalamualaikum Hazel. Ni Daniel."

Terbeliak mata Hazel Aryana dibuatnya. Lain yang ditunggu, lain pula yang chat. "Mana dia dapat nombor aku? Kenapa dia datang balik? Dia nak apa ni? Nak reply ke tak ni?"

Lama juga Hazel berfikir tapi dia mengambil keputusan untuk balas. "Waalaikummusalam. Mana dapat num ni? Nak apa?"

"Ermmm kenapa awak block saya. Maaf baru sekarang saya dapat contact awak. Saya cuba untuk hubungi awak tapi tak boleh. Awak block semua acc saya. Kenapa Hazel?"

"Jangan buat-buat tak tahu. Tanya diri sendiri." Hazel Aryana geram, sedih dan kecewa. "Kenapa sekarang?" Dia bertanya kepada dirinya.

"Sumpah saya tak tahu Hazel. Tolong bagitahu saya."

"Jangan kacau saya. Saya dah nak tunang!"

"Tunang? Awak janji nak tunggu saya balik Hazel. Sekarang saya dah balik. Mama dengan papa suruh kita tunang, kawin. Diorang suruh saya contact awak untuk bincang."

"Awak gila ke? Tiba-tiba muncul pastu ajak saya tunang?" Hazel mencampakkan telefonnya jauh-jauh.

Tinggg!!! Tinggg!!! Tinggg!!!

Telefonnya tidak berhenti berbunyi. Dia keluar dari bilik meninggalkan telefonnya itu.

"Adik, phone tu dari tadi lagi bunyi." Jerit Hafiz. Iya Hafiz semakin baik dengan Hazel. Dia sudah mula berubah. Sebenarnya dia sangat sayang akan Hazel tapi dia tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayangnya itu.

"Iyaaa." Hazel masuk ke balik untuk menggambil telefonnya.

Tinggg!!! Masuk lagi satu chat.

"Assalamualaikum budak manja. Saya dah sampai rumah. Tadi bawa umi pergi klinik. Sorry ye lambat bagitahu. Tadi umi ada chat sayang kan?"

"Umi dah bagitahu?"

Finally!!! Chat yang ditunggu-tunggu Hazel Aryana.

"Waalaikummusalam. Alhamdulillah kalau dah sampai. Saya risau."

"Iya umi ada chat, dah bagitahu. Kami okay."

Tersengih lagi Adam Louis.

Sayang rupanya kau dekat aku ye Hazel. Bisik hatinya.

"Jangan risau sayang, saya kan kuat. Takde apa-apa pun jadi."

"Tahu kuat tapi kalau jadi apa-apa siapa nak jaga saya? Awak dah janji nak jadi pengganti abah." Hazel memuncungkan bibir munggilnya itu sambil menghantar chat.

"Iya sayang. Sorry buat awak risau princess."

"Erm..."

"Kenapa ni princess?"

Berkerut dahi Louis. Chat yang diterima dari Hazel sangat ringkas tapi mempunyai maksud yang tersirat.

"I have too many red flags. I have trust issues, I'm not like other girls Louis. I'm worse. You can go if you want. But..." mata Hazel berkaca ketika menghantar chat kepada Louis.

"But what?" Louis mula gelisah. Tak sedap hati.

"But if you choose to stay and be mine, I'll never let you go."

Tinggg!!!

Tersenyum Louis membaca chat dari Hazel. Dia menarik nafas lega.

Tinggg!!! Tinggg!!!

"I choose to stay. I want to always be by your side. Sayang, only you can control me and drive me crazy."

"Sayang, you are my only princess until I die."

Semakin berkaca mata Hazel Aryana. Akhirnya jatuh juga air mata.

"Awak tak menyesal? Awak tahu keadaan saya dengan family saya macam mana."

"Sayang, kalau saya ni tak boleh terima awak dari first kita jumpa saya dah tinggal tau. InsyaAllah saya terima kekurangan awak dan family awak. Dah jangan nak fikir bukan-bukan. Saya nak siap-siap kejap tau. Nak mandi, solat. Sayang pergi siap-siap juga ye. I love you my little princess."

'Blushing' Hazel Aryana membaca ayat terakhir dari Adam Louis.

I love you too Adam Louis. Balas hatinya.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now