BAB 22

1.5K 80 0
                                    

"Mmm taknak la daddy. Tak sedap." Hazel menepis perlahan ubat di tangan Louis. Mulutnya ditutup rapat.

"Kalau macam tu... No honeymoon la baby."

"Haaaaa Haze nak.... Taknak la kawan daddy. Huhhh." Hazel merajuk macam bayi. Louis pula menahan tawa.

"Alooo sian kita baby kita taknak kawan. Ermmm cari baby baru la." Memang cari nahas kau Louis.

"Apa? Daddy cakap apa? Baik daddy ulang sekali lagi." Tajam jelingan Hazel.

"Hehe alaa baby ni saya gurau je. Makan la sayang ubat ni. Biar cepat sikit sihat. Nanti nak pergi honeymoon. Makan ye manja."

"Huhhh. Are you wish for your funeral?" Sekali lagi Hazel menjeling tajam pada Louis.

Mak aiiii sakit-sakit pun macam anak singa... Kang ada bapak singa terkam kang. Marah-marah pun comel. Eeee apa ni!!!!! Jiwanya menjerit. Tak mampu menahan kecomelan isterinya.

"Baby makan la ubat ni. Ke baby nakkkkkkk......" Louis mendekati wajah Hazel. Bibir mereka hampir bertemu.

"Daddy stop! Nanti berjangkit demam ni macam mana?" Hazel meletakkan tangan pada dada Louis. Menahan Louis.

Louis senyum nakal. Bibir munggil mereka akhirnya bertemu. Hazel memejam rapat matanya.

"Nak makan tak ubat ni sayang? Ke nak saya yang makan awak?" Senyuman Louis makin nakal. Tangannya menyentuh bibir Hazel. Mereka saling membalas tatapan mata.

"Errr iya-iya Haze makan. Tapi kejap lagi" Mata Hazel masih menatap wajah Louis.

Why you so sexy daddy? Arghhhhh. Hati Hazel Aryana menjerit. Tak tahan melihat suaminya.

Tangan Louis membuka butang baju Hazel. Satu per satu. Hazel yang asyik melihat wajah Louis tiba-tiba tersedar dari mimpi indah.

"D... ddaa... daddy. What are you doing?" Hazel menggenggam tangan Louis yang aktif.

"Sayang kata makan ubat kejap lagi. So maknanya sayang nak saya makan sayang dulu la kan?" Mata Louis tertumpu pada bibir Hazel yang munggil tetapi sedikit pucat itu.

Haaa membutang mata Hazel Aryana.

"Am i wrong dear? hm?" Kedengaran suara garau Louis. Tangannya mengusap lembut pipi gebu Hazel.

"Eee daddy orang nak makan la ni. Mana ubat? Cepat!" Laju mengalihkan pandangan. Tak mahu bertentang mata dengan Louis.

Padan muka. Susah sangat budak manja ni nak makan ubat. Orang nak dia cepat sihat haihhh. Tahu pun cuak... Adehhh ni kalau aku gelak, mampus. Louis mengetap bibirnya.

"Nah. Buka mulut sayang." Tangannya memegang beberapa biji ubat.

Hazel sudah malu-malu kucing. Degil sangat kan dah terima padah dari Adam Louis yang banyak akal dan nakal.

Hazel membuka mulutnya. Tangan Louis menyuap ubat ke mulut Hazel. Pahit. Tapi nak taknak kena telan juga.

"Goodgirl. Macam ni la kesayangan Adam Louis. Dah rehat ye. Tidur." Louis mengusap tangan kecil Hazel. Hazel hanya menggangguk.

Louis pergi meninggalkan Hazel.

"Haze dah makan ubat nak?"

"Dah ibu tapi puas juga la Louis nak memujuk dia."

"Haa Haze memang gitu. Kamu kena paksa." Puan Jasmine ketawa. Kenal sangat perangai anaknya.

"Hafiz mana bu?"

"Dia kerja harini. Malam nanti balik la tu."

Louis menyediakan bahan untuk memasak bubur buat isterinya.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now