BAB 31

991 54 7
                                    

Ting tong!!! Ting tong!!! Ting tong!!!

"Assalamualaikum. Aunty, uncle..."

Terdengar sayup suara perempuan dari luar rumah. Loceng rumah ditekan berkali-kali.

"Abang, Pah rasa tu Atalia." Puan Latifah memandang tepat pada wajah suaminya di ruang tamu.

"Haih nak apa lagi Atalia ni Pah? Dengan hujan lebat dekat luar tu. Kilat sambung menyambung dari tadi." Berkerut dahi Tuan Syed.

"Mana la saya tahu abang."

"Pergilah buka pintu tu. Tanya dia nak apa."

Puan Latifah mengangguk, mengatur langkah dan memulas tombol pintu.

"Waalaikummusa.....lam. Kenapa ni Atalia?" Terkejut Puan Latifah melihat Atalia yang sudah basah kuyup dan seperti dalam ketakutan.

"Aunty..." Atalia tidak mampu berkata-kata lagi. Dia menangis teresak-esak dan memeluk diri.

"Ya Allah kenapa ni Atalia? Abang! Abang!!! Sini kejap bang."

Jarak antara Puan Latifah dengan Tuan Syed tidak jauh. Tapi dengan keadaan hujan yang lebat dan kilat sambung menyambung, terpaksa Puan Latifah menjerit sedikit memanggil suaminya.

"Kenapa ni Pah? Terjerit-jerit panggil abang. Ada apa?" Tuan Syed menghampiri isterinya dengan hairan.

"Abang..." Puan Latifah memandang tepat wajah suaminya dan kemudian mengalih pandangan ke arah Atalia.

"Ya Allah kenapa ni Atalia? Pah, bawa dia masuk dulu ke dalam." Tuan Syed tergamam melihat keadaan Atalia.

Puan Latifah mengangguk. Jelas kerisauan di wajahnya.

"Masuk dulu Atalia. Atalia bersihkan badan dulu ye nak. Demam nanti." Puan Latifah memegang kedua-dua belah bahu Atalia Batrisya dan membawanya masuk.

"Daddy, macam bising je dekat bawah tu." Hazel memandang Louis melalui cermin meja solek di hadapannya. Tangannya sibuk menyikat rambut yang ikal mayang itu.

"Yeke? Saya tak dengar apa-apa pun." Louis megerutkan dahi.

"Adaaaaaaaaaa!" Tegas Hazel bersuara. Memang telinga lintah betul Hazel Aryana ni.

Gulp...

Tertelan air liur si Louis.

"Okay-okay jom kita turun tengok ye princess. Marah je keje. Gigit kang."

"Werkk..." Hazel menjelir lidah pada suaminya. Tangannya membetulkan awning tudung.

"Ouh nak kena princess ketot saya ni."

Baru sahaja Louis ingin mendekat...

"Daddy!!!!! Eee jangan kacau! Sebelum saya jadi anak singa baik daddy keluar dulu."

Louis sengaja mengusap kepala isterinya yang dibaluti tudung. Habis! Baru sahaja Hazel betulkan. Memang cari nahas Adam Louis kalini.

Gulp...

Sekali lagi tertelan air liur Louis. Tapi kalini agak kelat.

"Okay-okay. Saya tak kacau."

Louis mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda surrender. Tak mahu dia kena bergomol dengan anak singa.

Serammmnyaaa hehe... bisik hati Louis.

Sempat Louis sengih kearah Hazel sebelum melangkah keluar dari bilik.

Beberapa minit kemudian...

"Hehe..." Hazel tergelak kecil melihat suaminya setia menunggu di depan pintu bilik mereka. Dia memegang lengan Louis...

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now