BAB 29

1K 53 2
                                    

"Sayang ooo sayang."

"Haze sayang... Princess manja... baby... Haih mana pula perginya princess ketot ni." Mata Louis melilau mencari kelibat isteri kesayangannya, Hazel.

Dah berkali-kali dia memanggil Hazel tetapi tidak menyahut.

Louis baru pulang dari suatu tempat yang dirahsiakan oleh isterinya. Tak jauh dari rumah Che Tun.

"Dah balik Louis? Kamu pun cari Haze ke Louis?" Tiba-tiba Louis disapa ibu mertuanya dari arah belakang.

"Ha'a ibu baru je sampai. Louis tengah cari Haze. Ibu ada nampak dia tak?"

"Ibu pun tengah cari dia ni nak. Nak suruh dia pergi ambil daun pandan dekat rumah kak Zah tu. Ibu nak masak bubur kacang hijau untuk nenek."

Mata mereka berdua masing-masing mencari kelibat bayang Hazel Aryana.

"Cuba kamu tengok dekat depan. Ibu cari dia dekat belakang ye."

Louis mengangguk.

Haihhh mana pula bini aku ni pergi. Dah la ketot. Ni kalau orang jumpa mahu orang tu culik. Ingat budak-budak terlepas dari rumah.

Louis mengomel sendiri. Risau pun ada.

"Adik ooo adik... Haze..." Puan Jasmine terjerit-jerit memanggil anak perempuannya.

"Haih mana la budak ni pergi. Hazeeeee!!!"

"Iya ibu. Haze dekat sini." Kedengaran sangat dekat suara Haze dengan Puan Jasmine.

"Mana sayang ibu?" Puan Jasmine menyarungkan selipar di kakinya dan melangkah keluar dari pintu dapur.

"Erk sini..."

Puan Jasmine masih mencari sosok badan anaknya tetapi masih tidak kelihatan. Suara anaknya terdengar jelas tapi kelibat tuannya belum dapat dikesan.

"Haze, jangan main-main. Mana kamu?" Puan Jasmine bercekak pinggang. Naik pening kepalanya mencari Hazel.

"Erk atas ni ibu." Perlahan Hazel bersuara. Takut.

Puan Jasmine mendongakkan kepala pada pokok mangga di hadapannya.

"Ya Allah bertuahnya anak ibu. Hazel Aryana!"

"Erk hehe. Hai ibu." Hazel melambai kepada Puan Jasmine.

Puan Jasmine menepuk dahi. Menggeleng kepala melihat anak perempuannya berada di atas pokok.

"Louis! Ibu dah jumpa isteri kamu ni. Kamu tengok la dia duduk dekat mana." Jerit Puan Jasmine.

"Hah? Aaa kejap-kejap Louis datang."

Terdengar sahaja kata-kata ibu mertuanya, Adam Louis terus berlari ke pintu dapur yang terletak di belakang rumah Che Tun. Berdebar. Takut terjadi apa-apa pada isterinya.

"Mana dia ibu?"

"Tu..." Puan Jasmine memuncungkan mulut. Menunjuk keberadaan Hazel Aryana.

"Hehe hai daddy. Daddy cari Haze ke?" Hazel hanya sengih pada Louis.

Kaku, tergamam Louis melihat isterinya berada di atas pokok.

"Sssss.... saaaayang, macam mana boleh..."

"Haze panjat la daddy."

"Sayang, turun sekarang. Jatuh nanti." Louis memujuk isterinya.

"Erk Haze tak tahu nak turun macam mana la daddy. Hehe." Sempat lagi sengih. Aduh si Hazel Aryana ni...

"Hah? Sudah." Louis tak tahu nak buat apa. Fikirannya tiba-tiba kosong.

Puan Jasmine? Jangan cerita. Hampir nak pitam melayan perangai Hazel Aryana.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now