Masjid
"Wah bro tahniah-tahniah dah nak jadi suami orang kau ye. Nanti takdelah orang yang nak berkepit dengan aku." Aidan memuncung. Saje buat muka sedih dia.
"Eleh kau pun dah ada tunang. Aku lastik dahi kau kang."
"Menyeberangi titi ke rumah pak atan,
Ya, Allah aku bosan la nanti." Lah tiba-tiba berpatun.Mengekek Louis dan umi abahnya ketawa dengan perangai Aidan.
"Jom masuk. Diorang dah tunggu kita dekat dalam masjid tu. Kalau layan perangai korang, sampai esok Louis tak kawin-kawin." Tuan Syed menepuk-nepuk bahu Louis.
Adam Louis melangkah masuk ke dalam masjid, anak matanya terus menuju tepat ke arah bakal isterinya.
Subhanallah cantiknya bidadari yang kau kurniakan kepada aku. Pandangan matanya sudah tidak dapat dialih lagi.
Terpegun melihat Hazel Aryana yang memakai pakaian yang serba putih itu.
"Oiii duduk dulu. Lepas akad nikah kau pandang la puas-puas wajah kesayangan kau tu." Bisik Aidan kepada Louis.
Tersenyum malu Louis dibuatnya. Terlampau khusyuk melihat Hazel sampai tak perasan mata lain yang memandangnya. Kaki Louis melangkah ke arah Tok Kadi.
"MasyaAllah pasangan yang serasi. Semoga Majlis kamu berdua diberkati. Sama cantik, sama padan." Tok Kadi senyum ke arah Louis.
"Aamin. Terima kasih." Khutbah nikah dimula dan lafaz taklik juga dibaca oleh Louis.
"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya Hazel Aryana binti Harraz Luqman selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja tau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk."
"Dah sedia Adam Louis?" Tangan Tok Kadi sudah menggenggam tangan Louis.
Louis menarik nafas dalam-dalam. "InsyaAllah saya sedia."
"Syed Adam Louis bin Syed Iqbal, aku nikahkan dikau dengan Hazel Aryana binti Harraz Luqman dengan mas kawinnya RM10,000 tunai."
"Aku terima nikahnya Hazel Aryana binti Harraz Luqman dengan mas kahwinnya RM10,000 tunai." Nafas Louis terhenti seketika, jantungnya hampir luruh.
"Sah?"
"Sah-sah." Jawab kedua-dua saksi.
"Alhamdulillah. Bismillahirrahmanirrahim..." Tok kadi membacakan doa.
Mata Adam Louis mula berkaca. Kedua-dua belah tanggannya diangkat untuk mengaminkan doa. Tidak sangka gadis yang digilakannya sudah sah menjadi isterinya hari ini.
Ya Rabb, terima kasih kerana telah memudahkan urusan perkahwinanku. Air matanya mula menitis.
Pipi merah gebu Hazel Aryana juga mula dibasahi dengan air matanya. Tidak dia sangka dia telah sah menjadi isteri sah kepada Adam Louis, lelaki yang dia kenal dari alam maya.
"Selamat ye sayang ibu." Puan Jasmine memeluk anaknya.
Louis berdiri dan menghadap ke arah kiblat.
Usolli Sunnatal 'UruSi Rak'ataini Lillahi Ta'ala. Kedua-dua tanggannya mengangkat takbir.
"Ya Allah abang, sejuk perut saya tengok anak kita macam ni. Tak sangka anak kita dah besar panjang ye abang." Puan Latifah menyapu air matanya dengan tisu.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...