BAB 14

1.5K 66 1
                                    

"Assalamualaikum bakal isteri. Esok 23.3.2023 Hazel Aryana akan jadi isteri sah saya, Adam Louis. Terima kasih kerana sudi terima saya sebagai suami awak sayang. Thank you for accepting all my shortcomings and I also accept all your shortcomings dear.

Setiap manusia tercipta dengan satu ketidaksempurnaan. Mencari yang sempurna itu mustahil tetapi mencari pasangan yang menyempurnakan hidup itu pasti ada...

Saya bersyukur sangat dapat jumpa dengan perempuan yang tercipta indah seperti awak Hazel. Saya akan jaga awak hingga hujung nafas saya sayang. Saya akan sayang awak sebagai seorang suami dan pengganti abah awak my little princess. Sumpah saya akan jadikan awak cinta terakhir dalam hidup saya. Hanya awak perempuan yang mampu membuka pintu hati saya kembali.

Sayangku Hazel Aryana, I will be a good father to our children. I will be the head of the family, guide our family to heaven. I promise. Thank you sayang... Selamat malam bakal isteriku, Hazel Aryana."

Mata Hazel berkaca membaca chat yang dihantar oleh bakal suaminya. Berdebar, sedih dan gembira. Perasaan Hazel bercampur baur dalam satu masa.

"Waalaikummusalam bakal suamiku. InsyaAllah saya akan jadi seorang isteri yang taat kepada seorang lelaki yang bernama Adam Louis. Terima kasih kerana sudi mengambil saya sebagai isteri awak. Mimpi indah bakal suamiku, Adam Louis."

Azan subuh terdengar. Hazel Aryana bangun, mandi dan bersiap untuk menunaikan solat subuhnya.

"Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang menentukan takdir hidup kami. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami pada hari ini. Engkau berkatilah perkahwinan kami. Setelah terlafaznya akad, kau jadikanlah aku sebagai seorang isteri yang taat kepada suamiku. Ya Allah, kau jadikanlah aku seorang isteri solehah yang sentiasa sabar dan setia di sisi suamiku. Sesungguhnya aku sangat mencintai hambamu itu. Aamin."

Adam Louis juga bangun dan sudah bersiap-siap.

"Ya Rabb, sesungguhnya pada engkau aku serahkan takdir kehidupanku. Ya Allah engkau permudahkanlah urusanku untuk mengambil Hazel Aryana sebagai isteriku. Ya Allah, jika kau mengabulkan doaku maka aku berbahagia, tapi jika kau tidak mengabulkan doaku maka aku lebih berbahagia. Karena yang pertama adalah pilihanku, sedangkan yang kedua pilihanmu Ya Rabb."

Pintu bilik Louis dibuka perlahan. "Dah siap sayang umi?"

Louis senyum kepada uminya. Dia menggenggam tangan Puan Latifah. "Dah umi. Umi, doakan supaya majlis harini berjalan lancar ye. Umi, restukan kami berdua menjadi suami isteri." Louis mencium tangan Puan Latifah. Air matanya menitis.

"Along, dari hari pertama along bagitahu nak tunang dengan Hazel umi dah restu kamu berdua sayang. Umi nak tengok anak umi bahagia. Umi taknak tengok anak umi ni patah hati macam dulu. Ibu sayang along, ibu sayang Hazel. Ibu suka tengok kamu berdua." Mata Puan Latifah muka berkaca. Air matanya mula membasahi pipinya yang putih gebu itu. Diusap-usap rambut anaknya.

"Terima kasih umi. Louis janji Louis akan jadi suami yang bertanggungjawab macam umi dan abah ajar." Louis memeluk uminya dengan erat.

"Sayang, boleh ibu masuk? Ibu dah siap iron baju Haze ni." Pintu bilik Hazel Aryana diketuk.

"Iya ibu, masuklah Haze tak kunci pun."

Pintu bilik dibuka, sepasang kaki melangkah ke dalam biliknya. Puan Jasmine mengangkat dagu Hazel, ditenung wajah putih kemerahan anaknya itu. "MasyaAllah cantiknya puteri ibu dan abah ni." Suara Puan Jasmine menahan sebak perlahan kedengaran.

Mata Hazel berkaca. Pertama kali dia merasakan perasaan yang sangat sedih dan sayu di hati. Perasaan berat untuk meninggalkan ibunya. Dia tidak pernah berjauhan dengan Puan Jasmine. Puan Jasmine pula sudah berhenti keje untuk menemani Che Tun di kampung kerana Che Tun sudah berusia dan sering sakit.

"Ibu, halalkan makan dan minum Haze selama ni ya ibu. Halalkan susu ibu yang mengalir di dalam badan Haze. Haze sayang ibu sangat-sangat. Haze tahu ibu susah nak jaga Haze yang keras kepala ni. Maafkan Haze ibu." Giliran Hazel Aryana pula mengucup tangan ibunya berkali-kali. Air matanya yang hangat terasa di tangan Puan Jasmine.

Puan Jasmine mengangkat dagu anaknya, ditatap anak mata Hazel. "Sayang, ibu yang kena minta maaf. Ibu tahu Haze macam ni sebab ibu selalu marah-marah, ibu tak pernah ada masa untuk Haze kongsi masalah. Ibu yang gagal jadi ibu yang terbaik untuk kamu berdua. Satu je ibu nak kamu tahu, ibu sayang kamu berdua. Kamu berdua harta paling berharga yang abah tinggalkan untuk ibu sayang. Ibu halalkan semuanya Haze..." Tangisan mula berganti.

"Dah nak jadi isteri orang dah anak dara ibu ni." Sekuntum senyuman dalam tangisan terukir indah di bibir Puan Jasmine.

"Sayang, janji dengan ibu jadi isteri yang taat kepada suami ye. Jadi isteri yang solehah. Janji dengan ibu kamu akan gembira. Ibu akan doakan yang terbaik untuk anak menantu ibu."

Hazel terus memeluk erat badan Puan Jasmine.

"I will ibu. Haze janji." Perlahan suara Hazel terdengar diiringi tangisan.

"Dah taknak la nangis-nangis. Harini hari bahagia anak ibu kan? Ibu nak anak ibu yang cantik ni happy je." Puan Jasmine mengusap air mata di pipi anaknya.

Hazel Aryana senyum kepada ibunya. Hazel menganggukkan kepalanya dan memeluk kembali Puan Jasmine dengan erat.

"Bagi Haze peluk ibu macam ni 5 minit."

Puan Jasmine mencuit pipi gebu anaknya. "Eee manjanya bakal pengantin ni."

Hazel Aryana dan Puan Latifah gelak tetapi pelukan Hazel terhadap ibunya semakin erat.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now