BAB 4

2.1K 108 3
                                    

"Nak reply ke tak eh chat mamat ni? Lantak reply jelah."

"Hi Louis! Sorry saya busy sikit minggu lepas." Ayat skema Hazel Aryana dah keluar.

"Alamak- alamak dah tersend. Aiiii babunnya la kau Hazel." Omel Hazel Aryana kepada dirinya. Ke hulu ke hilir macam orang nak beranak rupa si Hazel dengan muka baru bangun, baju berseluar pendek dan rambutnya yang kusut masai.

Louis mengambil telefonnya yang tertinggal di dalam kereta. Screen telefonnya menyala kerana 'double touch'. Terus terukir senyum di bibir munggil Adam Louis. Tak disangka perempuan yang dia tunggu membalas pesanannya. Sebelum ini dia pernah memberitahu Aidan dia bertekad untuk menjadikan perempuan yang ditunggunya sebagai isteri. Itupun kalau dia membalas pesanannya.

"YES!!!!!"

"Ouh senangnya dalam hati, kalau cik adik reply... seperti dunia ana yang punya oiii..."

Menyanyi sambil menari zapin. Aidan tergelak melihat aksi rakannya. Dah rupa kena rasuk dia tengok.

"Hoiii kepada isteri tua kanda sayang padamu, ouh kepada isteri muda i said i love you." Sambung si Aidan. Sama spesis dengan Louis rupanya. Melenggok sana, lenggok sini.

"Nanananana.... kalau dua-dua merajuk kamiii kawin tigaaaa..."

Melompat Louis ke arah Aidan untuk menutup mulut kawannya itu.

"Kau sorang je kawin tiga. Aku bukan macam kau ye. Sebelum ni iya aku main perempuan, sekarang hahahahaha tidak brother. Muahhh." Tiba-tiba Louis mencium dahi Aidan.

"Woiii buang tabiat betul kau ni Louis. Nak mati ke?"

Louis membuat muka nakalnya dan mengangkat kening. "Mati dalam cinta Hazel."

"Budak perempuan yang kau tunggu tu nama dia Hazel?"

"I want nobody, nobody but you
I want nobody, nobody but you" Louis bernyanyi lagi sambil mengangguk dan membuat aksi 'flying kiss' kepada Aidan.

Satu perkataan yang keluar dari mulut Aidan kepada rakannya, "Gila." Aidan memang tahu rakannya itu memang seorang yang suka membuat onar, gila-gila tapi dalam hal kerja dia sangat matang. Aidan tersenyum sendiri terkenang perangai si Louis. Dia sudah masak dengan perangai Adam Louis kerana mereka membesar bersama-sama.

"Hi Hazel. Eh takpe saya faham." Louis membalas pesanan Hazel.

"Hazel, boleh saya tahu Hazel dah berpunya ke?" Ayat skema Adam Louis mula keluar.

Tinggg!!!

"Alamak-alamak dia reply ke? Kalau tak buka baca boleh tak? Haaaaaaaaa macam mana ni..." Hazel mula gelabah. Digigit-gigit bibirnya yang merah bak delima itu. Dia mengambil telefon dan membaca pesanan yang diterima dari Louis. "Alamak! Terus tanya soalan tu."

"Erm belum. Tak berpunya, tak pernah kahwin, tak ada anak. Yang ada anak tekak, anak rambut je." Jawapan bongok dari Hazel

Membulat mata Adam Louis membaca pesanan dari Hazel. Louis ketawa tapi 'cover' kerana dia berada di dalam pejabat. Takut pekerja lain ingat dia ni gila.

Budak ni memang akan aku jadikan isteri. Aku sumpah! Bisik hati Adam Louis.

Mereka mula rancak membalas pesanan. Tersengih-sengih Adam Louis dan Hazel Aryana melihat telefon masing-masing.

"So let me introduce myself again. I'm Adam Louis, working as a driver and I'm 26 years old." Louis menipu tentang pekerjaannya.

"Adam lagi. Haihhhh." Hazel mengeluh panjang. "Takpe lain orang lain perangai. Fuhhhh semoga bukan macam Adam Daniel." Hazel masih tidak dapat melupakan apa yang Daniel katakan. Sakit hatinya mengingat kata-kata Daniel.

Driver? Hurmm not bad. Janji halal toyibannnn. Bisik hati Hazel.

"I'm Hazel Aryana. Melayu jelah ye. Umur 19 tahun and baru tamat f6."

Lagi tergamam Adam Louis dibuatnya. "What??? 19 tahun? How????" Jerit Louis. Matanya bulat, tangannya mula menggaru kepala yang tidak gatal itu.

Aidan mengintai kawannya dari luar pintu pejabat. Aidan menutup mulutnya menahan tawa. Adam Louis memberi pandangan tajam kepada Aidan.

"Not bad la 19 tahun. Muda, boleh patuh bila jadi isteri nanti."

"Tapi 19 tahun tu muda sangat Aidan. Aku ingat dia 24 ke 25 tahun okay la."

"Kau tak tengok ke gambar dia?"

"Tengok tapi memang nampak macam budak hehe."

Aidan menahan geram. "Dah kau tahu nampak macam budak, kau pegi try kenapa wahai sahabatku shytonnnnnn." Aidan menepuk dahinya. Adam Louis hanya sengih tunjuk gigi.

Hazel mula selesa dengan layanan Louis. Mereka semakin akrab. Setiap perkara yang hendak dilakukan Louis mesti diberitahu kepada Hazel walaupun Hazel tidak meminta.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now