"Hazel jange duk buat kijo banyok. Nanti sakit."
"Takpe nek, sikit lagi siap la." Jawab Hazel yang duduk berdiri di atas kerusi sedang memasang langsir
Bukkk!!!
Hazel Aryana jatuh dari kerusi. "Hazel! Ya Allah kan nenek oyak doh bia jah."
"Alamak nek sakit. Macam mana nak bangun ni nek?"
Tiba-tiba terdengar enjin kereta di hadapan rumah Che Tun. Pintu kereta dibuka, seorang lelaki turun dari kereta itu.
"Assalamualaikum nenek."
Rupanya Adam Louis. Wahh memang tepat pada masanya. Belum sempat Che Tun menjawab salamnya... "Ya Allah kenapa ni nek? Awak okay tak Hazel?"
"Ni hoh bakal bini Louis ni tokse dengar nenek oyak. Jatuh doh. Seliuh kaki tok tahu tu."
"Jom saya bawa pegi klinik." Louis ingin menggendong Hazel tetapi Hazel menolak. "Hish bukan mahram!" Hazel memberikan pandangan tajam kepada Louis.
"Alamak dah jadi anak singa balik. Sakit-sakit pun garang ni. Matilanak aku." Louis mengomel sendiri.
"Apa awak cakap?"
"Doh-doh. Meh nenek piping Hazel masuk dale keto. Hazel gi dengan Louis jelah. Nenek duduk rumoh. Tok larat eh." Che Tun mengurut kakinya. Hazel hanya mengangguk.
Louis hanya diam dan curi-curi pandang Hazel. Hendak bersuara tetapi takut anak singanya menerkam dia.
"Tulang awak ada retak sedikit. Awak ada masalah tulang ke? Sebab awak jatuh tak tinggi sangat tapi boleh retak macam ni." doktor membelek-belek laporan kesihatan Hazel.
"Saya ostopenia." perlahan Hazel jawab.
"Ouh. Awak kena hati-hati ye lepasni. Kurangkan aktiviti lasak, jangan angkat benda-benda berat. Bahaya."
"Kenapa doktor?" Louis kedepankan kerusinya, tertanya-tanya kenapa, apa yang terjadi.
"Tulang Puan Hazel senang kata lebih tua dari usianya. Kebanyakkannya berumur 56 tahun keatas akan mengalami masalah tulang ni. Tulang reput." Jelas doktor.
"Puan????" Bisik hati Hazel. Dia mencebik.
Louis memandang ke arah Hazel.
Ouh ni la sakit yang nenek cakap tu. Haihh princess ni. Louis menghela nafas panjang.
Setelah selesai, mereka pulang ke rumah Che Tun.
Louis menghentikan keretanya. "Princess, jom tunang." Tiba-tiba Louis bersuara.
"Hah?" Terkaku lagi Hazel Aryana
"Jom! Bagitahu nenek. Letsagoooooo....."
Pening Hazel Aryana dengan perangai Louis yang tidak dapat dijangka. Kejap membuatnya kaku, kejap membuatnya keliru.
"Nek!!!!! Kami nak tunang minggu depan." Louis terjerit-jerit di luar rumah.
"Woiii iya tak ya pun masuk la dalam. Kau ni Louis." Aidan menepuk dahinya.
"Aik bila masa kau... macam mana kau datang?" Berkerut dahi Louis. Dia tinggalkan Aidan semasa Aidan tidur pagi tadi. Hazel malas nak melayan mereka itu terus ke bilik.
"Hehe jalan kaki boh." Tersengih-sengih Aidan macam kerang busuk.
Louis menepuk dahinya. "Nenek mana nenek?" Louis malas melayan kawannya itu. Tidak sabar nak beritahu Che Tun. Aidan memuncungkan mulutnya ke arah nenek.
Tidak sempat Louis berjumpa dengan nenek tiba-tiba terdengar enjin kereta di hadapan rumah. "Assalamualaikum mak."
"Assalamualaikum nenek."
Aidan dan Louis mengerutkan dahi. Tertanya-tanya siapa mereka. "Waalaikummusalam. Nenek ada dekat dalam sana." Jawab Aidan. Che Tun pun segera ke ruang tamu untuk melihat siapa yang datang ke rumahnya.
"Ouh duo ore ni. Bilo sampai?"
"Baru je mak."
Rupa-rupanya Puan Jasmine dan Hafiz yang datang. Aidan dan Louis masih 'blur'. "Ni lah ibu dengan abe Hazel. Ni Hafiz abe Hazel."
Ouh ni la yang Hazel maksudkan mereka. Bisik hati Louis.
Sudah tahu rupa paras dan sosok badan yang membuat kekasihnya itu pulang sendiri ke kampung.
"Saya Aidan. Ni Louis bakal suami Hazel." Aidan tersengih sambil menepuk bahu Louis di sebelahnya."
Kenapalah aku ada kawan macam kau ni Aidan. Louis mengomel sendiri.
"Bakal suami?" Puan Jasmine mengerutkan dahinya. Lama juga ditenungnya Louis dari atas sampai bawah. Melihat pakaian Louis yang biasa-biasa sahaja. T-shirt dan berseluar track. "Mak Hazel mana mak? Dah la balik kampung tak bagitahu. Bertuah punya budak. Memang menyusahkan je kejenya. Merajuk la tu sebab kita suka membebel." Puan Jasmine menukar topik.
Louis merasa tidak selesa dengan kehadirannya di situ. Louis menarik-narik lengan baju Aidan macam budak kecil. "Jom balik dulu." Bisik Louis kepada Aidan.
"Ermm aku pun rasa better kita gerak dulu. Nek, kami balik dulu la. Aidan ada hal. Louis, kau hantar aku ye." Aidan pun tidak selesa dengan situasi itu terus mencari alasan untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang, Louis hanya diam. Aidan tidak menegur Louis kerana tahu sangat perangai Adam Louis itu. Tapi tidak lama kemudian....
"Kau okay ke bro?"
"Hah? Okay je." Louis terus memecut kereta Toyota GT86 miliknya.
Alaaaa mampus terlepas. Bisik hati Aidan.
Tangannya mula memegang erat kerusi penumpang yang diduduknya. Matanya dipejam rapat.
Fuhhh semoga Allah panjangkan umur aku. Aamin.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...