Rumah Puan Jasmine
"Yes! Finally sampai rumah." Louis memcapai bouquet bunga.
Kaki Louis sudah melangkah turun. Dia menoleh kembali ke arah Hafiz yang masih lagi di dalam kereta itu.
"Errr hehe emm...."
"Kau dah kenapa Louis? Err aaa err aaa." Hafiz mengerutkan dahi. Pelik.
Gila ke apa budak ni? Baru tinggal bini seminggu dah biul macam ni. Ni kalau sebulan tinggal mahu masuk Tanjung Rambutan kau Louis.
"Errrrr abang Hafiz, abang bawa masuk beg dekat belakang tu ye. Muahhh sayang abang." Louis memberikan flying kiss kepada Hafiz. Kali ini kakinya laju melangkah ke pintu masuk. Risau kena hempuk dengan Hafiz.
"Ehhh..." perkataan yang keluar dari mulut Hafiz. Tiba-tiba lidahnya kelu. Terkebil-kebil Hafiz dibuatnya.
Nak taknak dia kena angkut beg si Adam Louis masuk ke dalam.
Kau ni memang nak kena Louis. Aku bukannya orang gaji kau la setan. Kalau aku dapat kau memang mati kau aku kerjakan.
"Urghhhh berat nak gila beg budak ni. Bawa balik batu dari London ke apa?" Tak puas mengomel dalam hati la katakan.
"Nah beg kau. Urghhh nasib adik aku tu bini kau. Kalau takkkkk....."
"Hehe terima kasih abang Hafiz." Tersengih-sengih. Tayang muka innocent.
"Fizzz!!! Louis!!! Haze..." tiba-tiba mereka berdua dikejutkan dengan jeritan Puan Jasmine dari tingkat atas.
Louis dan Hafiz saling membalas pandangan. Dua sosok tubuh itu terus berlari mendaki tangga.
"Iya ibu. Kenapa dengan adik ibu?"
"Kenapa dengan Haze ibu? Kejap-kejap kitaorang naik." Tercungap-cungap suara Louis dan Hafiz. Singkat nafas mereka berdua mendaki anak tangga yang agak banyak. Terkejut pun iya juga.
"Kenapa bu?" Hafiz memegang bahu Puan Latifah.
"Adik.... dari tadi ibu panggil dia tak jawab. Dia kunci pintu. Dari tadi lagi ibu dengar dia menangis Fiz." Muka Puan Jasmine jelas risaukan Hazel.
Bouquet bunga yang dipegang Louis jatuh.
"Ada kunci tak ibu?" Louis cuba membuka pintu. Dipulas-pulas tombol pintu bilik Hazel.
"Takde Louis. Ibu lupa simpan mana kunci tu."
"Louis, kau rempuh je pintu tu. Aku tak sedap hati ni. Isteri kau, takkan kau tak kenal dia kan." Risau, takut Hazel Aryana bertindak di luar kawalan lagi.
Louis menggangguk. Dia mengundurkan diri beberapa langkah ke belakang dan merempuh pintu bilik Hazel.
"Sayanggggg!"
"Ya Allah adik."
Kelihatan sosok badan Hazel Aryana duduk di atas lantai di bucu katil. Masih menangis teresak-esak. Rambut tidak terurus. Keadaan bilik tanpa sebarang cahaya.
"Ya Allah sayang. Kenapa macam ni sayang?" Louis menghampiri isterinya. Dipeluk. Dahi Hazel dicium.
"H...Haaaa Haze takut." Hazel terus merangkul lengan Louis.
"Shhhhhh saya dah balik. Saya ada dengan awak sayang. Tenangkan diri sayang. Mengucap." Louis membeli lembut rambut isterinya.
"Haze takut daddy. Diorang benci Haze." Mata Hazel terpejam rapat. Dia memang dalam ketakutan walaupun dipeluk oleh Louis.
Louis mengerutkan dahi. Pandangan tajam mula menikam Hafiz dan Puan Latifah.
Takkan laaa....
"Haze sayang, saya ada dengan awak. Shhh jangan nangis baby. Awak ada saya kan sayang. Buka mata. Pandang saya sayang..." Louis mengangkat dagu isterinya. Hazel Aryana mula membuka mata, menatap wajah Louis.
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...