BAB 2

2.4K 104 3
                                    

Tinggg!!!

"Hah siapa... Siapa yang chat?" kedengaran suara Hazel dari dapur.

Laju dia berlari ke ruang tamu untuk melihat siapa yang menghantar chat kepadanya.

"Yeayyyyyyy Daniel chat... yeayyy yeayyy horayyy!!!"

"Assalamualaikum Hazel maaf baru dapat chat sebab line dekat sini susah nak dapat. Saya dah selamat sampai 3 hari lepas."

"Waalaikummusalam Daniel. Ouh takpe saya faham. Awak chat ni pun dah buat saya lega."

Hazel menunggu Daniel membalas chatnya tapi tidak ada. Hazel mengganggap Daniel sibuk dengan kelasnya dan mungkin akan membalas chat itu nanti.

"Hazel, jom main pubg." Setelah beberapa hari baru dibalas chat Hazel.

"Baik."

Hazel mula mencapai 'earfon' dan terus bermain game dengan Daniel.

"Hazel, dua orang lagi tu kawan saya dekat sini. Diorang pun orang Malaysia."

"Ouh okay."

"Hai Hazel. Ni teman wanita Daniel ke? Jom la jadi 'girlfriend' kami hehe."

Hazel terdiam. Tidak tahu harus merespon apa. Daniel turut diam dan 'off mic'. Daniel seolah- olah membiarkan mereka mengusik Hazel sedangkan dia tahu Hazel tidak selesa dengan situasi itu. Setelah tamat bermain game, Daniel menghilang seperti biasa.

4 hari kemudian....

"Hazel, jom pubg."

"Baik."

Setelah beberapa kali seperti ini, Hazel mula perasan yang Daniel hanya mencarinya ketika sedang bosan. Hazel mula curiga dengan tingkah laku Daniel. Dia mula membuka akaun instagram milik Daniel dan mula membaca 'direct massage' yang mencurigakan.

Hazel tergamam melihat isi DM Daniel dan kawan perempuannya itu. Dia tahu Daniel sudah lupa bahawa dia pernah memberikan 'password' instagram kepadanya.

Nasib baik kau tak delete. Kau pelupa. At least aku tahu kau nilai aku ni macam mana. Hati kecil Hazel bersuara.

"Tak guna kau Daniel. Jantan tak reti bersyukur!"

"Kau ingat kau hensem sangat? Pilih rupa tapi rupa sendiri pun hauk."

Hazel mengomel dan mula 'block' semua akaun social media Daniel tanpa meminta penjelasan dari Daniel. Dirinya sudah tekad kerana prinsip Hazel, 'orang taknak kita, kita jangan terhegeh-hegeh. Blahhh terus angkat kaki'.

Setelah beberapa minggu kejadian itu, Hazel terlihat gembira. Walaupun begitu hatinya retak berkecai bagai kaca. Kadang-kadang dia ada perselisihan faham dengan keluarganya dan membuatkan mereka bertengkar. Jiwa muda Hazel mula memberontak dan dia mula menganggap tiada siapa yang memahami dirinya.

"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Hazel!" Hafiz mula meninggi suara.

"Apa yang orang kurang ajar? Kenapa semua yang Hazel buat salah? Sikit pun korang tak nampak kebaikan Hazel kan? "

"Aku tahu kau tak dapat kasih sayang dari abah. Aku tahu Hazel! Tapi aku ni lebih terasa bila abah takde. Aku banyak kenangan dengan abah."

"Ouh jadinya Hazel tak boleh macam ni? Hazel tak layak la nak sebut perkataan rindu abah?"

"Kau ni memang minta penampar Hazel." Hafiz mengangkat tangan ingin menampar adiknya itu.

"Sudah!!! Kau jangan nak tampar adik kau Hafiz." Puan Jasmine menahan Hafiz dari menampar Hazel.

Tak sanggup Hafiz melihat ibunya menangis. Hazel berlari masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Hafiz pula keluar menaiki kereta untuk menenangkan dirinya.

Panggg!!!

Bunyi dari bilik Hazel. Hazel Aryana menumbuk cermin almarinya sehingga tangannya berdarah. Dia membaling semua barang di mejanya ke lantai. Puan Jasmine sudah lali dengan perangai anak perempuannya itu. Hazel membuka pintu biliknya, Puan Jasmine tergamam melihat darah anaknya itu.

"Hazel! Kenapa macam ni? Ya Allah Hazel."

Hazel diam tak berkata apa-apa. Hazel memang gadis yang panas baran tapi menurut semua kata-kata ibunya. Keluarga Hazel sangat mengongkongn dan dia sendiri tidak rapat dengan keluarga. Mungkin itu yang menyebabkan Hazel selalu memberontak.

Kenapa semua benda yang aku buat, keluarga aku tak pernah nampak. Diorang nampak benda buruk je. Sumpah penat la hidup macam ni. Salah orang lain tapi aku juga yang kena.

Hazel termenung sambil mendengar hati kecilnya berkata-kata.

Hazel menghela nafas panjang seolah-olah dia penat dengan kehidupannya. Dia mula menangis dan memanggil satu nama iaitu Abah.

"Mana abah? Kenapa abah tak bawa adik ikut abah sekali?"

"Sampai hati abah tinggalkan adik dekat sini. Adik tak suka duduk sini abah."

Dia mengunci diri di dalam biliknya. Sudah 3 hari dia tidak makan dan minum. Tubunya mula lemah, bibirnya yang merah bak delima mula pucat.

I'm Yours, LouisWhere stories live. Discover now