"Eh Hazel kau memang nak mati dengan aku ke?" Hafiz terjerit-jerit macam orang gila.
"Ya Allah bakpo ni Hafiz. Kesian adik tu."
"Dia ni melampau nek. Menyusahkan orang je keje."
"Doh dio takkan susohkan Hafiz dengan ibu. Dio pun ado ore nok pinang doh." Menitik air mata Che Tun melihat cucu-cucunya seperti itu.
"Dengan lelaki yang entah siapa tu nek? Nenek yakin ke dia betul-betul serius dengan Hazel?"
Hazel sudah tidak tahan. Hafiz selalu mencari masalah dengannya. Dia tidak ada tempat untuk mengadu kerana dia hanya ada Hafiz dan ibunya sahaja. Jiwanya meronta, fikirannya bercelaru.
Hazel melihat sebilah pisau di atas rak kecil sebelah katilnya. Dia mahu mengambil tetapi tangannya tertepis pasu bunga milik neneknya.
Pangg!!! Hati Hafiz mula gelisah mendengar bunyi benda pecah. Dia tahu adiknya itu akan bertindak 'aggressive'. Dia mula cuba membuka pintu.
"Adik kau buat apa dik. Jangan buat bukan-bukan Hazel." Hafiz jerit dan tanggannya memulas-mulas tombol pintu.
"Ehhh dah berapa hari kita tak pergi rumah nenek Hazel kan Louis?"
"Hurm... nak pergi? Aku rasa tak sedap hati la." Louis bangun lalu mencapai kunci keretanya. "Jom!"
"Hazel..." Hafiz dan Puan Jasmine jerit.
Bukkk!!!
Hafiz merempuh pintu bilik Hazel. Pintu terbuka luas. Mereka melihat Hazel duduk di bucu katil, ditangan kanannya sudah ada sebilah pisau. Kesan-kesan luka sudah ada pada beberapa bahagian badan. Darah mula keluar dengan banyak.
"Anak ibu, letak pisau tu sayang."
"Adik aku sayang kau. Dik jangan la macam ni."
"Hazel cucu nenek, jange gitu saye." Che Tun mengusap dadanya. Tidak sanggup melihat cucu kesayangannya begitu.
Hazel mengangkat wajahnya. Rambut tidak terurus lagi...
"Kalau Hazel mati, abang dengan ibu bahagia tak? Hazel beban kan ibu? Selalu menyusahkan ibu dengan abang. Hazel memang tak guna. Bagi duit dekat ibu pun tak, memang anak tak guna la Hazel ni." Hazel memukul kepalanya berkali-kali.
"Hazel sayang, ibu tahu anak ibu sakit. Ibu sendiri yang tak bagi Hazel sambung belajar sebab ibu taknak jauh dengan Hazel. Ibu sendiri tak bagi Hazel keje sebab ibu takut Hazel sakit sayang." Suara Puan Jasmine terdengar. Kedengaran tangisan teresak-esaknya.
"Hazel, abang janji abang takkan marah-marah kau lagi dik. Tolong jangan macam ni."
"Tipu." Perlahan Hazel bersuara sambil tersenyum. Air matanya mengalir lagi. Tangganya menggenggam erat pisau.
"Assalamualaikum. Nenek ooo nek."
"Dah berapa kali kita bagi salam ni Aidan. Pintu terbuka tapi takde orang pun."
"Naik jom. Aku pun tak sedap hati ni Louis."
Louis dan Aidan melangkah masuk ke rumah Che Tun. Terdengar suara di lorong dapur Che Tun itu. Mereka saling memandang, tanpa berlengah terus bergegas.
"Kenapa ni nek?" Louis, Hazel Louis!" Aidan menarik lengan Louis. Terkejut melihat keadaan Hazel. Louis tergamam.
Louis mula melangkah masuk ke dalam bilik untuk mendekati kekasihnya itu.
"Jangan dekat!" Teriak Hazel. Louis segera menghentikan langkah.
"Saya nak ikut abah." Hazel mengangkat wajahnya menatap Louis. "Sumpah saya penat sangat-sangat."
"Sayang... saya akan gantikan abah. I'll love you for the rest of my life. I'll protect you manja."
"Saya nak ikut abah. I wanna die right now!." Hazel mengarahkan pisau tepat ke pergelangan tangannya. Dia sudah tekad.
"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil.
"Awak tak faham saya!" Hazel membentak.
"Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya ni cinta mati dengan awak.
"Awak tipu! Semua orang tak pedulikan saya."
"Sayang cantik, jangan macam ni please."
Hazel mula penat, kepalanya pusing, matanya sudah layu kerana sudah berapa hari dia menangis dan tidak makan. Genggaman pisau mula terlerai dari tangannya. Louis segera mencapai pisau dan mencampakkan pisau itu jauh-jauh. Risau akan kekasihnya itu bertindak di luar kawalan lagi. Hazel jatuh ke dalam dakapannya.
"Please sayang jangan macam ni. Kalau awak hilang, boleh gila saya dibuatnya."
"Awak penipu...." terdengar perlahan suaranya.
"Percayakan saya Hazel. I promise..."
YOU ARE READING
I'm Yours, Louis
Romance"Princess, letak pisau tu sayang." Louis memujuk kekasihnya, Hazel supaya meletakkan pisau yang di genggamnya. Dia tahu keadaan mental Hazel tidak stabil. "Awak tak faham saya!" Hazel membentak. "Sayang, macam mana saya tak faham awak sedangkan saya...