BAB 6 RYAN'S QUEEN

13.6K 710 7
                                    

KETUKAN bilik dari luar, membataskan niat aku untuk membersihkan diri. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi tapi aku masih belum bersihkan diri kerana terlajak tidur. Tidak semena-mena terlajak tidur lepas solat subuh pagi tadi. Dengan tuala yang tersangkut di bahu, aku mengorak langkah ke pintu bilik untuk dibuka buat sang pemanggil dari luar.Terkuak saja pintu, batang tubuh mama menghiasi mata. Wajah manis dia tayangkan buatku.

"Yes, mama? What do you want? Nak Melda tolong you anything ke?" soalku. Serupa berbual dengan rakan tapi memang itulah kebiasaan gaya bahasa antara kami berdua.

"Nothing, darling. Mama just nak inform you, your man tengah tunggu you dekat bawah. He wanna hang out with you." Bibir tuanya mengulum senyum mengusik.

Aku putarkan bola mata. Mulalah tu fikir yang aku ada teman lelaki. Tak pernah berhenti. Pantang betul! Nak sangat aku kahwin. Padahal bukannya pendek umur pun kalau sendirian selamanya.

"He's not my man, mama. Dia cuma kawan Melda. Jangan salah faham, please. I'm so sick of this."

Mama ketawa halus melihatkan rungutan aku. Kepalanya menggeleng kecil.

"Alright. I'm sorry. Dahlah, cepat bersiap. Tak elok buat orang menunggu, Natalia. Cepat! Kesian dia. "

Keluhan berat aku lepaskan. Alangkah indah dan seronoknya jika aku dapat duduk saja di rumah pada hari ini kerana esok, aku sudah perlu kembali masuk ke kafe yang aku miliki setelah sekian lama. Apa jenis majikanlah aku ini sudah lama tak masuk kafe sendiri.

"Mama cakap lah dekat dia, Melda tak nak. Suruh dia balik. Melda malas lah."

"Why? You bukannya buat apa pun dekat rumah. Go! Teman dia. Kesian si Ryan jauh-jauh datang ke sini nak jumpa dengan you."

Kening aku terjongket. "Mama tahu nama dia?"

"Dah dia beritahu. Such a handsome name. I like."

"Then, you temanlah dia. I tak nak. You cakap you suka kan?"

"Eh, I suka if dia jadi menantu I. Bukannya I suka dia. Dah, pergi Imelda. Kesian dia."

"No, mama."

Mama diam. Matanya tajam merenung aku. Tiada lagi wajah mengusiknya atau senyum di bibir walau secalit. Serius. Dan sebagai seorang anak, aku faham akan maksudnya. Terpaksa jua aku menurut. Mama tidak perlu beri amaran melalui bicara sedangkan wajahnya saja sudah mampu mengatakan semuanya.

"Fine. Tolong cakapkan dekat dia, I nak bersiap dulu. Kejap lagi, Melda turun."

"Good girl." Mama membawa diri ke tingkat bawah. Berlalu dari depan bilik aku.

Selang beberapa ketika mandi, aku keluar dari kamar mandi dengan berkemban dengan tuala saja. Kaki mengorak langkah ke depan almari untuk memilih pakaian. Satu persatu ditilik hingga ianya terhenti pada sehelai gaun labuh hingga buku lali yang tidak berlengan.

Tali di bahu tidak nipis. Aku capai gaun putih yang bercorak bunga kecil hijau lembut itu. Antara warna kegemaran aku selain hitam, merah dan putih. Gaun disarung pada tubuh langsingku. Namun di bahagian pinggang agak ketat tapi aku masih boleh tahan. Tidak mengapa. Keronsang ditindik pada telinga lalu jam tangan dipakai ke pergelangan tangan kiri. Gelang halus keemasan dipakai pada tangan kiri juga.

Usai itu, cincin disarung pada jari manis di tangan kanan. Untuk menambah seri saja.Wajah di pantulan cermin di pandang. Solekan tipis selesai diletak pada wajah sebelum dengan yakin aku mencapai beg tangan yang tersusun di sebuah rak besi Ikea di sebelah almari.

Pelbagai jenis dan jenama beg tangan aku diletakkan di situ sebagai koleksi. Kesukaan aku, mengumpul beg tangan. Wangian tidak dilupakan disembur ke leher jinjang aku dan pergelangan tangan serta seluruh tubuh.

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now