BERSEPAH lantai ruang tamu rumah mama disebabkan oleh perbuatan Imelda yang sudah hilang kawalan itu. Entah sebab apa, isteriku itu berkelakuan hingga sebegini rupa. Persis dirasuk hantu saja.
"Mana anak aku?! Aku nak anak aku!! "
Jeritannya bergema di segenap ruang itu. Keadaannya tampak begitu serabai. Tidak seperti sebelumnya.
Mama di sebelah sudah berusaha sedaya-upaya untuk memujuk tapi tetap gagal jua. Dia juga takut akan tingkah Imelda yang hilang kewarasan itu.
"Baby? Baby, where are you? Come to mama. Come, baby."
Imelda menyeru anak yang sudah tidak ada itu seakan anak itu berada di sini.
Perlahan, aku mengambil langkah untuk mendekatinya dengan penuh berhati-hati.
"Melda...Melda, sayang.. Calm down.. "
Dia menoleh dengan drastik. Tergamam aku tatkala melihat pinggir bibirnya yang sudah berdarah dan bawah mata yang kemerahan itu.
Ya Tuhan, apa sudah jadi pada isteriku ini?
"Ini, abang. Calm down. Come to me. Come here." aku menggamitnya.
Mengapa dia tampak begitu menyeramkan? Sampaikan meremang bulu roma aku dibuatnya.
"Mana anak aku? Kau sorokkan, ya? Hah?! Aku nak anak aku!!"
"Anak kita dah tak ada, sayang. Dia dah tunggu kita berdua di syurga. Melda kenapa ni? Melda juga kata Melda dah redha dan terima atas semua yang jadi. What make you become like this?"
Deruan nafasnya kedengaran tidak teratur sebelum dia menggeleng laju.
Tanpa sebarang amaran, tubuh aku ditolaknya dengan begitu kuat hingga aku terundur ke belakang.
"Kau! Kau puncanya!"
Belum sempat aku cuba mengelak, tubuh aku terbaring di atas lantai manakala Imelda sudah duduk di atas perutku. Wajah aķu ditampar berkali-kali dengan kuat tanpa rasa bersalah.
"Tak guna! Kau penyebab anak aku hilang! Lelaki tak guna! Aku benci kau, Haz! I hate you so much! Tak bertanggungjawab, tak guna! "
Sedaya upaya aku cuba menghalang tamparannya yang sakit bukan kepalang itu.
"Melda.. Berhenti.. Respect me as your husband."
"Suami apa? Kau bunuh anak aku! Aku nampak kau tolak aku ke lantai dan belit leher aku dengan tali sampai merah. Kau cuba untuk bunuh aku dan anak aku, Haz. Penipu! Aku.."
Kolam matanya mula berair. Matanya makin kemerahan dengan menatap aku penuh dengan pelbagai rasa yang tidak dapat aku gambarkan.
Mutiara jernih itu mula membasahi pipi mulusnya yang sudah tampak kian cengkung itu.
"Kau tipu aku, Haz. Setiap hari kau ungkapkan ayat manis kau untuk aku. Tapi akhirnya, kau juga yang cuba untuk bunuh aku dan anak aku. Kau-"
Suaranya mula mengendur. Tidak selantang tadi.
"Kau tipu aku. Penipu." Katanya lagi sebelum mengalihkan tubuh dari berada di atasku.
Imelda terduduk lemah di lantai. Bahunya terhinggut.
"Mama miss you, baby. I am sorry. I cant save you before he kill you."
Aku mula tercengang.
Tidak faham akan tuduhan yang dilontarkan olehnya. Masih segar lagi di kotak memori aku saat tragedi teruk menimpa Imelda ketika punca kami kehilangan anak kami.
Dia sudah terbaring lemah dengan kain yang sudah dibasahi cecair merah dan lantai yang sudah mempunyai darahnya. Lehernya juga ada kesan kemerahan seolah dikelar sesuatu.
"Kau bunuh dia.."
"Tak. Melda cakap apa ni? Abang sendiri yang selamatkan Melda masa Melda dah tak sedarkan diri. Sayang lupa? Tak akanlah abang nak bunuh anak abang sendiri. Anak kita."
Kolam mata aku juga sudah mula berair. Terasa sakitnya hati difitnah sebegitu rupa oleh sang isteri sendiri. Seolah dicucuk sembilu yang paling tajam.
"Kau pergi balik. Penipu memang tak akan berlaku jujur. Namanya pun penipu. Penuh dengan helah."
Aku masih tidak berganjak darinya yang hanya memandang ke lantai saja dari tadi.
" Kenapa Melda tuduh abang begini? Apa bukti Melda ada bahawa abang yang cuba untuk bunuh isteri dan anak abang sendiri? Beritahu abang. Siapa lagi yang fitnah abang kali ini? "
Air mata aku mula turun deras tanpa sempat dan mampu ditahan lagi. Sakit dan terlukanya dia, aku turut terasa.
"Tengok cctv rumah. Aku menyesal percaya setiap kata kau, Haz. Rupanya aku diperbodohkan. Kalaulah aku tahu, sebegini rupa aku akan ditipu oleh lelaki. Aku tak akan sesekali buka langkah dan biar semua terjadi."
Imelda mula bangkit dari duduknya tanpa sedikit pun menoleh ke arah aku.
Aku sekadar melihat tangannya yang mula naik ke kepala. Diurutnya. Barangkali sakit setelah menangis dan meraung terlalu banyak. Jujur, aku merasa simpati tapi aku tahu perkara buruk aku berlaku jika aku dekatinya lagi.
"Natalia Imelda.."
"Aku tak nak cakap dengan penipu. Balik, Haz. "
"We need to fix all these."
"Balik sebelum aku minta fasakh. Aku ada segala bukti, Haz."
Tersentak jiwa tatkala perkataan yang amat aku bencikan itu terluncur dari bibirnya. Perkara itu bukan jalan penyelesaiannya. Mengapa manusia sering mengambil mudah tentang perkara itu?
"Tak akan sekali, abang lepaskan Natalia Imelda Dato' Naeshar. Jangan ikutkan emosi, Melda. Guna akal Tuhan dah beri." Tegas.
"Aku. Benci. Kau. Muhammad Hazael Malique. Kau, ialah sebuah penyesalan dalam hidup aku. I wont forgive you."
Dengan sebaris ayat itu, kakinya mula melangkah ke arah tangga. Menaiki ke tingkat atas meninggalkan aku dan mama begitu saja.
Aku menoleh ke arah mama dengan wajah yang penuh dengan kekeliruan.
"Ma, kenapa ni?"
Mama menghela nafas sebelum mara ke arahku.
"Tadi mama panggil Imelda turun makan. Tapi dia senyap saja. Jadi mama pun naiklah ke bilik dia. Bila mama masuk ke dalam bilik, dia dah menangis teresak-esak. Mata dan hidung pun dah merah. "
Mama menghela nafas sebelum menyambung. Riak wajahnya penuh dengan kegusaran yang tidak dapat diselindungkan lagi.
"Mama tanya kenapa? Dia tunjuk Ipad dia yang paparkan satu video pada mama. Rupanya itu rakaman cctv semasa hari kejadian Melda gugur. Dan mama... mama nampak muka Haz dalam rakaman tu. Haz yang tarik Melda. Haz yang hampir cekik.. isteri Haz sendiri. Tapi mama tak percaya. Haz yang mama kenal dan yang dalam rakaman tu tak sama. Jadi mama cuba pujuk dia. Tapi dia membentak juga."
Jelas mama panjang lebar. Membuatkan aku tergamam hinggakan terkelu seribu bahasa lidah.
Anak mata mam memandang aku dengan kolam mata yang sudah berair. Ingin saja aku jelaskan semuanya bahawa itu bukanlah aku walau rupa kami sama. Tapi entah mengapa kotak suaraku seakan tidak mampu berfungsi.
"Haz? Betul ke itu Haz? Kenapa Haz nak bunuh isteri yang Haz cintai? Haz berdendam dengan Melda? Cakap dengan mama, Haz. Jujur dengan mama. Jangan buat puteri mama dan arwah cucu mama begini, Haz. " mutiara jernih milik mama sudah merembes turun membasahi pipi tuanya.
Perlahan-lahan kepala aku bergerak menggeleng. Ingin menafikan segalanya.
"Tak, ma. Wallahi, bukan Haz. Itu semua.."
"Fitnah? Tapi itu bukan dalam bentuk gambar, Haz. Dalam bentuk video. Memang muka kamu, Haz Malique!" Frekuensinya naik seoktaf.
Sungguh, aku buntu. Itu bukan aku! Tapi otakku tepu untuk membuktikan kebenaran. Mata dipejamkan dalam kegundahan. Ujian apakah lagi ini, Tuhan?
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...