BAB 46 RYAN'S QUEEN

6.5K 316 5
                                    

PAHANYA ditepuk perlahan apabila melihat dia sudah lama terlena. Aku menongkat dagu dengan siku dan merenung wajah polos yang sedang nyenyak itu dengan tangan masih bekerja melenakannya.

Selepas pertelingkahan kecil antara kami petang tadi, Imelda tampak lemah tidak bermaya saja. Mungkin disebabkan kondisinya ketika ini jadi aku cuba untuk memujuknya makan dan membersihkan diri sebelum terlena.

Syukurlah dia tidak membentak sekasar sebelumnya. Barangkali tenaganya sudah kian berkurang dan perlu ditambah dengan berehat.

"Nak tidur awal pun kena ada orang tidurkan. Patutlah muka macam orang susah nak tidur. Selalu sangat tidur lewat. "

Manja.

Sejak awal perkahwinan lagi Imelda tak akan tidur jika tiada seseorang mendodoikannya. Kalau tidak, dia akan lena lambat daripada orang lain. Ada masalah untuk terlena awal.

Bermakna, sejak dia kecil lagi dia selalu tidur lewat kerana tiada sesiapa mendodoikannya walau mama. Adakalanya saja mama akan mendodoikannya.

Jadi, untuk elakkan itu kerap terjadi, dia harus bersedia untuk tidur lebih awal daripada orang lain juga. Bimbang kesihatannya akan terjejas jika berlarutan.

"Tapi tetap cantik. Pandai isteri abang jaga muka. " kucupan hangat dilabuhkan ke dahi licinya.

Rasa seperti menjaga seorang anak kecil pula.

Aku sayangkan wanita ini. Syukur Tuhan sentisasa tetapkan hatiku hanya buatnya.

"Haz?"

Seruan dari seseorang membuatkan aku bangkit dari berbaring dan berdiri di sisi katil. Kelihatan mama sedang tersenyum nipis padaku seraya berjalan ke arah anaknya di katil.

"Dah tidur?" Soalnya.

Aku mengangguk sekali.

"Jaga Melda ni macam budak kecil. Tapi sebab tiada sesiapa ada dengannya, lama-kelamaan sifat manja dia pun dah tak ditonjolkan. Dia terpaksa berlakon kuat dan berdikari." Aku membuat spekulasi sendiri.

"Betul lah tu. Imelda orangnya kuat sembunyikan sifat dan perasaannya sendiri. Masalah pun ditelan dalam diam." hujah mama pula.

"Haz tidur sini kan? Maaf mama menganggu."

"Eh, tak apa. Haz belum nak tidur lagi." Senyum tipis diukirkan buat wanita separuh umur tersebut.

"Tidurlah. Melda pun dah tidur tu. Mama keluar dulu." Mama berjalan keluar dari bilik lalu pintu dikatup. Memberi ruang kepada kami berdua.

Sudah aku memaklumkan kepadanya tadi bahawa aku ingin menguruskan Imelda berpantang untuk beberapa hari yang masih tinggal ini.

Rasa serba salah sangat kerana membiarkan semuanya diuruskan oleh mama.

Aku kembali berbaring di sebelah Imelda lalu tubuh itu ditarik ke dalam pelukan. Bibirnya dikucup sekilas.

Tangan kananku mengusap rambutnya.

"Tidur lena, ya sayang?" Dahinya dikucup lembut.

"Esok abang akan sediakan semuanya untuk Melda. Dont worry. Abang tak akan tinggalkan Imelda." Dahi kami berdua dilagakan.

Tuhan, aku sayang wanita ini. Dan aku tidak akan pernah penat menyanyangi dan menjaganya seperti amanah yang telah kau tetapkan buatku.

Aku akan jaga permata ini. Amanah ini. Tanggungjawab aku ini. Wanita yang akan sentiasa menyimbahi hari aku dengan cahaya bahagia dan kegembiraan yang dia punyai.












Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now