SEDARI tadi, tidak berhenti mulut Affan membebel kepadaku. Umi sudah pulang disebabkan Affan tiba-tiba saja mahu menjaga aku. Kononnya bimbang jika aku bakal bertindak luar jangkaan iaitu lebih teruk.
"Abang... Dahlah tu. Penat lah Lia dengar. Orang tua tak sedar diri tu yang saja cari pasal dengan Lia. Memang dia salah oranglah."
Affan yang sedang bercekak pinggang sambil berdiri itu memincingkan matanya ke arahku. Dia mula melabuhkan duduk di sebelahku. Sisi wajahku ditatapnya.
"Lia tu tengah mengandung. Biarlah orang nak kata apa pun pada isteri abang ni. Mereka tak tahu apa. Kan abang dah didik Lia jadi wanita yang beradab. Sabar bila difitnah. Kifarah itu ada, sayang," belakang tubuhku diusap olehnya.
"Lia tak boleh. Lia geram. Lia ada perasaan, abang. Mana boleh biarkan. Lia sakit hati. Abang kalau menyesal kahwin dengan Lia, ceraikan sajalah Lia. Tinggal-"
Tubir mata sudah tidak dapat menahan lagi dari mengeluarkan isinya. Tidak semena-mena hati aku dihurung rasa sebak. Sedih apabila suami sendiri meluahkan rasa kesalnya terhadap kedegilanku.
"Hey! Apa pula cakap pasal cerai ni? Mengarutlah Lia ni. Abang dah beri anak pada Lia, tak akanlah abang mudah nak tinggal Lia pula. Sayang ni mengarut lah, " nada suaranya jelas tidak suka akan bicaraku tadi.
"Habis itu, nanti anak dah lahir, abang nak ceraikan Lia?" jatuh juga air mataku akhirnya. Aku menatapnya dengan pandangan yang sudah kabur.
Affan sudah menggelengkan kepalanya seraya memicit pelipis. Hujung telingaku mendengar dia beristigfar. Barangkali penat kerana melayan perangaiku.
Tapi bagaimana jika ianya benar?
"Lia rehatlah. Lia kuat sangat berfikir ni. Lia tidur, ya sayang? Abang dodoikan."
Affan maju memeluk tubuhku dan cuba mencempung untuk dibawa ke kamar tidur kami tapi aku tetap keraskan badan dengan air mata sudah membasahi pipi.
"Abang tak jawab pun soalan Lia. Jadi betul lah apa yang Lia cakap tadi, kan?" tanyaku dengan suara yang sudah parau dek menahan tangis.
Nafasnya dihela perlahan. Lengan kirinya melingkar di bahuku seraya menarik tubuhku rapat dengannya. Kemudian, telapak tangan kanannya melekap di pipi kiriku. Dielus lembut di situ. Tatapannya juga kian lunak.
"Natalia Imelda, abang lafazkan hanya untuk satu kali saja iaitu untuk menikahi dan mendidiknya. Bukan untuk dua kali iaitu menikahi dan kemudiannya, meninggalkan. Okay? Sayang terbawakan emosi ibu mengandung sangat ni," dahiku dikucup perlahan.
"Kenapa perlu risau tentang orang lain jika itu hidup Lia? Kata-kata dan cemuhan mereka bukannya boleh bayar kebahagiaan dan harta Lia, kan? Ianya semua hanya omong kosong. Tak ada nilai. Biasalah manusia," sambungnya.
Perlahan-lahan bibirku mengorek senyum halus buatnya. Setiap butir bicara yang keluar dari ulas bibirnya selalu membuatkan aku teringat akan arwah suamiku.
Cinta pertama itu, sukar untuk dilupai. Mana mungkin dua tahun itu tempoh masa yang cukup untuk aku menerima dengan hati yang benar ikhlas. Tapi aku masih sedang mencuba.
Kepala dilentokkan ke bahu kekarnya itu.
"Maafkan Lia tapi kata-kata abang selalu buatkan Lia teringat kepada arwah. I am so sorry. Abang seperti peganti dia. You are too perfect for me. Too mature and I really love it. Because you know how childish I am, right?"
Sangkaku, Affan akan keraskan badan dan terus membisukan mulut. Malahan, bakal tidak mahu berbual denganku dek kerana merajuk.
Tapi tiba-tiba telapak tangannya naik mengelus rambutku.
"Tak apa. Abang okay. Abang faham perasaan Lia. Gwaenchana."
Kerutan terentang di dahiku sebelum kepala didongakkan sedikit untuk memandang wajahnya.
"Sejak bila pandai cakap Korea ni?"
Dia tersengih seperti kerang busuk.
"Tiktok."
"Wau! Dah tengok tiktok sekarang. Setahu Lia, abang tak pernah tengok tiktok, kan? Abang sendiri pernah cakap pada Lia."
Jujur aku sendiri juga tidak percaya apabila dia mengatakan sedemikian. Bukan sahaja tiktok, malahan aplikasi instagram juga dia tiada. Hanya Facebook sahaja.
Sudah serupa orang tua sahaja sedangkan dia baru saja berumur 34 tahun. Bukannya sudah mencecah fasa 40-an.
"Lia lah pengaruh abang. Sebab sayang, abang jadi terpengaruh tahu tak? Nasib baik tak ada perkara bukan-bukan di situ," balasnya sambil menjongketkan kening beberapa kali.
Tajam mataku memandangnya. Bibir pula dikemam rapat. Ingin memberi isyarat melalui bahasa mata tentang amaran buatnya.
"Kalau ada sekali, abang terus delete. Jangan layan lagi dah. Layan Lia je," senyum comel ditayangkan.
Perasan comel sekali sekala dengan suami sendiri tak salah!
Tawa kecilnya terhambur. Kepalanya mengangguk sekali dengan kerdipan mata yang lembut.
"Boleh,sayang."
"Good boy," aku tersenyum senang.
"Okay, dah. Jom tidur."
"Siang lagi ni, abang."
"Tapi Lia kena rehat. Rehatkan otak. Rehatkan badan. Lia kan-"
"Ya, tahu. Tapi abang tak pergi kerja ni. Apa kata kita buat sesuatu?" cantasku sambil senyum manis ditayangkan.
"Buat apa, yang? Tak penat ke?"
"Kenapa? Abang penat ke layan Lia?"
Mulalah aku kembali emosi semula seperti tadi. Sensitif tahu tak, bila dia asyik menolak permintaan aku saja.
"Tak. Tak pernah penat. "
"Habis itu?"
Nafasnya dihembus perlahan. Berperang lidah denganku memang memerlukan banyak kesabaran. Tambahan lagi, ketika mengandung ni.
"Okay. Lia nak buat apa?"
Aku tersenyum lebar.
"Kita main masak-masak! Lia laparlah lepas berperang lidah dengan orang tua tu-"
"Lia, abang dah pesan banyak kali kan, jangan cakap kasar? Did you forget it?" tegas suara maskulinnya mengingatkan aku.
Terus pudar senyuman di wajahku. Berubah cemberut. Kedua belah tangan dijatuhkan di sisi lalu naik menyilang di dada. Pandanganku lurus ke depan. Tidak lagi menghadapnya.
Konon ingin merajuk.
"Tak payah lah marah," cebikku.
"Eeee.. Budak ni. Abang tak marah lah. Abang pesan aje. Ada abang tinggikan suara ke? Tak ada. Manja eh dia ni. Babap kang," pipiku dicubit perlahan.
Mentang-mentaglah pipi aku pun sudah serupa keju saja. Ditarik semahunya. Tapi tidak pula aku menghalang.
Biarlah. Tak sakit pun.
Lantas aku menoleh ke arahnya. Mata sengaja dibundarkan. Masih dalam mood berlakon garang dan marah.
"Amboi, dah pandai nak babap orang sekarang, ya?"
Affan tersengih.
"Gurau aje lah. Dah, jom. Kita main masak-masak. Hurry up," tangan kanannya dihulurkan kepadaku.
Nak tak nak, aku menyambut juga. Lapar punya pasal, disambut saja ajakan olehnya. Perlahan-lahan, aku bangun dari duduk sambil tangan kiri memegang perut.
Sebelah tangan Affan memegang bahuku bagi memberi sokongan untuk aku seimbangkan badan.
"Boleh?" soalnya, prihatin.
"Boleh," jawabku dan kami sama-sama berjalan ke dapur.
300 votes to unlock next special chapter!
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
عاطفية[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...