BAB 7 RYAN'S QUEEN

13.6K 768 10
                                    

SEBULAN. Tiada langsung wajah Ryan menyapa ruang mata sejak pertemuan terakhir kami beberapa hari lepas. Kami hanya luangkan masa bersama-sama di kawasan bandar yang menarik dan dia menghantar aku pulang. Kata akhirnya ialah..

"I tak berani janji tapi kalau Pencipta you izinkan, I akan datang semula kepada you dalam keadaan yang you sendiri tidak akan dapat jangka."

Bicaranya itu membuatkan aku terdiam seketika. Benarkah kau akan kembali kepada aku, Ryan? Kembali dengan rombongan meminang atau dengan membawa pasangan baru yang telah menjadi pilihan kau? Sungguh. Aku takut sekali jika andaian kedua menjadi kenyataan.

Tuhan, aku cuma mahu Ryan. Jika dia jodoh orang, aku juga orang.

"Maafkan I kalau lama tapi I cuma tunggu izin daripada-Nya sahaja. Good night, Imelda." Bibir merahnya mengulum senyum buat aku. Senyuman yang hanya dia saja mampu buat aku terkenang setiap detik.

Ayatnya mudah difahami. Tiada kiasan dan aku juga dapat faham tapi ada maksud disebaliknya yang tidak dapat aku olah dengan lebih terperinci. Agak sukar dikatakan. Lagipun aku tidak mahu kecewa jika aku tersalah tafsir. Nafas aku terhembus kuat.

"Dahlah nombor telefon dia pun aku tak ada. Nak dm dekat instagram, dah lama tak nampak dia online. Dekat youtube pun senyap je. You pergi mana ni, Ryan?" Aku bertanya sendirian sambil berpeluk tubuh.

Berdiri di balkoni rumah, jam tangan dipandang sekilas. Sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Kafe telah dibuka sejak jam 7.00 pagi tadi lagi tapi aku masih belum kesana lagi. Rindu untuk melihat suasana yang sentiasa aman dan damai itu. Lantaran itu, aku naik ke bilik untuk bersiap. Sekadar sarungkan kardigan labuh hingga ke lutut dengan sehelai jubah tanpa lengan di dalam. Kasual.

PINTU kaca tersebut ditolak perlahan sembari melangkah masuk ke dalam kafe yang telah lama aku tidak jejakkan kaki itu. Maklumlah, aku sudah tidak serajin ketika kafe ini masih baru ditubuhkan. Kalau dulu, aku sentiasa datang setiap hari. Tambahan, pekerja masih kurang ketika itu. Tapi kini sudah kian bertambah. Kaki mengorak langkah ke kaunter melalui pintu kecil yang hanya membenarkan staf dan pengurus saja masuk.

Aku tidak bawa sebarang beg atau barang kecuali telefon yang disimpan di dalam kocek kardigan yang diipakai. Barisan kek yang tersusun dalam almari kaca berdekatan kaunter ditilik semuanya. Automatik bibir melakar senyum. Cantik.

"Eh, Miss! Bila Miss sampai? Why tak inform pada saya dulu?" sapaan daripada Diara buatkan aku berpaling tubuh.

Senyum manis aku ukir. Sengaja aku tidak memberitahunya terlebih dahulu kerana mahu membuat kejutan. Bukan pada dia tapi buat pekerja baru dan juga pekerja lama yang lain. Manalah tahu jika ada yang berani curi tulang. Memang tidak akan bertahan lama lagi bekerja dengan aku.

"I bosan duduk rumah. Lagipun, dah lama I tak ke sini. I am sorry sebab tak inform pada you dulu."

"Eh, it's okay, Miss. Saya sambung buat kerja dulu,ya?"

Kepala jatuh sekali. "Sure."

Aku berjalan keluar ke kawasan lain iaitu tempat makan pelanggan. Mata melingas ke segenap ruang itu. Ada yang sedang tekun membaca, yang sedang dalam talian, yang sedang termenung dan ada juga yang sedang...

Menulis. Lelaki. Tekun menulis dengan kaca mata tanpa bingkai yang halus dan tipis terletak di pangkal hidung mancung miliknya. Menampakkan dia seperti seorang lelaki yang bijak dan berkarisma. Sepasang mata menatap dengan begitu fokus pada skrin komputer riba di hadapannya yang dietakkan di atas meja. Tiada secalit senyuman tersungging di bibir.

Sebelah komputer riba tersebut pula, ada senaskah buku nota dan sebatang pen. Sudah jelas lagi nyata gaya seorang penulis. Tapi benarkah dia sedang menulis sebuah novel?

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now