BAB 30 RYAN'S QUEEN

9.5K 399 2
                                    

TAJAM mata aku memandang seraut wajah wanita di hadapan aku kini. Hari yang berlainan cuma waktu yang sama. Dia masih ke sini dengan niat ingin bertemu aku. Entah untuk apa tujuaannya, tidak aku ketahui. Tapi melihatkan saja tampang wajah yang terselit kejahatan dan niat tidak baik itu, dalam diam aku cuba menenak.

Siapa lagi kalau bukan Tyara Akirah? Janda anak dua yang asalnya sudah buat keputusan menetap di Malaysia. Tapi tiba-tiba saja boleh muncul di depan mataku seorang diri. Anaknya tidak pula dibawa tanpa aku ketahui sebabnya.

"Kau nak apa lagi? Memang tak ada kerja sangat ke sampaikan buang masa datang jumpa aku lagi ni?" Nada suaraku mendatar, menyoalnya. Naik rimas juga dibuatnya. Bukannya aku tiada kerja hendak dibuat.

Bibir mungilnya yang tercalit gincu merah menyala itu mengherot senyuman senget. "Aku nak Hazael Malique. Aku nak suami kau."

Berkerut dahi aku. Semudah itu? Dan seringkas itu ayatnya?

"Kenapa? Dah bosan dengan yang dah ada ke? Sampai nak yang dah berpunya? Lagipun..." Kuku sendiri yang baru saja dirias beberapa hari yang lepas, aku belek seketika.

Tanpa memandangnya, aku menyambung bicaraku yang tergendala. "Haz tu, dah jadi hak milik aku sepenuhnya. Kau kan tak suka lelaki yang dah disentuh? Pergilah ambil yang lain, ya?" Bibirku mengukir senyum mengejek buatnya.

Tiba-tiba tawanya terletus. Wajahnya tampak tenang saja seakan tidak tergugat atau terusik lansung dengan ayatku.

"Jadi, apa masalahnya? When it comes to a man named Muhd. Hazael Malique, I don't care sama ada dia dah berpunya ke belum. I terima semua tentang dia." Tyara menjongketkan kening kanannya. Gaya mahu mencabar aku sekali gus tidak sedikitpun rasa takut atau gentar.

Bola mataku diputarkan. Aku malas sebenarnya ingin bermada kata dengannya. Spesies yang tidak faham bahasa ini memang sukar untuk dilayan. Juga buang masa. Tapi bimbang nanti jika dia melakukan sebarang kekecohan di kafe ini, tidak fasal-fasal pula hilang semua pelanggan aku nanti. Sudahlah sedang laku keras sekarang ini.

"Pergilah tanya Haz sendiri. Pergi goda dia. Pergi cakap pada dia yang kau mahukan dia. Tengoklah dia akan terima atau tidak. Kenapa datang jumpa aku juga? Saja nak sakitkan hati aku? Fikir aku akan menangis? Mengamuk pada kau?"

Aku menggeleng kepala setelah berdecak.

"Aku bukan wanita begitu. Aku bukan sebodoh dan selembik itu, Tyara. Lagipun..." Bingkas aku bangun berdiri seraya mendekatinya yang masih duduk di kerusi hadapan aku.

"He love me so much. Dia tak akan khianati kepercayaan dan cinta aku pada dia.  Dalam kepala dan hati dia hanya ada nama aku seorang. Aku dah buat dia jatuh cinta makin dalam pada aku hingga dia tidak boleh berpaling lagi pada wanita lain. Sama ada yang buruk, cantik atau seksi sekalipun."

"I am his woman. His only one. Ingat tu, Tyara Aqirah. Jangan menyesal."

Lantaran itu, aku mula meninggalkannya seorang diri di situ. Tidak diendahkan lagi sama ada dia mahu pergi dari situ atau tidak. Aku tidak mahu dan tidak akan layankan lagi. Cukuplah ini merupakan kali kedua dan yang terakhir.

Sebaik saja kaki melangkah ke bahagian yang hanya membenarkan para pekerja kafe masuk, keluhan terhela olehku. Mungkinkah ujian rumah tangga buatku bakal tiba? Wanita bernama Tyara itu, adakah ianya sebuah petanda?

"Mrs Haz? You okay tak? If you rasa penat, you boleh bagi I handle." Tiba-tiba suara seorang gadis hadir dari kanan aku. Terhenjut sedikit bahu aku dek terkejut kecil.

"Oh... Nothing. I'm good. It's okay." Senyuman tipis diukir di bibir.

"Okay. Kalau ada apa-apa, bagitahu aje I. I okay aje. You kan manager." Dia membalas sambil tersenyum manis.

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now