BAB 17 RYAN'S QUEEN

12.7K 569 11
                                    

SUDAH dua hari aku mogok dengan Ryan dan dia langsung tiada mencari aku. Selepas saja pertelingkahan aku dengannya pada tempoh hari, aku terus membuat keputusan untuk terus pulang kembali ke Singapura bersama beberapa buah buku yang sempat dibeli. Mahu menunjukkan amarah dan melihat sejauh mana dia bersungguh mahukan aku. Atau selama ini, semua itu juga dusta semata?

Tapi menantikan sudah dua hari dia tidak kembali memujuk aku, apatah lagi menghubungi aku, makin membuatkan hatiku berdongkol rasa marah dalam diri ini. Pasti dia sudah penat melayan sifat aku yang kuat cemburu ni, kan?

Lensa mata mula kabur. Tika aku berpeluk tubuh di atas kerusi belajar di dalam bilik, perlahan bahu mula terhinggut. Cecair jernih mula menuruni pipi.

"Dia tak cari aku pun?" Teresak aku melepaskan esak tangis yang tidak dapat ditahan lagi. Sempat aku kerling sekilas karya Haz Malique yang disusun rapi di atas meja.

"Kalau lah dia macam watak hero dalam novel yang dia tulis kan, best. Hero yang soft spoken, gentleman, penyabar, jenis melayan, pandai pujuk."

Sedang aku mengatakan kriteria seorang lelaki yang aku idamkan, seketika aku terdiam. Apa kau mengarut ini, Imelda? Sedarlah di mana kau berpijak. Bukan di atas kertas seperti kisah dunia fiksi yang sering kau baca itu. Tapi dunia yang harus kau telan semua keperitan dan kepahitannya.

"Tapi dia menulis je. Itu bukannya diri dia. Haish! Bencilah!!" Aku menjerit di dalam bilik yang hanya ada aku seorang saja.

Namun tiba-tiba hadirnya bunyi ketukan pintu dari luar menandakan aku perlu mengorak langkah ke sana. Oleh sebab aku sentiasa kunci pintu bilik. Tidak suka diterjah sembarangan.

Terbuka saja pintu, membulat mataku melihat wajah yang berada di hadapan aku kini. Bagaimana dia boleh sampai ke sini? Siapa yang izinkan dia naik hingga ke bilik aku?

"I miss you, babygirl." Perlahan namun kedengaran agak menggoda dia berkata sambil tersenyum manis.

Jantung aku untuk mula mengepam darah dengan laju. Ayat sesingkat itu saja boleh hampir buat aku menggelupur sudah kalau Ryan Darren yang mengucapkannya. Aura yang berada di sekelilingnya sentiasa membuatkan aku hampir rebah dan minta disambut untuk jatuh ke dalam dakapan hangatnya.

"Ehem! Amboi. Biasa dia tu. Jaga sikit ayat tu, abang dia ada ni. Bujang lagi. Hormat sikit."

Automatik terjongket kening tatkala mengecami suara garau yang hadir dari belakang Ryan. Lalu, muncul lah wajah along menyapa kornea mata yang sedang berwajah serius. Berpeluk tubuh.

"Along yang izinkan dia naik ke atas. Along percayakan dia. Lagipun, kau kira bertuahlah boyfriend datang pujuk. Lelaki sekarang bukannya boleh pakai. Tak semua boyfriend orang begini tau?"

"Ish! Boyfriend orang lain better la! Adalah call banyak kali, spam message merayu minta maaf. While him? Dia tak buat apa pun." Usai mengatakan itu, aku terus menolak semula daun pintu.

"Eh, tak reti bersyukur punya perempuan." Sempat hujung telingaku menangkap suara along mengomel.

Malangnya, belum sempat lagi pintu terkatup sepenuhnya, ada tangan kekar yang menahannya daripada ditutup rapat. Kudrat yang dia punyai membuatkan aku terbatas untuk membalas dan bertindak lebih lagi kuat daripadanya.

"Hey! Kau nak buat apa tahan pintu bilik Lia? Selangkah kaki kau masuk dalam bilik adik aku, aku tak teragak potong juga kaki kau sekarang." Sekali lagi, suara along mencelah. Muncul sifat protective seorang abang dalam dirinya.

Ryan berdecit dan berpaling sekejap. "Aku cuma nak cakap dengan dia aje. Bukannya nak masuk. Aku tak gila lagilah nak masuk bilik anak dara orang."

Dapat aku intai sedikit wajahnya menghala ke sini kembali.

"Imelda, please. I'm so sorry tak datang pujuk you langsung dua hari ni. I'm so busy with my work, babygirl. You know, the book festival still berlangsung and I have a meet and greet session dengan rakan-rakan penulis I for two days. I teman dan support mereka aje. Nak buka phone, my credit problem. Tak boleh nak chat anyone langsung. Nak call apatah lagi. Dah sampai hotel pula, lewat malam. I terlalu penat jadi I perlukan rehat sampai tak sempat buka phone. I bukan sengaja, babygirl." Tampak bersungguh sekali dia menjelaskan segalanya kepada aku. Tatapan itu, berdesis begitu lunak sekali.

"Please... I'm begging you. Please, forgive me. I sanggup fly dari Malaysia ke sini demi you walau I perlu berada di sana lagi empat hari. Please, Imelda. Forgive me. Kali ini. I'm begging you." Tubir matanya sudah mula berair. Pandangan penuh berharap dilemparkan.

Tapi aku masih memilih untuk diam kerana sedang memikirkan jawapan yang perlu aku berikan.

Memaafkan atau tidak?

Menerima atau menolak?

Namun apabila perasankan tangannya yang menahan pintu bilik tadi kian longgar, aku mengambil kesempatan untuk menutup pintu bilik sepenuhnya.

"Argh! Arghh... My nose..." Desihan yang terbit dari ulas bibir Ryan mendesah kesakitan. Mungkin daun pintu tidak tersengaja terkena batang hidung mancungnya.

"Weh, berdarah!" bicara along buatkan aku segera membuka semula pintu untuk melihat keadaan Ryan.

Dilihat, ada cecair merah yang mengalir dari lubang hidungnya hingga menitik ke lantai. Setitik demi setitik. Bibir bawahku digigit lembut saat rasa bersalah mula terbit dalam diri. Masalah betul kau ini, Imelda! Ego sangat.

"Ya Allah, Ryan. I'm sorry." Lekas aku berura untuk mendekatinya untuk mengesat cecair merah yang pekat mengalir dari situ.

Tapi pantas saja dia mengundur sedikit ke belakang. Menghindari aku dari menyentuhnya sembarangan apatah lagi tanpa batas atau berlapikkan sebarang fabrik.

"Don't touch me. Haram, Imelda." Lembut tapi masih terselit ketegasan.

"Oh..." Aku baru tersedar. Lantaran itu, langkah diundurkan membawa ke posisi asal semula agar tidak keterlalaun.

"You tunggu kejap. I ambilkan kain dekat dalam."

Setelah itu, aku melangkah masuk ke dalam bilik untuk mengambil sebarang kain lap kecil yang boleh digunakan. Masuk ke dalam kamar mandi, kain tersebut dibasahkan sedikit saja untuk mengurangkan kekasaran kain itu. Kemudian, kembali pada Ryan yang masih setia di muka pintu bilik yang cuba untuk mengendalikan keadaannya ketika ini.

"Come here." Aku menggamitnya mendekat untuk dikesat lembut darah tersebut.

Dia sekadar menurut lantas mendekat. Aku jalankan tugas aku dengan penuh berhati-hati agar tidak terasa sakitnya di bahagian kulitnya yang lembut itu tatkala kain menindih.

"I seriously don't know how to handle this kind of situation but, I think you need a rest, Ryan," putusku.

"Then, nak suruh Ryan drive dengan hidung berdarah macam ni?" Along mencelah.

"Baringlah dulu dekat ruang tamu bawah. Mama dengan papa tahu kan Ryan datang sini?" balasku pula. Pertanyaan akhir ditujukan pada along.

Benarlah kedua orang tua aku sudah mengenali Ryan sebagai teman lelaki aku walau tidak pernah sekali kami luahkan perasaan istimewa buat masing-masing. Atau mungkin, aku saja yang tidak pernah menyatakan kebenaran perasaan aku terhadap lelaki itu biarpun dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana.

Hanya adik beradik aku yang lain saja yang masih belum mengenali mahupun mengetahui akan hubungan aku dengan lelaki yang bernama Ryan Darren ini.

"Yelah. Kau ikut aku, Ryan." Along mengarah dan Ryan sekadar menurut. Rasa simpati mula hinggap dalam diri.

"I'm really sorry, Ryan."

"It's okay, babygirl. It's all my fault. I juga kan yang sengaja cari fasal dengan you. Bukan salah you." Tetap juga dia nafikan bahawa aku yang bersalah sekarang ini.

Dan saat itu bibir aku hanya mampu terkelu. Mahu nafikan, tidak pasal-pasal nanti terjadinya drama pula di sini. Sudahlah ada along yang memerhati. Sudahnya, aku diam saja dan menghantar figuranya pergi menjauh.

Diri aku dengan ego yang tiada henti. Manakala, dia pula yang sentiasa bersabar dan melayan saja karenah aku. Mungkin ada benarnya, jodoh itu berlawanan sifatnya dengan diri.

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now