TANGAN aku dipimpin kemas oleh Haz yang tampak berhati-hati berjalan menelusuri laluan kaki lima yang agak sesak dengan ramai orang itu.
"Sakit ke?" Soalnya, prihatin.
Gelengan kecil sebagai jawapan.
"Kalau sakit, beritahu tau. Abang boleh ambilkan kerusi roda untuk Melda."
Riak wajahnya jelas terpampang kerisauan.
"Tak apa. Melda boleh jalan lagi."
Kami berdua meneruskan langkah hinggalah tiba di depan muka pintu kereta yang dibuka oleh Haz buatku.
Usai masuk ke dalam perut kereta, entah mengapa aku masih menyentuh perut kempis yang sudah tiada si kecil itu. Bibirku melorek senyum nipis tatkala terbayangkan sesuatu.
"Melda bayangkan kalau tadi, Melda tengah dukung bayi kita dan abang bawa beg kami dengan sebelah tangan. Sambil itu, sebelah lagi tolak kerusi roda Melda. Seronok, kan? I will capture it in my diary."
Aku berkata sebelum menoleh ke arah Haz di sebelah. Dia nampak terkaku akan bicaraku yang secara tiba-tiba itu.
"Melda harapkan kita berdua keluar dari hospital dengan bayi kita tadi tapi malangnya cuma dengan tangan kosong. Hm.. Pity you, Imelda. Jaga anak pun gagal juga." Bisikku pada diri sendiri.
Sejenak, aku memejam erat mata.
Ayat terakhir yang sendiri keluar dari mulutku sebenarnya menyiat sekeping hatiku sendiri. Aku benci dengan diriku yang gagal menjaga si kecil sebelum sempat dia lahir. Benci akan diriku yang sentiasa gagal dalam melakukan segalanya.
Setitik. Mutiara jernih milikku mengucup pipi.
"I failed to take care of our child. I failed, husband.. I am such a bad -"
Sedari tadi Haz yang hanya berdiam diri mendengar segala luahan aku, dia menarikku ke dalam pelukannya. Belakang tubuh diusap kasih. Menenangkan sekeping hati yang penuh dengan kekecewaan dan kekesalan ini.
Kesal akan segala yang terjadi. Juga kesal akan kesilapan diri sendiri.
"No. You are not a bad mama, darling. Melda dah cuba buat yang terbaik. Tak elok menangis, meratapi begini. Kita masih ada banyak peluang, kan? InshaaAllah lain kali kita usahakan lagi dan lebih berhati-hati. Okay? Kali ini, dengan Allah."
"It is okay, darling. Hand me your hurt and I will hold you. I am not going anywhere. Anytime you need me. Always."
Tangisan aku kian kuat. Lelaki ini tidak pernah berhenti mencambahkan benih cintaku buatnya hingga menjadi mekar hari demi hari. Detik demi detik.
"Shhh.. Istigfar banyak-banyak. Abang bisikkan, Melda ikut, ya?"
Aku mengangguk kecil sebelum mengikut segala yang diungkapkan olehnya hingga peluka terlerai apabila keadaan aku sudah semakin baik.
"Dah okay? Tak okay, beritahu abang. Abang tolong."
Air mata dibirai mata, dikesat lembut olehnya lalu hingusku yang sudah meleleh dilap olehnya denga tisu. Perlakuannya ke atasku persis anak kecil. Penuh kelembutan dan kemanjaan.
"Dah."
Haz mula memandu dengan sebelah tangannya manakala, sebelah lagi mengusap kepala aku tidak henti. Masih tinggi kesabarannya melayan kesedihan aku yang tidak henti sejak semalam. Kesedihan yang hanya aku tonjolkan di hadapan suamiku dan Dia.
"Sebabkan pergerakan Melda terhad semasa pantang nanti, abang belikan novel baru, nak? Send me your wish list. I will buy you new books."
Dia menoleh ke arahku sekilas sebelum kembali fokus ke pemanduannya.
Jujur, aku tiada mood langsung hendak berbicara. Tapi rasa serba salah pula hendak hiraukan begitu saja.
"Nanti Melda beri." Ringkas.
"Okay. Dah, dont be sad. He knows. "
Mulutku hanya terkunci rapat. Tidak mahu menyuarakan sebarang perkara lagi. Cukuplah dari semalam lagi Haz perlu melayani aku dengan penuh kesabarannya. Tambahan pula, katanya selepas ini dia mahu menjaga aku sepanjang pantang pula.
Tapi tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.
"Kalau beri mama jaga Melda pantang, boleh? Melda tak mahu susahkan abang."
Bibir diketap perlahan saat menantikan jawapan olehnya.
"Nanti abang cuba tanya mama. Abang ikut saja kalau Melda nak mama jagakan."
Tenang saja dia menjawab tanpa memandang aku.
"Abang okay?" Bimbang juga aku jika dia terfikirkan negatif.
"Okay. Abang tak akan tolak kehendak isteri abang. Jangan risau."
SAAT tubuhku dicempung oleh Haz, aku hanya diam saja membiarkan untuk masuk ke dalam rumah. Sudah aku melarang dengan cara yang lembut tadi untuk membiarkan aku berjalan saja masuk tapi dia tidak benarkan.
"Dah lama tak rasa kena dukung." Kataku perlahan.
Haz senyum manis. Dahiku dikucup sekilas.
"Suka?"
"Sangat. Bukan selalu."
"Kalau macam tu, selepas ni Melda cakap saja nak ke mana. Abang dukungkan."
Tawaku terhambur.
"Tak perlulah sampai begitu. Melda masih ada kaki. Kenalah guna sebaiknya selagi masih ada. Nanti kalau dah tak ada, barulah abang dukungkan selalu." kataku penuh makna. Entah mengapa ayat itu juga yang terluncur dari bibirku.
Keningnya berkerut. Pasti dia pelik tatkala aku berkata sebegitu.
"Kenapa cakap begitu?"
Tubuhku diletakkan lembut ke atas katil.
Sangkal aku dia hanya akan letakkan ke atas sofa ruang tamu saja tadi. Tapi tidak sedar, rupanya sudah sampai ke bilik rupanya.
"Tak adalah." Dalihku.
"Stop talking nonsense. Abang tak suka. Selagi Melda dengan abang, mental dan fizikal Melda akan sentiasa sihat. I promise that."
Kaki jinjangnya mencapai sebuah beg kertas yang berisi kain batik pemberian mama beberapa jam selepas aku keluar dari hospital. Buatku pakai sepanjang berpantang.
Dia kembali ke arah aku yang masih terduduk di atas katil.
"Melda boleh tukar sendiri?" Soalnya.
Kepala aku jatuh sekali.
"Betul ni? Kalau tak, abang boleh tolong pakaikan."
"Kain batik saja. Tak apa. Melda boleh pakai sendiri." Tangan dihulurkan padanya untuk mengambil kain batik tersebut.
Kain batik diberikan kepada aku.
Bukannya aku baru lepas bersalin. Memang ternyatalah di bahagian bawah perut akan rasa sakit. Tapi ini pantang tanpa bayi jadi aku boleh saja berjalan seperti biasa.
Saja ingin dimanja oleh suami sendiri sebentar tadi.
Langkah diorak ke tandas untuk menukar seluar longgar yang dipakai tadi dengan kain batik. Patutnya boleh saja pakai siap-siap dari hospital tadi.
Tapi mama memberinya setelah aku daftar keluar. Jadi pakai di rumah sajalah.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...