TUBUH dipusingkan menghadap empunya suara yang memanggil aku sejurus menghalang aku tadi.
"Did someone just called me?" Soalku sambil jongketkan kening.
"Can I.. Can I have your signature? Please.. Aku tak pernah pergi meet and greet author Haz." Rayunya meminta simpati. Pandangannya penuh berharap.
Pandangan aku beralih kepada adik gadis Qayyum.
Tiba-tiba dengar Qayyum berdehem. Dia dekati adiknya dan dipegang bahu itu dari sisi seakan ingin dibawa menjauh dariku.
Dia memandang aku.
"Sorry, man. Kau boleh balik. Adik aku, biar aku settle." Ujarnya.
"Tak apa. Awak nak saya sign novel yang mana?" Kakiku menapak ke arah mereka.
"Semua? Boleh?"
Qayyum jegilkan mata pada adiknya.
"Kau, orang bagi betis nak paha pula ya?" Bisiknya.
"Apa? Orang minta sign. Bukan betis ke paha." Polosnya adiknya membalas.
Terletus tawaku. Terhibur akan kepolosan si adiknya yang baru berumur 18 tahun itu. Lambat matang.
Lelaki itu menepuk dahinya. Pegangan di bahu adiknya dilepaskan.
"Ambil semua novel yang kau nak Haz sign itu ke sini. Dia tunggu di sini."
Bersinar mata gadis itu. "Okay!"
Justeru itu, laju gadis itu berlari masuk ke dalam salah satu bilik. Sejenak kemudian, dia kembali dengan beberapa timbunan novel.
"Nah. Terima kasih!"
Novel diletakkan ke atas meja ruang tamu. Dia duduk bersila di tepi meja sementara menanti.
Aku melabuhkan sila di depan meja tersebut dan pen yang diberinya diambil lalu satu persatu novel dibuka. Seterusnya, tanda tangan diturunkan. Sesekali, dicoretkan sedikit kata semangat.
"Done!" Halaman naskah yang terakhir ditutup. Pen diletakkan ke tepi.
"Thanks! " ceria saja suaranya mengambil kembali novel miliknya.
"Untung kau ada along berkawan dengan penulis famous." Qayyum mencelah.
"Thanks, along! Sayang along!" Jerit gadis itu suka sebelum masuk semula ke dalam biliknya.
Bibir dicebikkan Qayyum.
"Kau tak pernah beritahu pun adik kau duduk dengan kau." Kataku.
"Dia tinggal di Malaysia. Study pun di sana. Tapi setiap kali cuti dia datang sini sebab dia ramai kawan di sini. Jadi barang dia pun ada yang ditinggalkan di sini."
Aku mengangguk beberapa kali.
"Eh, aku kena balik ni. Takut tak manis ada adik kau sekali. Entah dia pun rasa tak selesa." Sekali lagi aku ingin usir dari situ.
"Qila tu berkurung saja dalam bilik dengan boyfriend kertas dan manhwa dia tu." Tokoknya.
Kami sama-sama berdiri dan menuju ke pintu utama rumah. Mujurlah adik si Qayyum ini tidak banyak bunyi ingin menyoal aku lebih-lebih. Kerana selalunya, begitulah setiap kali aku bertemu dengan pembacaku.
Rupa aku dirahsiakan tapi adakalanya, tidak juga disebabkan pembaca aku yang berswafoto denganku secara terbuka di pesta buku.
"Kau balik rumah mertua kau balik ke?" Tanya Qayyum.
"Tak. Melda halau aku."
"Lemah lah kau. Pergi jelah stay sana. Kau suami dia kan? You have the right." Jelas dia tampak seperti tidak puas hati.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | BAKAL TERBIT
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...