BAB 24 RYAN'S QUEEN

10.2K 473 7
                                    

TAMAT saja salam diberi, aku terus menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh suamiku. Syukur kerana malam ini kami tidak terlepas untuk beribadah di sepertiga malam bersama. Perasaannya sungguh terasa lebih istimewa walaupun secara jujurnya, aku bukan tidak pernah mahupun tidak biasa melakukan solat sunat di malam hari cuma jarang kali kerana adakalanya aku terlepas.

Haz memusingkan tubuhnya yang tampan dan kemas bersarung baju Melayu dan kain pelikat pemberian aku itu menghadapku dengan senyuman manis berlangut di bibir merahnya.

"You memang selalu bangun solat tengah malam ke?" Aku membuka bicara.

"Pernah aje tinggal. Paling tidak, 2 atau 3 kali aje seminggu I buat."

"You tak penat ke? Dah kerja penat-penat sampai malam. Kemudian, malam hari bangun solat tengah malam."

Tangan kanannya naik menyentuh kepalaku yang masih tersarung telekung yang merupakan salah satu hantarannya buat aku. "Sebenarnya, ibadah bukanlah sesuatu yang memenatkan. Kalau di zaman Rasuluallah dulu, ibadah ini ibarat rehat tau bagi mereka. Mereka tidak rasa penat melakukan ibadah."

Ayatnya tersebut benar-benar menusuk tepat ke jantung aku. Terasa bagaikan direntap. Bohonglah kata jika tidak tersentap tapi ia lebih kepada rasa malu juga dalam pada masa yang sama. Namun lekas aku menghakis fikiran-fikiran serta segala tanggapan negatif yang hadir menjengah.

             "You rasa I ni teruk sangat ke soal agama?" tanyaku padanya.

"No. Of course no. I cuma nak jalankan tanggungjawab I as a husband. You know, marriage is not only about the will of the heart but also practices that can lead a husband and wife to do good for the hereafter. Itu sebablah I cakap macam tu. Don't get me wrong, my queen. Sebab I sayang juga I cakap macam tu." Bibirnya berlabuh pada dahiku. Lama.

"Penulis memang romantik, ya?" dugaku sambil tersengih menatap sepasang anak matanya yang cantik kejadiannya itu. 

Haz menjongketkan sebelah bahunya sambil menjongketkan kening. "Maybe."

"Then, how about you?"

"I kan Haz Malique. Haz memang seorang lelaki yang romantik. You pun tahu,sayang." Suara garaunya penuh menggoda. Dahi kami saling berlaga buat beberapa seketika.

Dinding pipi digigit dari dalam seketika. Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain saat emosi bagaikan tergugah terhadap tingkah lakunya itu. Tidak lagi menatap wajahnya.

"Malam ini nak baca surah apa?" soalnya.

"You nak surah apa? I ikut you," balasku.

"Ar-Rahman?"

Kepalanya jatuh sekali. "I ambilkan al-Quran."

Bingkas Haz bangun dan mencapai dua naskah al-Quran yang mempunyai terjemahan. Jadi, ia tetap boleh dipegang biarpun ketika tiada wuduk asalkan masih dalam keadaan suci dan bersih.

Hatiku senang melihatkan rutin kami berdua begini. Membuktikan keindahan dan kebaikan sebuah perkahwinan itu bukan sekadar  keseronokan dunia dan ikutkan hawa nafsu saja. Terlalu indah untuk digambarkan hingga buatkan aku tidak putus berdoa semoga hubungan halal ini bakal berkekalan.

Zikir meniti di bibir sebanyak yang mungkin. Mahu mengumpul ganjaran di sepertiga malam yang penuh indah ini. Tenang. Aman. Ketenangan yang sukar dan sebenarnya jauh lebih mahal dari segala barang yang diimpikan. Bukan senang untuk memperolehi ketenangan.

Sebaik saja Haz melabuhkan duduk di hadapan aku, kepala aku yang berlapikkan telekung diusap olehnya lembut. Anak matanya jatuh pada wajah aku yang bersih tanpa sebarang solekan.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now