BAB 3 RYAN'S QUEEN

17.5K 1K 18
                                    

SEBAIK masuk ke dalam bilik, suis lampu dan kipas terus dibuka. Beg tangan diletakkan ke atas meja lalu aku menghampiri almari pakaian untuk mencari baju yang perlu dipakai untuk ke gim. Hari ini aku tiada perkara penting yang harus dilakukan. Jadi waktu inilah yang sesuai untuk aku bersenam dan menguatkan stamina yang sudah sedia ada.

Jersi merah jambu lengan pendek dan legging hitam disarung ke tubuh tanpa membersihkan diri terlebih dahulu. Lagipun, lepas selesai nanti juga boleh bersihkan diri. Sebelum keluar dari bilik, botol air yang terletak di atas meja belajar dicapai. Setelah selesai, aku turun semula ke tingkat bawah untuk mengisi air kosong ke dalam botol yang boleh mengisi air sebanyak 3 liter itu.

"Where are you going, Melda? Bukan tadi dah keluar ke?"

Kepala aku menoleh ke arah suara tersebut. Mama yang baru keluar dari bilik solat berjalan ke arah aku.

"I wanna go to gym," jawabku.

"For what, dear? Your body is already pretty and healthy. Cantik je mama tengok."

Matanya menilik tubuh ramping aku atas bawah. Menyatakan perkara yang memang sudah jelas lagi nyata dan benar. Aku memang jenis yang jaga badan dan tidak berapa suka memakai pakaian yang terlalu besar atau longgar. Tapi tidak juga bermaksud suka akan memakai pakaian yang ketat untuk menayangkan bentuk tubuh. Maksudnya di sini, mengikut saiz baju aku yang kebiasaan.

"Memanglah, ma. But I need to maintain my body weight. Inipun, Melda baru lepas keluar makan dengan kawan tadi." Botol yang sudah penuh, ditutup dengan penutup. Aku memaling tubuh menghadap mama dengan botol air dipegang di sisi. Aku lihat kening mama berkerut. Seakan-akan ingin menyoalkan sesuatu.

"Kawan? Setahu mama, Melda tak ada kawan di sini. Kawan Melda semua di Malaysia. Masa bila pula Melda dah ada kawan from Singapore?"

Bibir aku tersenyum kecil. Mama betul -betul mengenali aku dan tahu segalanya tentang aku. Tentang aku mempunyai kawan di Malaysia, tempat aku dilahirkan dan London, tempat aku menyambung pengajian pun dia tahu.

Aku mula menyambung pengajian di UUM (Universiti Utara Malaysia) sejak berumur 20 tahun dibawah tajaan universiti dalam bidang perakaunan hingga berusia 24 tahun dan graduasi pada bulan 10 sewaktu berumur 24 tahun di sana. Jadi selepas tamat, aku memohon pekerjaan untuk menjadi seorang yang bekerja di sebuah syarikat dalam bidang perakaunan juga. Cuma tidak lagi setelah papa mengumumukan dan mengarahkan kami sekeluarga untuk berpindah ke Singapura.

"Baru kenal pagi tadi. Dia tak ada teman nak jalan-jalan. Melda pun sama. Jadi kami pun sarapan lah sama-sama. Lepastu, pusing -pusing shopping mall sikit."

Mama mengangguk beberapa kali sebelum tangannya naik memeluk tubuh.

"Boy or girl?"

"A man."

Matanya membulat. Tangannya jatuh ke sisi dengan riak wajah terkejut.

"You dating dengan sugar daddy ke, Melda?"

Kening aku berkerut dengan mulut ternganga. Apa yang mama mengarut ni?

"Apa pula mama ni? I said a man because he's really matured and gentleman. Not because he's old or sugar daddy. I don't know his age but I'm pretty sure he's not that old even though rupa dan suara dia kedengaran sangat masculine and have daddy vibes."

Mama ketawa. "Wait. Don't say that you're falling for him, Melda?"

Riak wajah aku terus berubah tidak puas hati. "Of course no, mama. Kami baru je berjumpa hari ini dan itupun sekejap saja. There's no way I'm gonna falling for him. Stop talking nonsense, ma."

Kaki mengorak langkah ke pintu rumah untuk segera usir dari situ. Karang, makin banyak pula mama mengarut dengan perkara yang tidak akan terjadi. Mustahil!

"Nothing is impossible with Allah permission, darling!" Mama menjerit dari dapur. Aku sekadar menggeleng kepala dan mengabaikan. Mama tak pernah berhenti mengusik aku. Mentang-mentanglah aku seorang saja yang belum berkahwin.

SEBAIK tiba di gim yang selalu aku pergi, botol air diletakkan ke atas sebuah bangku yang kosong. Sebelum melakukan senaman, seharusnya aku perlu memanaskan badan terlebih dahulu. Setelah selesai, baru aku pergi ke kaunter untuk menanyakan coach yang selalu memantau dan membimbing aku seperti sebelumnya. Aku memang bersenam di sini bersama dengan seorang pembimbing agar tidak salah langkah yang boleh membawa kepada kemudaratan.

"Oh, I'm sorry Miss Melda but Mr Lee is absent for this week so he can't be a coach for you," maklum seorang gadis Cina berambut ikat mayang di kaunter tersebut dengan wajah yang seakan serba salah. Tapi aku tetap beriak tenang saja. Tak apalah. Bukan Mr Lee seorang saja yang ada. Pasti ada coach yang lain kan?

"Then, Mr Lee haven't told you who's gonna be my coach for this week?"

Baru saja si gadis ingin membuka mulut untuk menjawab pertanyaan aku, ada suara garau dari arah kiri datang mencelah sejurus menjawab segala pertanyaan aku.

"Hi, Miss Melda. I'm the one who's gonna be your coach for today. Sorry, I mean this week. So shall we?"

Baru saat ini aku menoleh ke arah suara tersebut. Suara yang amat dikenali lagi.

"Ryan? You lagi?"

Bibir tipis yang merah itu menguntum senyum halus sambil mengangguk.

"Yes, I am."

"Since when?"

"Today!"

Aku agak tercengang mendengarkan suaranya yang teruja itu. Wajah tampak dingin dan sombong saja. Tapi perangai macam kanak-kanak pun ada. Ceria saja orangnya. Biarpun aku masih tidak mengetahui usia sebenarnya. Happy go lucky.

"Fine." Langkahku mula dibawa melepasinya. Segala barangan yang dibawa di simpan sememtara di locker yang telah tersedia di pusat gimnasium tersebut.

"Alright. So, let's go Miss Melda." Lelaki itu mengorak langkah ke lat pull-down. Aku membuntuti langkahnya dari belakang sambil berborak ringkas dengannya. Belakang tubuh tegapnya yang berbaju jersi hitam itu menjadi santapan mata aku.

Hot.

Kepala menggeleng kecil. Apa yang gatal sangat aku ni sejak bertemu dengannya? Selama ini, aku bukan perempuan seperti ini.

"Kenapa panggil I Melda?" Aku mendekati Ryan yang sedang membetulkan beberapa perkara pada alatan gimnasium tersebut. Mungkin bagi menyesuaikannya dengan saiz dan berat badan aku agar tidak keterlaluan dan stabil.

"Dah nama you Imelda. And Mr Lee said I can call you Miss Melda." Dia memusing tubuh ke belakang sambil menunduk kepada aku yang lebih pendek daripadanya. Aku mendongak. Setakat beza tinggi 2 kaki apalah sangat.

"Is there any problem, Miss Melda?"

"Just called me Melda. Our age gap is not that far."

"I'm 30 and single. You?"

Automatik kening aku terjongket. Agak terkejut. Seperti biasa. Hidup seorang Natalia Imelda memang penuh dengan kejutan dan seorang yang mudah terkejut. Kerana sangkaan aku, dia masih jauh lebih tua daripada aku. Namun, rupanya sangkaan itu meleset sama sekali.

"Oh, I'm 28."

"And?"

"And what?" Terentang kerutan halus di dahi. Dia mahu tahu apa lagi?

"Are you still single?"

Bola mata diputarkan. "Do I look double?"

"Not yet but soon. With. Me," bisiknya ke cuping telinga aku dengan begitu gemeresik.

"Enough. Let's go." Bingkas aku bangun diikuti dengannya juga.

"Okay! Jom, Melda kita mulakan sekarang juga, ya?"

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now