SUDAH lama aku tidak jejakkan kaki ke kafe milikku. Seperti selalu, aku hanya akan ke sana apabila aku mahu dan mempunyai kerajinan saja. Jika tidak, pasti akan bersantai di rumah atau bersiar-siar saja.
Kedengaran seperti membosankan tapi itulah bahagia bagi aku kerana bahagia itu mudah, kecil dan sederhana saja.
Aku tidak suka terlalu bergaul oleh sebab manusia di zaman sekarang yang tidak tahu menghargai serta menjaga tutur katanya.
Jadi, daripada aku sakit hati melayan karenah mereka yang berbagai jenis, lebih baik aku sendirian dan hanya bersuami saja.
Gaun berlengan panjang yang labuhnya hingga ke buku lali berwarna unggu cair yang kosong, tidak bercorak menjadi pilihan untuk aku sarungkan ke tubuh.
Apabila melihat pantulan diri di dalam cermin dengan pakaian bertutup begini, tiba-tiba pula hatiku terdetik ingin memakai tudung. Seakan tampak sempurna. Tertutup segala yang terdedah selama ini.
Rambut panjang yang sudah dipotong separas bahu, aku elus perlahan.
"Sayang? Melda nak pergi kafe ke harini?"
Sapa suara Haz dari belakang yang baru saja keluar dari kamar mandi. Tangannya sedang mengelap rambut yang basah.
Baru aku teringat bahawa aku lupa hendak memberitahunya tentang itu.
Lantas, aku pusingkan tubuh sepenuhnya menghadapnya sebelum beg tangan yang sudah tersedia di rak koleksi beg dari bilik pakaian diambil.
"Haah. I tak tahu nak buat apa. Lagipun, alang-alang tu I rasa nak pergi cari tudung."
Secalit senyuman aku ukirkan diwajah.
Riak wajahnya berubah terkejut sekali gus menghentikan tingkahnya tadi. Haz mara ke arahku dengan lebih rapat.
"Cari tudung? Untuk? Setahu abang, Melda tak ada kawan perempuan yang berhijab."
Mataku mengerdip lembut sambil senyum manis bergayutan di bibir.
"Untuk Melda. Melda rasa nak bertudung. Melda rasa tak lengkap pakai begini saja."
Anak mata melorot ke diri sendiri sebelum diangkat kembali memandang sang suami di depan mata.
Dia mula tampak tidak percaya. Tangan kanannya mula naik bercekak pinggang. Seakan meragui bicaraku sebentar tadi.
"Betul ke? Melda betul-betul dah bersedia? Abang tak nak Melda on-off nanti. Nak menutup aurat, kalau boleh biarlah betul-betul. Jangan mainkan perkara itu. Abang pun sentiasa beri Melda masa untuk mulakan langkah biarpun bukan sekarang. "
"InshaaAllah, Melda akan cuba untuk istiqamah. Ada abang yang mendoakan, dan Melda pun akan sentiasa berusaha untuk kuatkan iman."
Jemarinya digenggam olehku. Cuba meyakinkannya melalui tingkah dan kataku.
"Abang tak pernah lupa doakan isteri abang. Abang dah siapkan sarapan subuh tadi. Melda nak sarapan sama? "
"Boleh saja."
"Tunggu meja makan. Takpun, makan sajalah dulu. Abang pakai baju kejap."
Kepala aku jatuh sekali lalu berjalan keluar dari bilik untuk ke ruang makan.
KENINGKU berkerut sedikit apabila jari kelingking di tangan kiri terasa pedih seakan ada luka di situ semasa sedang membasuh sayur-sayuran di singki. Sedangkan aku yakin aku tidak melakukan sebarang kelukaan dan kecedaraan kecil pun tadi.Desis perlahan terletus dari bibirku. Baru kali ini, mataku terhala ke arah hadirnya rasa sakit itu.
Membulat separa mataku tatkala melihat, ada cecair merah hangat sedang mengalir di situ walau sudah terkena air.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
Romantizm[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...