WAJAH polos si tampan yang sedang nyenyak diulit mimpi itu direnung penuh minat. Celanya pasti ada tapi sudah pasti ia tersembunyi disebalik kesempuraan yang ditayangkan. Apabila dilihat keadaannya sekarang, Ryan kelihatan baik saja dan mesti kembali seperti sedia kala. Tika ini, dia masih terbaring di atas sofa rumah keluarga aku.
"Ryan..." Bibirku menyerunya lembut.
"Ryan, bangun." Bukanlah niat ingin menghalau dia pergi. Tapi sebab dia bukan mahram aku, perasaan janggal itu sudah pasti kian menghuni diri.
Bahunya ditepuk perlahan. Mungkin cukuplah untuk menyedarkannya. "Ryan..." Masih tidak berputus asa mengejutkan dengan perlahan dan tidak terlalu kasar.
Jikalau tatkala diri juga dibelenggu dengan rasa bersalah, tidak mampu lagi aku berkasar.
Tidak lama kemudian, sepasang mata helang itu mula menyapa kornea mata. Tenang tapi mampu menggetarkan sekeping hati dan naluri wanita aku yang melihat. Tidak semena-mena pandangan kami bertaut.
Lekas anak mata dilarikan. Bukannya apa, tapi spontan bibirku akan terkelu untuk berbicara saat bertaut pandang dengan sepasang mata cantiknya itu.
Dengan penuh perlahan dalam kantuk yang bersisa pada dirinya, dia betulkan kedudukan kepada duduk di atas sofa. Namaku, diseru perlahan untuk dipelawa duduk di sebelahnya.
"I'm so sorry again, Imelda." Ryan mengemam bibirnya.
"No. It's okay. I yang patut minta maaf sebab cemburu buta. Pantang tengok ada perempuan yang dekat dengan you. I'm so sorry sebab tak dapat jadi seperti perempuan yang you impikan, yang memahami skop pekerjaan you sebagai seorang penulis."
Nafas dihela seketika sebelum aku berpaling wajah ke tempat lain.
"Macam I pernah cakap dulu, I tak boleh jadi seperti seseorang yang you suka. I dah memang Natalia Imelda. Perempuan degil dengan tahap cemburu dan ego yang tinggi. Tak ayu dan lembut macam perempuan lain. I tahu idaman you ialah sesorang perempuan yang soft spoken, memahami. Totally not me."
Masih mekar di ingatan aku saat Ryan pernah menyatakan ciri idaman wanita yang diinginkan dan diimpikannya. Tika aku mengetahui tentang itu, begitu hebat sekali luka yang tergores di hati.
Dia mahukan wanita yang lembut, sedangkan aku bukan begitu. Dia mahukan wanita yang sopan dan ayu dalam tutur bicara. Sedangkan aku hanya berbicara ikut kehendak diri tanpa memikirkan kelembutan dan keayuan.
Dia inginkan wanita yang memahami skop pekerjaannya tidak kira sebagai seorang penulis atau youtuber, malangnya aku tidak begitu. Tahap kecemburuan dan ego aku terlalu tinggi dan aku pasti Ryan juga menyesal mengenali aku.
"Don't cry, babygirl."
Pipi aku terasa ditindih oleh sehelai kain lembut.
Tatkala anak mata ini bergerak ke dirinya, sedarlah aku bahawa dia sedang mengesat lembut air mata yang membasahi pipi aku tanpa aku sedar.
"I don't deserve someone like you, Ryan. You are too kind and gentleman with me. While I'm a bad woman you have ever met."
"I'm not a good man, Imelda. Behind this innocent and kind face, there's a man who have a bad past, definitely."
Kain tadi diturunkan dari wajahku lalu dia menyimpan semula ke dalam kocek seluarnya. Senyum manis bergayut di bibir merahnya yang sihat bak delima itu.
"Ingat, Imelda. Jangan mudah percaya dengan apa yang you lihat di media sosial itu. Jangan mudah percaya dengan kebaikan dan kata-kata manis seorang lelaki yang boleh buat ramai wanita yang mengikutinya jatuh cinta. Mungkin dia hanya mahukan perhatian dan populariti. Tapi boleh jadi dirinya bukan begitu di realiti. Mungkin Allah saja yang tahu."
"Jangan mudah terpancing oleh bicara lelaki yang suka menunjuk kebaikannya. I percaya, wanita bijak, takkan mudah jatuh dalam permainan lelaki yang gilakan populariti dan peminat seperti itu." Panjang ayat yang dituturkan. Dalam masa yang sama seolah membicarakan tentang seseorang tapi yang aku dapat rasakan ialah dia sedang mengatakan tentang dirinya juga dalam masa yang sama.
Adakah dia juga lelaki begitu?
Lelaki yang bisa buat ramai wanita angau dan impikan sepanjang masa walau tidak terserlah rupa parasnya di tempat umum sebegitu?
"So, are you one of them ? "
Akhirnya aku suarakan juga persoalan yang merajai diri sedari tadi. Tidak betah lagi disimpan lama dek bimbang jika ianya benar.
Segaris senyuman terlakar di wajah tampan itu. "Semestinya tak. Cuma I cakap begitu sebab I tak nak you mudah-mudahan percaya kalau you jumpa lelaki begitu."
Baru aku faham. Dan itu sudah membuatkan aku percayai tanpa ragu kerana tidak mahu berlakunya lagi pergaduhan antara kami berdua. Malas mahu meragui lagi. Lagipun, kepercayaan amat penting tidak kira dalam apa jenis hubungan.
"Macam mana I nak percaya dan jumpa yang macam tu kalau I dah ada you? I tak tamak, okay sayang."
Terjongket sepasang kening Ryan sebaik aku menamatkan bicaraku.
"Hah? Apa? You panggil I apa tadi?" Dia mendekatkan sedikit telinganya ke wajahku.
Mulalah aku rasa membahang dan serasa mahu menyorokkan wajah saja saat ini. Boleh pula terlepas cakap!
"Apa? Dah lah. You dah kena balik ni. Tak manis lah." Bingkas, aku bangun dalam cuba mengelatkan diri dari makin diusik olehnya.
Sudah aku kenali sangat tentang Ryan ini. Jika sekali aku tersilap langkah, memang dia tidak akan berhenti dengan usikannya itu sehingga akhirnya aku meninggikan sedikit frekuensi suara, menyuruhnya berhenti.
"Kejap, Imelda."
Aku menjongketkan kening kanan dan menunduk, memandangnya yang menahan aku tadi. Ryan melangutkan pandangannya padaku.
"Disebabkan I dah balik Singapore semula sekarang, I nak esok kita date. Boleh? I wanna know more about you. Yourself. Only you. Boleh? Please..." Tatapan itu tampak begitu berharap sekali.
Tatapannya yang berjaya membuatkan aku tunduk dan mengikut semudahnya disebabkan kepercayaan aku terhadapnya yang sebenarnya sukar untuk luntur. Oleh kerana, di mata aku Ryan akan sentiasa terlihat baik dan boleh dipercayai. Dia ialah definisi lelaki sebenar yang selama ini, aku fikir tidak pernah wujud.
Kepala aku jatuh sekali sambil bibir menarik senyuman manis dan lembut buatnya. Aku tidak layak untuk menghukum apatah lagi mengasarinya. Aku perlu ingat, dia cuma sebatang kara saja ketika ini. Keluarga angkatnya juga tidak selalu bersamanya. Jadi, tidak patut aku memperlakukan anak yatim piatu sepertinya dengan jahat dan teruk.
"Sure. You ambil I di rumah? Atau..."
"Ah, thanks, babygirl. Yah. I akan ambil you di rumah you esok. Tepat jam 10 pagi. Boleh? Incase if you nak breakfast dengan your family dulu. Ke... nak sarapan dengan I? Itupun kalau you sudi lah."
Tawa kecilku terhambur. "Boleh aje I breakfast dengan you sekali."
"Great! So, 8 a.m. Boleh?"
"Boleh."
"Oh, one more thing. I nak kita pakai sedondon like a couple. Nude theme. Okay?" Ryan bangun berdiri menghadap aku dari sisi.
"Boleh."
Aku diam saja melihatnya sudah tersenyum lebar itu. Lama dia menatap anak mataku dan aku hanya tenang saja membalas. Dah kenapa dia nampak bahagia sangat ini?
"Betul ke ini Imelda? Semalam macam... orang lain." Suara garaunya bertanya. Jelas tampak tidak percaya akan perubahan drastik sifat aku ketika ini.
"I nak cuba berubah. Demi you juga, Ryan. Lelaki baik patut dapat perempuan yang baik. I tak baik. Tapi, I tak nak perempuan lain yang dapat you. So, I choose to become better."
Tawa halusnya menyapa sistem pendengaran aku. Kedengaran indah sekali. Lembut dan gembira. Seolah dia tidak menyimpan sebarang luka di sebalik tawa yang bergema indah itu.
"Tolong setia dengan I, Imelda. I tak nak yang lain. I cuma mahukan you. Ingat tau. I mahu kita bersama sampai selamanya. Dan I hanya mahu lafazkan nama you sekali saja. Untuk akad nikah kita sahaja. Okay?"
"Dengan izin Allah."
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...