TERENJUT bahu aku tatkala disapa oleh Safira dari belakang ketika sedang memotong kek. Lantas, aku berpaling ke arahnya. Baru saja hendak menyediakan kopi buat diri sendiri kerana aku masih belum sempat untuk menjamu selera disebabkan pelanggan yang saban hari makin meningkat drastik. Pelik. Seolah ada seseorang yang mempunyai pengaruh besar telah datang ke kafe aku dan promosikannya di media sosial miliknya seperti yang aku katakan semalam. Mungkin hanya aku yang tidak menyedari kedatangan orang berpengaruh ke kafe ini. Tapi andai aku dapat bertemu gerangan tersebut, akan aku belanja dia sebagai tanda penghargaan.
"Yes, Fira?"
"Mr Ryan tengah tunggu Miss dekat dalam kereta dia. Dia nak Miss teman dia jumpa seseorang hari ini."
Aku menjongket kening. Semalam dia kata, tidak boleh. Harini, lain pula?
"Miss pergi je. Tak apa. Saya boleh uruskan semuanya." Belum sempat aku bersuara, Safira sudah membenarkan saja.
Bibirku menguntum senyum manis buatnya sambil tangan kanan mengusap bahunya. Aku menanggalkan apron di tubuh lalu disangku ke tempatnya.
"Thanks, Fira."
"No problem, Miss Melda. Enjoy your date." Sempat lagi dia mengusik lalu aku hanya tergeleng kecil. Mana pernah dia melihat aku keluar dengan mana-mana lelaki.
Aku bergerak keluar dari kafe lalu menuju ke arah kereta Audi A3 berwarna hitam milik Ryan. Keretanya pun kacak macam pemiliknya. Tapi tidak mampu tandingi kereta Lexus ES kelabu milik aku. Namun belum sempat aku ingin mendekati pintu di bahagian penumpang, kelibat Ryan sudah menampakkan rupa. Lelaki itu berjalan ke arah pintu di bahagian penumpang. Dia membukakan pintu buatku.
"Please come in, Ryan's future queen."
Bibir merahnya tersenyum manis buatku. Dan aku tidak dapat menahan bibir dari tersenyum akan tingkah dan bicara romantis olehnya. Lebar aku tersenyum hingga menampakkan baris gigi.
Aku masuk ke dalam kereta manakala tangannya melindungi kepala aku dari terhantuk pada pintu sewaktu ingin masuk. Pintu dikatup sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Pemanduan terus dimulakan. Aku tidak pelik akan kelakuannya yang sentiasa gentleman dan romantis itu kerana sudah sememangnya sejak awal pertemuan lagi dia lelaki yang begitu.
"Why you call me Ryan's future queen?"
"Because you will be mine soon."
Aku menggarit kening seraya menoleh ke arahnya. Sisi wajah tampannya menjadi tatapan aku.
"Hah?"
"Just wait and see."
"You nak bawa I ke mana ni? Jangan cakap you nak bawa I –" Ayatku terjeda seketika. Sebarang kemungkinan sudah berlegar di kepala. Tak akanlah mahu membawa aku berjumpa dengan kedua orang tuanya pula. Tapi mengapa dia berkata sedemikian pula? Apa makna tersirat disebalik bicaranya ni?
SOROTAN mataku melihat dari jauh susuk tubuh Ryan yang sedang berjabat tangan dengan seorang lelaki yang memakai pakaian yang penuh formal dan mewah. Persis pemilik syarikat saja. Aku sekadar memandang dari jauh saja. Tiada niat mahu berdiri di sebelah Ryan dan mendengarkan perkara yang dibualkan oleh mereka. Mataku meliar ke ruang tersebut. Aku tidak pernah ke sini. Tapi suasananya begitu biasa.
Ada pekerja yang sedang menghadap komputer dengan begitu tekun. Sesekali, jari mereka lincah bergerak di atas papan kekunci dan berhenti lalu melihat saja skrin komputer. Selain itu, ada yang sedang mengira bilangan buku atau novel yang dalam kuantiti yang banyak. Seperti suasana di syarikat penerbitan buku. Tapi sewaktu aku melihat bangunan dari luar, tiada pula tertera nama syarikat ini dengan lebih jelas dan terperinci.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...