BAB 11 RYAN'S QUEEN

12.1K 723 53
                                    

KEPALANYA mengangguk beberapa kali. "Yup. Exactly. I terkejut kejap tengok you pakai. You memang betul-betul fans dia, ya? Buku dia semua you minat and baca. Merch pun ada. Apa lagi merch dia yang you ada?" Gaya Ryan bertanya seolah dia tampak berminat untuk tahu.

Makin teruja aku jadinya ingin menceritakan tentang seseorang yang aku suka dan tentang perkara yang aku suka.

"I ada semua merch dia. Stationery, totebag, badge, bottle, cap,notebook, and t-shirt."

Ryan tayang riak wajah terkejut. Terhibur pula aku yang melihat. Sejak dari tadi lagi riak wajahnya sama saja. Bagi aku, ini bukan obsesi tapi sekadar hiburan untuk diri sendiri juga sebenarnya. Biarlah, aku gembira melakukan semua ini walaupun dia tidak tahu tentang kewujudan aku sekalipun.

"Why you like him so much? Dia pun tak tahu kewujudan you, Imelda."

Lidah aku terkelu untuk membalas kerana benarlah Haz tidak pernah sedar hatta tahu akan kewujudan aku tapi aku sukakan seglanya tentangnya. Bagaimana lagi cara untuk aku menolaknya? Bagaimana lagi untuk aku halang rasa suka itu?

"Tak apalah. Anggap sajalah I tolong dia cari rezeki ke? I buat semua itu bukannya untuk bagi dia tahu I wujud pun. And anggap sajalah that's one of my love language towards him?"

Ryan tolak dinding pipinya sambil tangan naik mencekak pinggang. "Tapi I yakin yang dia akan notice you, Imelda. I yakin." Kepalanya mengangguk sekali.

"Kenapa you cakap macam tu?" Aku tidak mahu berharap dan tidak mahu orang lain juga memberikan harapan yang sama pada aku. Harapan itu menyakitkan jika ia terbit pada manusia.

Dia menjongketkan bahu tanpa sedikit pun memberikan jawapan. Ryan selalu begini. Suka membuat aku tertanya dengan ayatnya. Dia memang suka mengenakan aku agaknya. Mujurlah dia ialah Ryan Darren. Kalau lelaki lain, memang dah makan penampar aku. Sabar ajelah, Imelda. Lambat-laun, sepandai tupai melompat sekalipun, pasti jatuh ke tanah juga.

"Let's go. I nak kena buat apa dulu ni?" ujarny. Dia ni nak cakap ke tidak?


SETIAP cara untuk mengendalikan mesin kopi tersebut diajar padanya. Dan mungkin sudah kelebihan seorang Ryan untuk memahami sesuatu yang baru dipelajari dalam masa yang singkat dan cepat. Jadi tangkas saja dia mengendalikannya.

"You suka buat coffee?" Dia menyoal semasa aku sedang memotong kek untuk dihidangkan buat pelanggan yang memesan.

"Suka. Tapi sebab I dah lama tak masuk cafe, kadang tu jadi kekok pula."

"I see. Nanti kalau my future wife pun suka coffee macam you, I nak hadiahkan dia coffee machine like this one for her."

Mulut aku agak terbuka. Termenung seketika tatkala mendengar bicaranya itu. Entah mengapa hati aku dijentik oleh satu rasa yang sakit tiba-tiba. Dada aku mula terasa ketat. Jantung sebu bagai ditusuk belati. Oksigen seakan tidak sampai ke peparu. Dapat aku rasakan emosiku kini tergugah lalu anak mata dilarikan dari memandang wajah tampan itu. Hingga hampir buatkan cecair jernih mengalir keluar melalui tubir mata.

Aku telan air liur sekali lalu berdehem. Meneruskan kerja. Kejap, mengapa aku rasa sebegini? Bukan kerana aku menyesali keputusan aku untuk sentiasa menolaknya dan mengekalkan hubungan kami hanya sebatas teman. Tapi kenapa perkara yang menghalang. Rasa seperti ada nanah yang sedang makin perit rasanya di dalam sekarang ini.

"Oh, how lucky she is. I'm sure she would cry if you did that for her, Ryan."

"And..." Ryan berura untuk menambah bicaraku.

"And she will love you eternally," potongku tanpa memandangnya. Membayangkannya saja sudah begitu indah. Isteri mana saja yang tidak gembira dihadiahkan mesin kopi yang boleh tahan mahal juga harganya ini dari si suami yang tercinta? Pasti senyum tak lekang di bibir.

"Sebab itulah yang you rasa, right?" duganya.

Aku tidak tahu ingin beriak bagaimana. Berderau terasa wajah aku tika ini. Mungkinkah itu yang aku rasakan jika aku berada di tempat yang begitu bertuah untuk seorang wanita dengan lelaki sepertinya? Aku tidak pasti tapi jikalau akulah wanita tersebut, itulah yang difikirkan.

"You nak ke?" Dia menyoal tiba-tiba.

Kerja aku tergendala. Tubuh dipusingkan menghadapnya.

"Nak apa?"

"Nak kahwin dengan I?"

Ya Tuhan, dah kenapa dengan Ryan Darren ni? Sejak bertemu saban hari kembali, ayatnya sentiasa buat lidah aku terkelu saja. Aku pun satu, asyik diam saja. Tapi bayangkan saja kalau wanita lain berada di tempat aku. Pasti akan lakukan perkara yang sama saja kan?

Tawa dihambur untuk kurangkan kejanggalan dan perasaan pelik yang sedang menyelinap masuk ke dalam diri. Tangan menyimpan semula kek yang dipotong tadi ke tempatnya semula.

"I tak cakap pun. Plus, apa I dapat kalau kita kahwin?" Sengaja aku bertanyakan hal sedemikian padanya.

"You akan jadi orang pertama yang dapat baca karya Haz everytime he publish a new book or new merchandise, you will have a coffee machine macam yang ni, you akan dapat dengar I play my electric guitar everyday, you can watch me playing games for a youtube content shirtless. And kita akan dapat mewujudkan keturunan yang good looking like us. Dan... selainnya.You takkan menyesal." Sangat yakin sekali dia berkata.

Aku menggarit kening tatkala mendengar ayatnya di bicara yang awal. Aku akan menjadi orang yang pertama? Bagaimana?

"Ah ha! Kalau you nak tanya tentang dia, lupakan aje atau you boleh tunggu selepas kita dah berkahwin nanti. I tak akan beritahu you sekarang." Dia sudah dapat baca apa yang bermain di fikiran aku tatkala riak sebegitu yang ditayangkan.

Mata aku memincing memandangnya yang jelas mahu mengelak itu.

"Little did you know, you dah bagi I banyak hint when you mention his name? Alright. Jujur dengan I, you siapa sebenarnya Ryan Darren? You ingat ni cerita apa nak beritahu segalanya lepas kita kahwin?" Maksud aku, kalau kami kahwin.

Ryan hanya diam. Nampak seperti tiada niat langsung untuk menjawab pertanyaan aku. Kakinya melangkah ke sebuah meja dengan secawan minuman.

Aku menggeleng perlahan sambil melepaskan helaan nafas berat. Sampai bila,Ryan? Kau fikir, kau boleh tiru seperti yang dalam drama dan novel yang selalu ada? Aku bencikan semua ini tapi bukan hak aku untuk memaksanya.

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now