HAZ menjatuhkan tangan ke ribanya. "I'm sorry. I lupa kita dekat public sekarang."
"Then, how about your parents? Mereka okay dengan keputusan you tu?" soalku.
Ryan senyum kelat. "Parents I dah lama tak ada, Melda. I ada keluarga angkat saja sekarang. How I wish, I boleh ajak mereka masuk Islam dengan I juga. Tapi sayangnya, tak kesampaian."
Aku mengetap bibir untuk menahan diri dari mengeluarkan air mata lagi. Kalau sudah hati tisu, beginilah. Mudah berasa simpati terhadap orang.
"Since?" soalku.
"Sejak I umur 20 tahun. Sejak mereka meninggal, I masih sambung belajar di London. I mula belajar untuk jadi lelaki yang berdikari, serba boleh. I buat semua benda sendiri tanpa sesiapa dengan I. Saudara-mara I... entahlah. Ada beberapa konflik antara hubungan my parents dengan saudara-mara mereka. Jadi, I tak tahu sangat. Sampai I buat keputusan untuk berpindah ke Singapore. Sebab dekat sikit dengan tempat kawan-kawan I menetap."
"I ada kerja masa I study di London so I tak ada financial problem so there's no problem for me to live at Singapore. I uruskan semuanya dan it's a long journey how I can be a successful gamer. Then, untuk sebab I nak jadi penulis pula is I just love creating my own fake scenarios in my head then I just write it." Ryan menghela nafas.
"I kurang membaca novel sebenarnya tapi kadang tu, adalah juga. Depends." Ceritanya lagi.
Kepala aku jatuh beberapa kali mendengar. Air mata yang di pipi tadi pun sudah kering disambar angin lembut itu. Barulah sekarang ini aku dapat mengetahui di sebalik segala yang pernah dikatakannya dan rahsia yang disimpannya. Satu perkara yang boleh aku simpulkan saat ini, dia ialah seorang lelaki yang kuat dan tabah. Dia tidak mempunyai ahli keluarga yang lain lagi tapi dia masih mampu berdiri di atas kaki sendiri bagaikan tiada apa yang terjadi.
"Bagaimana dengan keluarga angkat you? Bagaimana you jumpa mereka?" Aku masih berminat untuk mengetahui tentangnya. Jika ianya tidak keberatan untuk dia meneruskan cerita. Namun jika tidak, aku sudah tidak mahu memaksa seperti dulu lagi.
"I jumpa mereka sewaktu I masih dalam permulaan untuk mengenali Islam. Ada seorang uncle ni datang pada I then I beritahu yang I nak mengenali agama Islam. Rupanya, dia ialah imam masjid yang I pergi itu. Tapi tengok pakaian pun, memang nampak sangat alim. Masa I mengucap dua kalimah syahadah pun, dia yang menjadi saksi dan tolong ajarkan. Mula dari situ, he and his wife mula layan I macam anak mereka sendiri. Dia bawa I ke rumah dia. Berkenalan dengan orang rumah dia. About rumah parents I yang I cakap tu, itulah rumah mereka. They are so kind."
"Mereka ada anak perempuan?"
Ryan menoleh ke arah aku. "Ada. Kenapa?"
"Cantik tak? Umur dia berapa?"
"Kenapa? You nak cari pekerja perempuan lagi ke?" Pertanyaan aku tidak dijawab tapi lain pula yang Ryan tanya.
"No. I cuma nak tahu. Jawablah. Cantik tak? Berapa umur dia? Study lagi atau dah kerja? Single or married? I nak tahu semuanya." Makin aku menggesanya untuk menjawab pertanyaan aku yang sudah jelas lagi nyata tidak penting pun sebenarnya.
"Cantik. Cantik sangat. Mata dia bundar. So cute. I rasa macam..." Laju tangan aku memukul lengannya kuat.
Ryan mendesis sakit.
"Lebih-lebih pula puji anak dara orang you ni. I tanya cantik ke tak je. You nak cakap apa tadi? You rasa apa? Nak kahwin dengan dia?" tembakku laju.
"Tak cakap pun."
Mencebik bibirku seraya mata menjelingnya tajam. "Untuk soalan lain?" Sedaya upaya aku tahan api cemburu dari membara dalam diri. Sabar, Imelda. Sabar. Ini semua dugaan.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...