BAB 37 RYAN'S QUEEN

6.5K 350 12
                                    

POV : Haz Malique

PAGI hari lagi aku sudah bersiap sebelum menyiapkan Imelda untuk dihantar ke rumah mertua aku. Aku hanya turutkan saja kehendak isteriku yang ingin dijaga oleh mama ketika sedang berpantang itu.

Kalau diikutkan, fasa pantangnya ini perlu ada bayi bersam dengannya. Tapi Tuhan lebih mengetahui segalanya yang terbaik buat hamba-Nya. Jadi aku dan Imelda haruslah tetap merima takdir yang telah disusun buat kami berdua dengan hati yang tenang dan redha.

Kesian si anak. Tidak berpeluang untuk melihat wajah ibu bapanya di dunia dahulu.

"Melda, sayang? Dah siap?"

Aku mengetuk pintu bilik dari luar disebabkan Imelda mahu aku menunggu di luar bilik saja apabila aku memintanya untuk membuka.

Entah apa yang hendak disorokkan daripada aku sedangkan aku suaminya. Tiada perkara yang perlu disembunyikan antara kami sebagai pasangan halal.

"Kejap, abang."

Suaranya kedengaran mengah. Seakan letih setelah melakukan sesuatu.

Aku mula diasak kebimbangan. Bimbang jika dia terjatuh atau jauh lebih teruk.

Entah mengapa sejak kemalangan tersebut, kebimbangan aku terhadapnya semakin menjadi 'parah'.

Pintu bilik diketuk beberapa kali sambil memanggilnya.

"Melda? Okay tak tu? Sayang buat apa? Nak abang tolong?" Suara aku jelas kerisauan.

"Tak. Tak apa. Sekejap saja."

"Bagi abang masuk, please." Rayuku. Jantung aku sudah berdetak abnormal.

"Kejap, abang. Abang tunggu saja. Melda janji, sekejap."

Aku cuba menarik dan menghembus nafas perlahan. Meredakan nafas yang tidak teratur dek kerana kerisauan yang menghuni diri saat ini.

"Dah siap!"

Ujaran suara itu serentak, pintu kamar dibuka olehnya dari dalam. Lalu, terpampang susuk tubuhnya yang..

Mataku terbeliak. Mulutku terlopong. Penuh dengan kejutan. Mengejutkan sekali. Tidak berkelip hatta sekali aku melihat penampilannya kali ini. Sangat berbeza. Sepenuhnya berubah.

Baju kurung Kedah bercorak bunga-bunga kecil yang dipadankan dengan kain kosong. Rambutnya pula ditutupi dengan selendang yang setona warna dengan pakaian. Tampak begitu ayu sekali.

"Abang? Kenapa? Ada yang kurang ke?"

Soalannya membuatkan aku laju menggeleng.

"T-Tak.. Abang.. Cuma tergamam. Abang.. rasa tak percaya. Ma Shaa Allah, ukhti. Am I dreaming, Melda?"

Keningnya berkerut sebelum perlahan, kepalanya bergerak ke kiri dan kanan. Menafikan persoalan aku dihujung bicara sebentar tadi.

"Kenapa Melda pakai begini? Apa yang buatkan sayang nak pakai ni?" Soalku.

"Kenapa? Buruk ke? Abang, kalau tak suka beritahu. Melda boleh tukar. Cuba terus terang."

"Tak, sayang. Abang tanya saja."

Dia mula menilik pakaiannya atas bawah. Barangkali, merasakan aku tidak suka yang dipakai olehnya atau merasa biasa.

"Cantik. Melda rasa selesa. Ayu. Ini, pertama kali Melda pakai ni sebab Melda ada nampak seorang wanita pakai ni di tiktok, malam tadi."

Aku mula mengangguk kecil. Kaki mula dibawa mendekatinya dengan senyuman yang kian lebar.

"Gorgeous as always. Teruskan istiqamah, sayang. Doa abang untuk permata abang tak akan pernah putus hingga nadi ini tidak berdenyut lagi. Alang-alang ini, kita baca doa istiqamah sama-sama. Okay?"

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now