BAB 42 RYAN'S QUEEN

5.9K 259 12
                                    

SOALAN aku masih tidak dijawabnya. Sebaliknya, terbahak-bahak Qayyum tertawa. Makin berkerut keningku. Dah kenapa dia ni?

"Kau buat apa?" soalku buat kesekian kalinya.

Tawanya cuba diredakan. Tapi senyuman di bibir masih bersisa. "Aku tak buat apa pun lah."

Memincing mataku merenungnya. Macamlah boleh percaya. Lelaki ini, walaupun luarannya nampak manis, tapi realitinya dia sangat menggerunkan. Sejenis tiada hati perut. Terutamanya terhadap sama jantina dengannya.

"Cepatla," desakku.

"Betul! Aku cuma ugut, urm. Macam kejam sangat lah pula nak sebut. Tapi.."

"Beritahu sajalah."

Dia menghela nafas. "Aku ugut, aku akan tikam dia dari perut, naik ke atas macam yang Rosli Dhoby buat kepada Duncan Stewart dalam perisitwa sungkit berdarah sejarah tingkatan 4 bab 4 itu. I.. I point out my knife to.. hm faham-fahamlah."

Membuntang mataku kali ini. Ternganga mulut. Sebegitu sekali dia mengugut? Aku yang dengar pun dah naik gerun.

"Kau biar betul, Qayyum?"

"Tak percaya sudah." Dijelingnya aku.

"Kejamnya!" Membulat mataku.

"Eh, aku tak buat betul-betul pun ya?"

"Tapi perlu ke ugut cara begitu?"

"Hey, listen Ryan. Orang British zaman dulu, kalau mereka tak dapat apa yang mereka mahukan, mereka akan gunakan apa? "

Bola mata diputarkan apabila dia mula membuka bebelan subjek kegemarannya di bangku sekolah dulu.

"Antara cara yang mereka gunakan ialah paksaan, desakan, ugutan. Jadi aku haruslah gunakan." Sambungnya.

"Tapi Rosli Dhoby tu bukan orang British. British yang tangkap dia. Bukan British yang tikam dia. Kau ni kuat sangat pengaruh British. Kau tu orang British ke?"

"Biarlah. "

Tergerak ke kiri dan kanan kepalaku melayan sifatnya yang satu ini. Tidak berhati perut seperti tentera British! Sama sangat.

"Jadi dia terus jujur?" Balik ke topik asal.

"Yes. Kemudian, aku tunjukkan gambar dia yang ada muka kau. Aku tanya kenapa ini, muka kau? Sedangkan ini sebenarnya bukan kau."

"Then?"

"Dia yang tak tahu apa-apa, nak cakap apa lagi? Aku dah mula pelik. Pening kepala fikir. Jadi aku beranggapan ada orang cuba sabotaj kau. "

"Siapa pula?"

"Tanya aku pula. Fikirlah. Kau tu kan penulis, ramai peminat. Manalah tahu kalau ada yang dah tahu kau dah kahwin, selepas itu nak sabotaj kau. Nak rosakkan rumah tangga kau." Ujarnya panjang lebar.

Ligat otak aku cuba memikirkan. Mengingati kembali wajah wanita atau mana-mana gadis yang aku jumpai. Menunjukkan jika mereka berminat terhadap aku.

Namun yang kian muncul sejak awal kejadian lagi hanyalah Tyara seorang saja.

Mungkinkah dia?

Kerana yang aku lihat, hanya dia seorang saja wanita yang kerap menunjukkan minatnya terhadap aku selepas aku bernikah dengan Imelda.

"Kakak tiri aku? Mungkin."

Qayyyum menjongket kening. Terkejut.

"Kakak tiri kau? Wow! Sesuatu yang diluar jangkaan." Tawanya terhambur.

"Tak lawak. Serius tak lawak, Qayyum."

"Aku serius. Tak percaya. Kenapa dia pula? "

"Sebab dia je yang selalu kejarkan aku lepas aku kahwin." Tanganku naik bersilang di dada.

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now