BAB 9 RYAN'S QUEEN

12.7K 644 36
                                    

SETELAH tiba di kafe, setiap suis elektrik dihidupkan. Kunci kafe tidak lagi dipegang oleh pekerja aku seperti sebelum ini. Ia sudah beralih kepada aku jadi berhak untuk membukanya pada bila-bila masa. Mereka masih belum tiba jadi aku mahu mengemas sedikit.

Tatkala aku sedang menyusun gelas kaca di rak besi yang tersedia, tiba-tiba bunyi loceng menandakan ada seseorang masuk. Padahal, aku masih belum pusingkan papan tanda buka yang tergantung di pintu lagi. Lantaran itu, aku berpaling tubuh bagi memberitahu gerangan tersebut. Berdiri di kaunter kafe. Batang tubuh tegap seorang lelaki menyapa ruang mata. Tapi wajahnya tidak begitu jelas.

"Er... Excuse me Sir?" Aku menyapa.

Dia memusingkan tubuh tegapnya yang bersarung baju yang berwarna sama denganku. Mataku jatuh pada tangannya yang mempunyai beg komputer riba sebelum naik pada wajahnya. Mulut aku terlopong. Dia lagi?

"Ya Allah, you lagi?"

Riak wajahnya yang terpinga-pinga tadi berubah pada wajah manis yang ditayangkan. "I tak boleh kalau tak jumpa you, Imelda. That's why, I datang sini." Dia mendekati aku. Ryan meletakkan beg tersebut ke atas kabinet kaunter.

"My life would be so boring without you, Imelda. I bangun subuh tadi, firasat hati I kuat mengatakan yang you akan datang kafe hari ini. I tak sangka betul."

Aku menggarit kening."Bangun subuh? You ..."

Dia ketawa kecil. Manis. Aku suka melihatnya. Kalau boleh mahu lihat setiap detik.

"Terlalu banyak perkaea yang perlu I kongsi pada you, Imelda. But for now, let just keep it as a secret. I'm sorry."

Keluhan berat dilepaskan olehku. Kerja yang tadinya tergendala disebabkan Ryan, aku sambung kembali. Tidak mahu terlalu melayan gelojak hati yang berpunca dari seorang lelaki bernama Ryan Darren.

"Sampai bila?" soalku.

"Bila Tuhan dah izinkan. I hanya akan buat sesuatu atas reda dan keizinan daripada-Nya sahaja."

USAI menyelesaikan urusan pembukaan di kafe, pekerja aku juga sudah tiba. Aku meminta diri untuk bertemu dengan Ryan sementara pelanggan diuruskan oleh mereka. Ketika ini, aku dan Ryan sedang duduk di meja yang sama atas permintaan aku sendiri. Perasaan ingin tahu dalam diri sudah tidak dapat dibendung lagi. Mujurlah Ryan hanya mengikut saja. Katakan aku keras kepala, memang itu sudah sebati dalam diri aku.

"Tak boleh ke you ceritakan saja pada I sekarang?" Aku yang menjadi insan pembuka bicara dan perbualan antara kami.

"Sebagai seorang Ryan Darren, ia agak merbahaya untuk diri I dan you."

"Pelik lah you ni. Complicated tahu tak?" Aku memandang beg komputer riba miliknya.

"Ni bawa laptop untuk apa lagi ni? Menulis lagi? Video dekat youtube kenapa dah lama tak upload? Live pun dah tak ada kenapa?" Bertalu-talu soalan diaju. Bukannya aku tidak menanti notifikasi keluar darinya tapi langsung tiada. Pasti yang setia menunggu juga kecewa.

"I tak ada mood sejak I tak berjumpa dengan you.You seolah watak utama dalam sebuah cerita. Bila pembaca baca cerita tu, mereka akan jadi bosan untuk baca bila tiada pertemuan antara si hero dan heroin. Sesetengah pembaca akan langkau bahagian yang itu. Samala juga macam I. I akan skip buat perkara yang selam ini I suka. Hanya disebabkan tiada seseorang yang I perlukan dalam hidup I masa itu. Hinggalah I dapat jumpa orang yang I suka." Matanya terkelip-kelip comel pada aku sambil senyum manis buatku.

Jemariku naik menggaru pipi kiri. Segan dan janggal. Aku tidak biasa akan bicaranya yang seromantis ini. Mana dia belajar semua ini? Dah macam gaya seorang penulis. Barangkali pembaca sepertinya juga handal bab sebegini. Aku tidak boleh nafikan itu. Sama. Cuma tidak pernah lagi aku jumpa penulis lelaki yang handal dalam berbicara romantis di alam realiti.

"Anyway, I nak one cup of hot latte. Less sugar." Ryan kembali tegakkan tunuh semari mengambil beg itu. Berjalan ke sebuah meja dan kerusi di suatu sudut. Nampaknya, dia seolah mahu mengelat dari pertanyaan oleh aku.

Dan itu membuatkan aku semakin geram padanya. Aku mahu tahu juga! Namun pesanannya diturutkan juga. Apapun, dia tetap pelanggan yang perlu dihormati. Sepanjang mungkin aku cuba menjujut nafas, seolah menarik segala aura sabar yang ada di sekeliling saat ini.

SEGELAS kopi latte siap dibuat untuk Ryan. Dibuat dalam cawan kotak berwarna hitam. Aku melangkah ke tempatnya. Jarinya lincah menekan papan kekunci. Sesekali, dia membetulkan cermin yang berada di pangkal hidungnya. Kacaknya, Ya Tuhan. Berilah aku seseorang yang seperti ini kelak. Kalau bukan nama Ryan Darren yang tertulis buatku.

"Your coffee, Ryan Darren." Cawan diletakkan ke atas mejanya.

Lelaki itu berhenti dari menekan papan kekunci. Dia memandang cawan kopi.

"Kenapa dalam ni? Kenapa bukan dalam cawan kaca? You malas nak basuh cawan eh?" soalnya. Itu pun nak dipersoalkan ke, Encik Ryan?

"Eh, tolong sikit eh? I cuma nak habiskan stok cawan ni je dekat stor sebab I nak tukar dengan design yang baru." Lagipun, suka hati aku sebagai pemilik kafe ini untuk menggunakan cawan kaca atau kertas.

Bibirnya mencebik seraya mencapai air minuman tersebut. Menghirup sedikit demi sedikit. Lalu, diletakkan kembali ke atas meja.

"Nice. I love it. Before this punya, tak sesedap ini. Mungkin sebab yang buatnya bukan my babygirl kut."

Bola mata diputarkan ke atas. My babygirl? Bila masa aku, dia yang punya? Suka hati dia saja. Segera aku meminta diri dari situ untuk menyambung kembali kerja.

"I sambung kerja I dulu."

"Eh, kejap. I ada satu permintaan."

"What is it?"

Dia mengigit bibir bawah. Tampak agak ragu-ragu saja rupanya. "Kalau I nak mainkan my electric guitar dekat sini boleh ke? Just a chill small perfomance?"

Kerutan halus terentang di dahiku. "You ada bawa ke gitar you? Kedai I tak pernah lagi ada orang buat small perfomance."

"Tak apa. I dah bawa siap-siap. Ada dalam kereta. Dah lama I tak menyanyi. Jadi alang-alang itu, I nak hidupkan sikit kafe you ni. Boleh?"

"Boleh. Nak I sediakan apa-apa?"

Pantas Ryan menggeleng. Tangan digawangkan separas bahu memberi isyarat tidak mengapa.

"I buat dekat sini aje. Boleh?" pintanya lagi.

Akhirnya, aku hanya mengangguk saja. Tiada masalah pun. Cuma yang pastinya nanti, dia bakal menjadi pusat perhatian.

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now