BAB 5 RYAN'S QUEEN

15.1K 840 18
                                    

"JANGAN salah faham, Ryan. I mean as a friends. Or more to best friend."

"I see. It's okay." Dia mengulum senyum tipis.

"Anyway, you free tak sekarang? Jom, lepak dekat rumah I," ajakku.

Keningnya berkerut. "Lepak? Setahu I, ikut agama you, lelaki dengan perempuan yang tiada pertalian darah, tak boleh duduk serumah or berjumpa di rumah tanpa ada orang lain."

Aku kemam bibir sambil menunduk. Apa aku ni? Dah kemaruk sangat ke sampaikan lupa ajaran Islam? Wajah yang sudah membahang dek kerana rasa malu yang menghujani diri cuba disorokkan. Sekarang, siapa yang nampak beria? Pastilah aku. Memalukan kaum wanita betul kau ini, Imelda.

"I assume you forget about that, right?"

Aku kembali angkat wajah. Menangguk dengan senyum janggal.

"Faham. You tengah buat apa tadi?"

"Baca novel. My hobby," jawabku.

"What kind of novel?"

"Romance."

Keningnya terjongket. "Wow! Romance. Karya siapa?" Tampaknya dia makin berminat untuk ambil tahu. Adakah dia juga meminati atau mempunyai hobi yang sama seperti aku?

"Haz Malique. My favorite male author ever. Such a very gentleman, sweet, low key, private, cool, and an attractive male author I pernah kenal." Bukan main melambung aku gambarkan salah seorang penulis kegemaran aku itu. Begitu terperinci sekali.

"How did you know he is a gentleman. You tak pernah jumpa dia, right?

"Based on how he treat his followers and supporters on social media and what he write in his story that he created."

"Are you sure he's that kind of guy?"

"Yes! Why? You kenal dia ke?"

"He is one of my favorite male author too. I pun baca novel dia."

"Oh, we have the same addiction!"

"Yah! I ada semua novel dia. Dari novel pertama, sampailah yang paling terbaru. You nak?"

Keningku terjongket tinggi. Dia ada semuanya? Setahu aku, Haz Malique sudah berkarya selama 4 ke 5 tahun. Jadi, banyak juga novel dari hasil penulisannya masih belum aku miliki disebabkan aku hanya akan membeli novel baru setelah yang lama sudah habis dibaca. Kerana bimbang jika semuanya tidak terhabis bacaan dan semua buku itu juga bakal dihisab kelak. Tapi apabila menerima tawaran oleh Ryan ini, tak akanlah aku mahu menolak pula.

"You nak bagi ke?"'

Dia menangguk. Mengiakan persoalan aku.

Makin bersinar mata aku. Bertuahnya ada rakan begini. Aku tiada semua karya Haz Malique tapi hanya beberapa sahaja. Aku harap, semua ini bukan hanya sekadar mimpi semata.

"Nak!"

Tawa halusnya terletus. "Sure. Nanti I bagi you."

"You wanna give it for free?"

"Yes, babygirl."

Tidak dapat aku menahan diri dari tersenyum lebar. Anak mata aku ketika ini sudah memancarkan sinar dek kerana kegembiraan yang tidak dapat disorokkan lagi. Ada gunanya aku dipertemukan dengan lelaki seperti Ryan. Teman yang sangat berguna. Semoga persahabatan ini bakal kekal hingga kami berdua telah mempunyai pasangan hidup sendiri nanti.

Kerana tidak mungkin aku bakal berteman lagi dengan suami orang. Lelaki yang sudah dimiliki atau menjadi hak orang lain. Aku bukan perempuan seperti itu.

SENYUMAN aku kian melebar. Teruja ingin mendapat hasil karya daripada penulis kegemaran aku secara percuma. Ia merupakan satu kebahagiaan buat seorang gadis seperti aku. Ryan turut tersenyum melihat gelagat aku. Dia melurut rambutnya ke belakang.

"Okay. You tunggu kejap, I pergi ambil dekat dalam." Ryan sudah berura untuk kembali masuk ke dalam rumahnya.

"Oh, you simpan dekat rumah parents you ke?" soalku.

"Yup. Wait a minute, alright?"

Ryan sudah berura untuk pergi masuk ke dalam.

"Okay. I tunggu you."

Ryan kembali masuk ke dalam rumah keluarganya.

Aku statik di tempat aku berdiri di tempat yang sama. Tidak berganjak walau sedikit. Teruja betul. Selang beberapa minit kemudian, kelibat Ryan mula menampakkan rupa. Dia berjalan ke arah aku tadi dengan beberapa buah buku di tangan. Dari jauh nampak seperti buku-buku tersebut masih berbalut kemas dengan plastik dan masih belum dibuka. Atau dia yang membalut buku tersebut dengan pembalut buku. Aku tidak pasti.

Dia menghulurkan buku yang dipegang tadi kepada aku. Buku bertukar tangan. Aku menyambut penuh berhati-hati. Bimbang jika terjatuh hingga menindih kaki aku nanti, tak ke naya diri sendiri.

"Boleh tak?" soalnya prihatin.

"Boleh. Boleh." Aku meyakinkannya yang seolah tampak risau itu.

"Tak boleh ni, Melda. Jatuh nanti. Wait, I bagi one by one." Dia ambil semula buku yang ingin diberi sekali gus tadi.

Bertukar kepada memberi aku sebuah demi sebuah. Risau betul kalau terjatuh ke atas kaki aku. Padahal ia cuma buku saja.Bukannya batu. Tapi mungkin kerana novel yang dipegang agak tebal. Karya Haz Malique memang kebanyakkannya agak tebal belaka. Sebuah demi sebuah disambut. Ryan juga memberinya dengan perlahan-lahan.

Aku sambut dengan berhati-hati hingga semua yang diberi berada dalam pegangan aku dengan selamat. Dibelek sekilas semuanya. Masih tampak baru. Cuma yang buatkan aku pelik ialah seperti baru dibeli. Bukannya yang sudah dibaca. Kerana buku-buku di tangan masih berbalut elok dengan plastik.

Aku panggung kepala memandangya sambil menggarit kening.

"Why it looks likea brand new? You dah baca ke belum sebenarnya novel dia? Ini semua elok berbalut lagi. Kenapa you beri I yang baru?" soalku musykil.

"I ada dua buah setiap novel. So, satu unwrapped and satu lagi yang masih berbalut."
jawabnya tenang.

Aku geleng kepala. "Explain. I tak faham."

Tangan kekarnya naik berpeluk tubuh. "I ada 2 copy setiap novel Haz Malique. Satu yang dah dibuka plastiknya dan dibaca dan satu lagi yang masih elok berbalut dengan plastik. Macam baru. Macam yang you baru dapat ni." Jari telunjuknya dihala pada buku di tangan.

Kening aku terjongket."Kenapa you ada sampai 2 copy buku yang sama? You buat apa?"

"I got it for free. Jadi, I ambil jelah." Dia jongket bahu.

"Macam mana you boleh dapat free?"

"Banyak tanya aje you ni. I ambil balik nanti."

"Eh, I tanya aje." Bibirku mencebik.

Perlahan-lahan bibir Ryan mengherot senyuman senget. Kelihatan seksi dan kacak di mata aku. Sudah tuan punya badan memang indah rupanya. "Tunggu you jadi my wife dulu baru I bagitau."

"Why? Bukannya privasi sangat pun soalan I tu. Ke you yang sengaja nak ugut I untuk jadi your wife?" Memincing mataku memandangnya.

"If I say yes, what is your answer?"

"No."

"No."

Kami berdua berkata secara serentak.

"See? I dah tahu sangat. But seriously, I betul-betul maksudkan apa yang I katakan tadi, Imelda."

Aku melepaskan keluhan berat. "Masih terlalu awal lagi. I masuk dalam dulu. Anyway, thanks for the free novel." Kaki diatur berjalan masuk ke dalam rumah. Ingin sorokkan diri sebenarnya. Kelu lidah untuk beri respon.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now