POV : Haz Malique
KENDERAAN pacuan empat rodaku dipandu ke lokasi yang telah dijanjikan oleh Qayyum Firash, rakan yang membantu aku dalam menyelesaikan masalah tentang fitnah yang kena kepadaku.
Qayyum ialah seorang perisik yang hebat. Identitinya dirahsiakan.
Jadi, teman wanita pun dia tiada. Cinta bukan buatnya. Bersendirian ialah pilihannya buat selamanya.
Aku tersengih.
Macamlah boleh percaya. Orang yang tidak bercinta inilah, tidak lama kemudian akan terus bernikah.
Mereka bijak dalam menyembunyikan dan menyimpan rahsia.
Rumahnya bukan Pent House seperti aku. Hanya rumah biasa yang tidak kurang mewahnya. Mengikut citarasanya.
Sebaik tiba di rumahnya, terus nombornya dihubungi. Kawasan kejiranannya begitu mementingkan keamanan.
"Aku dah sampai." Dia menggumam.
Talian dimatikan. Nak mesej, aku tahu dia jarang buka aplikasi begitu. Apa-apa, hubungi saja.
Tidak lama kemudian, pintu dibuka. Figura tubuh sasanya yang tidak berbaju itu mengisi kornea mata.
"Masuk." Arahnya. Seperti memaksa pun ada.
Kaki aku mula melangkah masuk. Haruman maskulin wangian Jadore miliknya menerpa mukus hidung.
Qayyum memang lelaki yang sukakan wangian dan mementingkan kebersihan. Berderet susunan wangian mewah miliknya di almari yang dikhaskan untuk wangian.
"Follow me." Dingin suaranya.
"Tak payahlah dingin sangat kau ni. Patutlah tak ada perempuan nak lekat."
"Lekat buat apa? I am not a magnet, Ryan."
Tidak semena-mena aku tersenyum senget. Nama itu. Hanya dia seorang saja yang masih memanggil aku dengan nama tersebut.
"Maksud aku, mahu berdamping dengan kau sebagai pasangan. Kau masih lelaki normal kan?"
"Of course, I am. Tapi aku masih boleh kawal." Tawa jantannya bergema.
Aku menggeleng kecil. Nak menganjing aku lah tu. Sedangkan perasaan ini ianya hadir sendiri. Bukan kerana syahwat semata. Tidak sama sekali.
Qayyum sentiasa salah faham. Saat aku memberitahunya bahawa aku ingin mendirikan rumah tangga pun dia mengusik sebegini rupa.
Dasar Qayyum Firash!
Kepalanya, aku tunjal dengan kuat.
"Kau tak payah nak perli aku lah. Sekeh kejap lagi." Kataku.
Tangannya mengusap kepalanya tadi. Otot lehernya diregangkan sembari melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan komputer riba yang berderet. Menyala semuanya.
Satu butir bicara pun aku tidak dapat membaca apatah lagi memahaminya.
Complicated. Seperti hidup.
"I am just kidding, Ryan. Tak payahlah nak marah sangat."
Sebuah kerusi kosong ditarik dari suatu kawasan ke sebelah tempatnya duduk.
"What is this?"
"Bukan yang ini. Ini kerja aku. Wait a minute."
Jari-jemarinya lincah bekerja di atas papan kekunci itu. Wajahnya serius dan begitu fokus sekali menghalakan sepasang matanya pada skrin komputer riba.
"What are you looking for, man?" Soalku.
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
عاطفية[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...