BAB 51 RYAN'S QUEEN

7.8K 296 3
                                    

JEMARI digenggam satu sama lain. Wajah ditundukkan hingga rumput hijau saja yang menghiasi kornea mata. Kekuatanku sirna untuk melihat insan yang sedang duduk di sebelah.

"Ryan.."

"Nama aku Hazael Malique. Bukan Ryan." Pintasku laju.

Nama itu tidak tersemat lagi di dalam diriku. Aku bencikannya. Disebabkan dia, kebahagiaan aku bersama isteriku diragut. Malahan, disaat diriku dikuasai oleh pemikiran seperti itulah perpisahan tanpa lafaz cerai dengan Imelda harus aku hadapi.

"Kau tetap Ryan. Tak akan berubah walau bagaimanapun."

"Kau nak apa datang sini? Seronok tengok aku meringkuk di tempat begini?" Perliku.

Rambut yang sudah kian memanjang dan jambang yang sudah kian meliar di pipi dan rahang telah mengubah personalitiku yang seorang pembersih dan mementingkan kekemasan dulu.

"Kau bukan macam ni-"

"Memang ini bukan aku! Aku tahu. Tiada apa lagi yang aku perlu jaga, Qayyum. Aku dah nak mati dah pun. Tiada guna aku nak jaga. Aku akan tinggalkan semuanya juga. Dah tak lama, Qayyum."

"Aku tahu, Ryan. Tapi kau mahu jumpa Pencipta kau. Mestilah dalam keadaan yang bersih, kemas. "

Aku mendengus geram. Tubir mata sudah mula membahang. Tinggal masa saja untuk mengalirkan isinya.

"Pergi baliklah. Kau tak ada guna pun duduk di sini." Halauku.

"Imelda nak jumpa kau. "

Sontak, aku mengangkat kepala. Memandang Qayyum dengan pelbagai rasa. Semestinya terkejut kerana sejak aku dimasukkkan ke tempat ini, tiada pernah sekali Imelda jejakkan kaki ke sini.

Katanya, dia tidak kuat. Tapi jauh di sudut hati, aku yakin dia sebenarnya sudah membenciku. Membenci atas khilaf bodoh yang telah aku lakukan.

"Esok. Bukan hari ini. Dia masih belum bersedia. Jadi aku nak kau bersihkan dan kemaskan diri. Kembali pada Ryan yang dulu."

"Aku nak jumpa dia hari ini."

"No. Kau suami dia. Tak akan kau nak jumpa dia dengan keadaan sememeh macam ni?" Selorohnya tanpa rasa serba salah. Sengaja menambah minyak.

"Aku tak kisah. Dia isteri aku. Dia akan tetap sayangkan dan cintakan aku walau bagaimana keadaan aku sekalipun. Aku yakin dia akan tetap sudi untuk bertemu dengan aku tidak kira bagaimana keadaan dan rupa aku."

"Dia tak akan datang selagi-"

Laju aku mencekak kolar bajunya. Diangkat tinggi dengan wajah yang sudah membahang menahan amarah. Dengan wajah yang sudah berona merah.

"Aku cakap aku nak jumpa dia! Aku nak jumpa isteri aku!" Jerkahku lantang di tempat terbuka itu. Hingga menggamit perhatian banduan lain yang turut berada di situ.

Beberapa anggota polis lelaki juga datang menghampiriku apabila melihatkan aku sedemikian. Menghalang aku daripada terus bertindak berlebihan pada Qayyum.

"Hazael, masa awak sudah tamat. Awak perlu masuk." Kata salah seorang pegawai polis. Dia mendekati aku dengan gari yang sudah bersedia di tangannya.

Namun aku tidak endahkan walau sedikit. Hatiku sedang membara saat ini.

"Aku nak jumpa isteri aku! Bawa dia ke sini!"

"Hoi! "

Tiba-tiba satu suara lain datang mencelah. Pandangan aku terarah padanya sembari pegangan di kolar baju Qayyum terlepas.

Mataku terarah pada empunya yang datang mencelah tadi. Dipandang figuranya atas bawah.

Warna baju penjaranya sama seperti aku iaitu berwarna jingga yang agak kemerahan. Banduan yang akan dihukum gantung sampai mati dalam beberapa hari saja seperti yang telah ditetapkan buatnya.

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now