DESTINASI yang ditujui saat ini ialah hospital. Tempat yang menjadi saksi aku membawa Imelda saat pendarahan di lehernya berlaku tanpa henti. Membuatkan hatiku dihambat rasa bimbang berkali-kali selama menantinya di dalam wad kecemasan.
Pintu bilik wad ditolak sebelum tubuh dimasukkan sepenuhnya ke dalam. Sekujur tubuh yang sedang terbaring dengan mata terpejam menyapa kornea mata.
Aku mendekatinya lalu kerusi di sisi katil ditarik mendekat. Kekura tangan itu dicapai lalu didekatkan ke bibir.
"Sayang.." dengan suara yang perlahan aku menyerunya untuk sedar dari lena.
Aku yakin dia sudah sedar tapi otak yang kepenatan memaksa dia untuk memejamkan mata.
Lantaran itu, ternyata tebakanku benar. Imelda membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dari sipi-sipi pandangan kelihatan, akhirnya tercelik seluas yang dia mampu.
Sontak, aku kulum senyuman paling indah buatnya. Kondisi diri sendiri yang sudah tidak berapa kemas dan agak sememeh, aku abaikan. Saat ini, yang penting buatku hanyalah dia sahaja.
Tiada yang lain.
Kerana semua orang telah meninggalkan aku.
Isteriku, permaisuriku, teman rapatku, tempat aku meluahkan rasa sedih tanpa ragu dan satu-satunya bidadari syurgaku.
"Abang okay?"
Lega hatiku apabila dia bersuara dengan lembut serentak menggunakan panggilan keramat itu buatku. Berasa seolah dia sudah dapat menerimaku dan mempercayai setiap bait bicara yang akan keluar dari ulas bibirku.
"Abang okay, sayang. Melda ada rasa sakit mana-mana lagi?"
Kepalanya menggeleng sambil tersenyum kelat.
"Are you sure you are okay?" Soalnya lagi sekali buatku.
Aku mengangguk sekali. "Betul. Okay."
"Jadi, rupanya lelaki yang cuba nak bunuh Melda itu ialah abang kandung abang?"
Aku tersentak apabila tiba-tiba dia membangkitkan perihal tersebut saat ini. Bukannya aku tidak mahu memberitahu tapi aku masih belum bersedia hendak dia tahu.
Halkumku bergerak sekali. Terasa kesat lagikan perit air liur yang memasuki celah kerongkong. Beratnya tekak terasa untuk menceritakan segalanya. Tapi aku tahu, aku harus juga.
"Ya. Panjang ceritanya kalau nak jelaskan kepada Melda. Tapi abang akan ringkaskan saja, ya? Sayang betul nak tahu ni?"
Dia mengangguk lagi dengan wajah serius.
"Nak tahu sangat."
"Okay. Nama dia Rayden Dennis. Itu nama sejak dia lahir sebelum memeluk Islam. Bapa kami sama. Tapi ibu kami berbeza. Macam yang Imelda dengar sebelum kejadian tadi. Kami berdua hidup dalam persekitaran yang berbeza. Dia dibesarkan dengan penderaan fizikal dan mental. Tapi abang, bahagia dengan keluarga."
Ibu jariku mengusap kekura tangannya yang lembut itu.
"Muka kami ada iras, kan? Sebab itu sayang tuduh abang yang cuba untuk bunuh isteri dan anak sendiri, kan? Abang baru saja berusaha untuk bawakan bukti kepada Imelda. Tapi nampaknya, dia dah terlebih dulu munculkan dan serah diri. " kepalaku tergeleng kecil sambil menggarit senyum kelat. Tawar.
Dahinya dikucup lembut seraya kepala yang sudah dilitupi tudung sarung itu diusap kasih.
"Syukurlah Allah masih panjangkan umur isteri abang. I cant bear losing you. Imelda tahu tu, kan?"
Imelda mengangguk sekali.
"Tahu. Sebagaimana abang tak boleh kehilangan Imelda, sebegitu jugalah Imelda tak boleh kehilangan abang. Bahagia Imelda terletak pada abang."
Rambutku dielus lembut olehnya. Terpejam mataku saat menerima sentuhan penuh kasih dan sayang itu olehnya. Entah mengapa, hatiku dihurung rasa sebak.
"Tapi jangan jadikan abang yang pertama. Jangan letak abang di tempat yang tertinggi. Utamakan Allah dulu ya, sayang? Kerana Dia lebih memiliki segala bentuk kasih sayang. Dia mempunyai semua love language buat hamba-Nya."
Wajah dijauhkan dan tanpaku sedar, air mata sudah mengalir di pipi tanpa sempatku tahan lagi. Lekas dikesat sebelum meneruskan kata.
"Abang pesan awal-awal, ya andai kata abang dijemput Ilahi-"
"Tak! Tak boleh. Imelda dah pernah janji pada abang dulu, kan? Kalau abang pergi, Imelda akan ikut sama. Kalau Imelda yang pergi, abang juga kena ikut sama."
"Tapi takdir bukan terletak di tangan kita, sayang." Pujukku dengan nada suara yang perlahan.
Jari telunjuk diletakkan ke bibirnya. Menahan dia untuk terus memintas kata-kata yang bakal keluar dari ulas bibirku.
"Dengar dulu apa yang abang nak cakap. Ini semua untuk kebaikan Imelda. Untuk Melda teruskan hidup. Okay?"
"Andai Imelda perlukan words of affirmation, ingat Allah sudah ingatkan di dalam surah at-taubah ayat 40 iaitu 'janganlah engkau bersedih. Sesungguhnya Aku bersamamu.' "
"Kemudian, jika Imelda mendambakan act of service, ingat surah Ghafir ayat 60 iaitu 'Mintalah kepadaku. Nescaya akan Aku kabulkan.' He will always there for you dan akan tunaikan semua permintaan Imelda abang seorang ni."
Seraut wajah jelita itu sudah dibanjiri dengan air mata tanpa henti. Walaupun esakannya tidak seberapa kuat, tapi riak wajahnya memancarkan segala yang berada di dalam hatinya.
"Gift? Lihat balik semua yang Imelda ada saat ini. Semuanya datang dari siapa? Allah. Jadi ingat dalam surah an-nahl ayat 53 iaitu 'Segala nikmat yang ada padamu, (datangnya) dari Allah.' "
"Physical touch? Ada dalam surah al-qasas ayat 56 iaitu 'Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki.' Faham? "
"Dan akhir sekali, quality time. Sebenarnya, setiap hari 5 kali kita luangkan masa dengan Pencipta kita. Tapi abang dah pernah ajar dan sarankan Imelda, kan? Rajinkan diri solat malam. Seperti dalam surah al-isra' ayat 79 iaitu 'Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah) tambahan bagimu ; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.' "
Aku cuba mengkuatkan diri untuk tetap tersenyum manis buat Imelda. Aku kekuatannya dan dia ialah kekuatan aku walau bukan yang pertama kerana aku selalu mendahulukan Sang Pencipta.
Aku maju memeluk tubuh kurusnya erat. Kemas. Badan kami melekap pada satu sama lain. Belakang tubuhnya diusap lembut. Serba sedikit bagi meredakan tangisan tidak berlagunya itu.
"Bersyukurlah bila Imelda masih diberi peluang untuk bernafas lagi hingga saat ini. Kumpul pahala banyak-banyak. Jangan disiakan masa yang diberikan kerana masa yang diberikan buat kita juga ialah salah satu rezeki buat kita."
"Abang tak boleh tinggalkan Imelda. You need to stay with me. Forever."
"InshaaAllah."
"Janji."
Aku menggeleng perlahan di atas dagunya. Bukan hak aku untuk berjanji perihal begitu.
"Tak boleh janji, sayang. Abang tiada kuasa untuk tentukan semua itu." Lirih suaraku berbunyi.
"Tapi Imelda nak ada anak dengan abang. Imelda nak besarkan anak kita dengan abang."
"Jika diizinkan-Nya, kita akan berusaha lagi, ya? Dah. Shh.." tidak henti usapan dihulurkan buatnya itu.
"Dont leave me."
"InshaAllah, I will try, sayang." Pelukan dileraikan olehku tapi dia sudah lekas menghalang.
"Dont let me go. "
"Kita makan dulu. Badan sayang makin susut. Macam mana nak ada anak kalau badan makin kurus. Hm? " Pipinya dielus sayang. Air mata dikesat lembut.
Esakannya makin galak kedengaran. Makin banyak mutiara jernih keluar dari tubir mata.
Aku hanya mampu senyum kelat sambil tidak henti cuba memujuknya.
"You are the sweetness of my bitter day, Natalia Imelda. I love you with all my bruised heart. "
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...