TANGAN menopang dagu dalam anak mata tidak beralih dari persembahan kecil oleh jejaka tampan dan penuh berbakat di depan mata aku tika ini. Bibir melakar senyum lembut. Aku hanya berdiri di kaunter saja sambil menunggu pelanggan. Jarinya memetik tali gitar. Lagu Artic Monkeys yang berjudul 'Wanna Be Yours' dimainkan olehnya. Sudah pasti aku tahu bahawa Ryan juga berbakat dalam bidang nyanyian. Aku ialah penggemarnya.
Lelaki itu adakalanya akan mainkan gitar elektrik miliknya sambil bernyanyi di youtube. Suaranya enak didengari. Hinggakan aku berangan untuk memiliki lelaki sepertinya yang mampu ceriakan hariku hanya dengan senyuman, nyanyian,suara, gelak tawanya itu. Aku cintakan segalanya yang dia ada. Tiada cela walaupun aku tahu tiada manusia yang sempurna.
"Hello? Miss, I nak order ni."
Aku tersentak sejurus kembali berdiri tegak. Tidak perasan akan kehadiran pelanggan di depan mata. Senyum manis aku hulurkan buatnya sebagai maaf. Seorang lelaki separuh umur yang berpakaian penuh mewah berdiri di hadapan kaunter.
"I am really sorry." Kepala menunduk sekali sebelum diangkat semula.
Lelaki tersebut membalas senyum aku. "It is okay. I can see your eyes can't get off from him." Dia mengerling sekilas ke arah Ryan yang menjadi pusat perhatian beberapa pelanggan yang hadir. Semuanya tampak kagum dan ada juga yang mengeluarkan telefon sendiri untuk merakam nyanyian suara indah dan maskulinnya itu.
Mata aku membundar separa. Janggal. "W...Why are saying that?"
Dia tertawa. Cermin mata di pangkal hidungnya yang hampir terlorot jatuh itu dibetulkan.
"Your eyes seemed to glow at the sight of him. Dan dari situ, I can see that you have fallen in love with him, young Miss." Lelaki separuh umur itu senyum mengusik padaku.
Serta-merta kening aku berkemut sambil tersenyum manis. Sebegini sekali orang tua sepertinya boleh membaca air muka seorang perempuan seperti aku yang sedang dilamun cinta dan angau pada anak teruna orang. Benarlah orang tua memang lebih makan garam dulu sebelum generasi aku ini. Tapi sebaiknya, aku cuba menafikan. Andai aku jujur sekalipun, pasti tiada apa yang bakal berubah. Aku hanya mampu kagumi tanpa mengharapkan atau melakukan apa-apa.
"No... Why are you thinking of that? I'm just proud of him. He's so talented." Sebelah bahu dijongketkan.
"And you love him for that. For being so talented, right?" cantasnya laju.
Mulut aku ternganga sedikit sambil menyelitkan rambut ke belakang telinga. Berdehem seketika. Cuba meneutralkan kembali suasana antara aku dengannya sebagai pelanggan. Aku tidak mahu dan tidak berani untuk berkata lebih. Terutamanya perihal perasaan sendiri.
"So, what do you want to order?" Aku ubah topik. Sudahlah pak cik.
Lelaki separuh umur itu masih tersenyum mengusik padaku sebelum pandangannya berubah pada pandangan yang tidak dapat aku gambarkan mahupun fahami. Macam-macam lah pak cik ni. Sama saja seperti mama.
"I want a cup of hot cappucino with one slice of chocolate cake." Pesanan dibuat.
Jariku lincah bergerak menaip pesanannya di skrin komputer di depan mata yang sudah dikhaskan untuk menaip pesanan pelanggan dan juga untuk membuat kiraan.
"4.53 dollar." Aku menyatakan harga untuk kedua-dua menu yang dipesannya. Dia mula menghulurkan bayaran sebanyak 20 dollar, maka aku memberi baki yang selebihnya.
Aku sudah berura untuk melakukan tugas namun ia secara tidak sengaja terbantut tatkala melihat Ryan sudah mula mengemas barangnya. Dia sudah mahu pergikah? Lekas aku berjalan ke arahnya yang sudah memegang beg itu. Tidak bolehkah dia di sini dengan lebih lama?
"Ryan, you dah nak pergi ke?" soalku. Baru saat ini dia memanggung kepala ke arahku. Gitar elektriknya masih terbaring di atas sofa.
"Yup. Why?" Bibir bawah digigit perlahan. Segan sebenarnya ingin menyatakan tapi aku harus lakukannya juga.
"Can you please stay here for a little bit longer?"
Riak wajahnya berubah terkejut. Dia tersenyum lebar hingga menampakkan barisan gigi putihnya yag cantik tersusun. Entah mengapa, aku perasan ada sinar cahaya yang terpancar cantik melalui sepasang anak mata cantiknya itu.
"Why, babygirl? You ada nak I tolong you apa-apa ke, hm?" Begitu lembut sekali dia bertanya. Bila masa saja dia berkasar dengan aku? Tidak pernah.
Aku ketap gigi rapat. Ah! Rasa macam mahu saja aku sorokkan wajah tika ini. Nanti dikatanya aku ini manja pula orangnya. Tapi aku benar-benar mahukan dia di sini dengan lebih lama lagi. Dia pun nampak seperti tiada kerja saja.
"Tak. I just want you to stay here. If you nak more coffee pun boleh. I can give it for free."
Laju dia menggeleng sambil tangan digoyangkan tanda tidak mengapa.
"Nah. It's okay. I don't need more caffeine."
DINDING pipi digigit dari dalam apabila haruman wangian maskulin milik Ryan memasuki ruang pernafasan. Wangi. Rasa mahu mendekat dengan tubuh itu. Tapi akal segera mengingatkan agar matikan kehendak yang satu itu. Apa yang sudah gila sangat kau ni, Imelda? Saat ini, Ryan sedang berdiri di sebelah aku. Membantu aku menyiapkan pesanan buat pelanggan. Masih aku ingat yang terjadi tadi.
"Then?" soalku tatkala dia menolak penawaran aku.
Ryan mengemam bibir sekejap. "Let me help you for today. I tolong you siapkan order customer. Boleh?" tawarnya pula.
"Er.. Tak apa ke? Nanti you penat."
"It's okay, babygirl. So, boleh ke tak ni?" Ryan menyoal lagi sekali. Sekarang, aku sudah tidak kisah tentang panggilannya buatku. Lama-kelamaan, aku makin suka pula. Sedaya-upaya aku tahan diri dari tersenyum.
Kepala aku mengangguk laju. Asalkan dia masih ada di sini, aku sudah tidak kisah jika dia melakukan sebarang aktivit sekalipun. "Of course. Come. You simpan barang you dalam office I. Nanti letak sini, hilang pula." Aku menggamitnya untuk ke arah pejabat atau bilik persendirian aku untuk melakukan kerja berkenaan hal kafe.
Dapat aku rasa derap kakinya membuntuti aku dari arah belakang. Aku melangkah ke arah pejabat atau lebih dikatakan bilik aku untuk melakukan kerja. Disitu jugalah ruang untuk aku menunaikan ibadah adakalanya. Pintu bilik ditolak sebelum suiz lampu dihidupkan.
"You letaklah dekat mana-mana pun. Balik nanti, you ambil balik," arahku lembut.
Ryan memasuki bilik itu manakala aku sekadar bersandar di depan pintu yang terkuak luas agar tidak timbul sbarang fitnah. Usai meletakkan segalanya, kami ke sudut untuk menyediakan pesanan. Dapur kecil saja yang berhadapan dengan pelanggan iaitu di kawasan yang terbuka. Apron yang tersadai di tempat penyangkut pada pintu stor, aku ambil lalu diberikan kepada Ryan.
"You pakai apron ni tak apa kan? I takut comot baju you nanti," ujarku.
"Sure." Tangannya menyambut huluran aku.
Disarung ke tubuh tegapnya yang berbalut baju-T putih longgar itu.Tali apron diikat kemas di pinggang. Apron kafe aku seperti ingin memasak. Bukan separuh iaitu hanya dibahagian bawah saja.
Dia memandang aku yang masih belum memakai apron. Keningnya berkerut seketika sambil tersengih.
"Wait. Ini bukan ke merch Haz? You sempat beli, Imelda?" Matanya naik semula pada wajahku.
Aku pandang sekilas baju-T yang tersarung di tubuh. Terus bibir mengukir senyuman lebar. Sudah aku bilang banyak kali bahawa aku amat meminati penulis itu. Jadi haruslah aku berperang menjadi orang terawal yang membelinya dengan berpuluh ribu lagi peminatnya yang lain. Peminat yang kebanyakkannya terdiri dari kaum perempuan. Itu sudah semestinya.
"Oh,yah. I sempat berebut di antara 100 orang yang terawal. Alhamdulillah. Sebab dia hanya keluarkan 100 helai saja kan untuk first batch ?"
YOU ARE READING
Ryan's Queen | COMPLETED
Romance[COMPLETED] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Tidak saling mengenali. Tidak juga saling mengetahui akan kewujudan masing-masing. Namun disebabkan sebuah konsentrasi, buatkan mereka bertemu secara realiti. Hingga berjaya mencamba...