BAB 48 RYAN'S QUEEN

6.7K 337 9
                                    

TANGISAN Imelda memenuhi ruang bilik tersebut. Malangnya aku masih tidak berdaya untuk mendekati insan yang telah berura ingin mengelar leher mulusnya itu.

"Haz.. Please.. Explain.." rayunya dengan pipi yang basah.

Rambutnya yang tidak sempat ditutup dengan tudung itu membuatkan aku rasa serba salah. Manakan sempat untuk ditutup tatkala sudah disergah tanpa disangka.

"Jangan menangis lah, perempuan! Basah lengan aku." Garang suara itu menempelak.

Oleh kerana kedudukannya yang memeluk leher Imelda dari belakang menggunakan sebelah lengannya yang memegang pisau, menyebabkan air mata isteriku jatuh ke lengannya.

"Siapa suruh kau peluk dia? Tak cukup Tyara, kau nak peluk adik ipar kau sendiri?!" Jerkahku.

Dia mendesis.

Aku perasan riak wajah Imelda berubah bingung dan jelas meminta penjelasan daripadaku. Tapi semestinya bukan sekarang waktunya yang tepat.

"Abang akan explain nanti, Melda. Dont worry." Julat suaraku direndahkan buat Imelda kerana tidak mahu dia meraguiku.

"But she cant beat my Tyara." Insan di belakang Imelda kembali bersuara.

Atau sebenarnya, namanya ialah Rayden Dennis. Itu ialah nama sebelum dia memeluk Islam. Nama mualafnya ialah Hafiy Qawish. Indah bunyi dan sebutannya. Dan aku percaya dia memang lelaki yang baik.

Tapi hanya kerana dendam dan benci, dia berubah melakukan perkara yang keji.

Semua maklumat tentangnya aku perolehi daripada Tyara, bekas isterinya. Tidak sepenuhnya dan masih ada yang bersisa seperti nama ibu kandungnya masih tidak aku ketahui dan juga tempat dia disembunyikan dulu.

"Then, let go my woman." Keras, nada suaraku.

"No. "

"Kau nak apa, Ray?"

"You."

Keningku berkemut.

"For what? Why?"

"Kau kena mati. Darah yang mengalir dalam badan kau itu darah insan yang aku paling benci. Disebabkan dialah, aku dijaga oleh orang asing. Orang yang bukan melahirkan aku! Yang bukan kandungkan aku! " lantang suara itu bergema.

Kepalaku tergeleng kiri dan kanan. Lupakah dia bahawa darah yang mengalir dalam badannya juga ialah dari insan yang sama dia katakan?

"Kita hasil dari benih orang yang sama, Ray. We are siblings. Aku adik kandung kau kerana bapa kita sama. Kita tiada beza pun." Bibirku mengernyih ke atas.

"Tak. Kau dijaga bagaikan putera tapi aku didera bagai bukan manusia! Kita tak sama. Hidup kita tak sama. Cara kita dibesarkan tak sama."

Baru kali ini aku berani untuk melangkah setapak. Jujur katakan, aku bukanlah takut terhadapnya cuma aku bimbang jika aku terus bertindak melulu, Imelda yang bakal menjadi mangsa.

Tuhan tahu seberapa berharganya wanita yang aku gelarkan isteri dan permaisuri hidupku itu buatku. Tidak boleh ada secoret pun luka ditubuhnya.

"Jadi, kenapa kau cari aku? Why you want to kill me? Aku tak bersalah. Yang bersalah adalah mereka kerana mewujudkan kau pada waktu yang tak tepat bersama orang yang tidak tepat. Bukan salah aku."

Kedua belah tangan diangkat separa bahu dengan gaya penuh selamba. Gaya penjahat yang tidak mengaku bersalah.

Walaupun aku bukan penjahat. Aku hanyalah dijadikan mangsa ketidakpuasan hati seorang Rayden Dennis.

Alasannya itu sangat tidak masuk akal buatku. Ianya langsung tidak berkait denganku kerana itu semua ialah tindakan yang dibuat oleh kedua orang tuanya sendiri.

Aku tidak terlibat sama sekali. Tapi mengapa aku pula yang harus dijadikan mangsanya?

Dadanya berombak ganas dan tanpa sempat dijangka tindakannya, leher Imelda dikelar dengan kasar sebelum tubuh genit itu jatuh menyembah bumi seiring dengan jeritan yang bergema.

"Imelda!" Lantangku menyeru.

Titisan cecair merah mula jatuh ke lantai. Membuatkan aku tergamam untuk seketika.

Dengan perasaan yang berkecamuk dan rahang yang sudah tegang, aku mendekati Rayden lalu wajah itu ditumbuk berkali-kali di depan tingkap kamar yang luas terbuka.

Tebakanku, pasti dia masuk ke kamar ini melalui situ. Khilafku kerana tidak berwaspada terlebih dahulu. Membiarkan saja Imelda seorang diri melulu tanpa memastikan keselamatannya terlebih dahulu.

"Tak guna!"

Satu tumbukan hinggap diwajahnya. Tidak sempat dia ingin membalas, aku sudah melayangkan tumbukan di wajahnya bertalu-talu tanpa sebarang ehsan.

Sungguh aku tidak kisah tentangnya sekarang ini. Dalam kepalaku, Rayden memang layak untuk dapat semua ini.

Seoalah dia bukan abang kandungku. Umpama orang asing yang memberi alasan tidak masuk akal untuk merosakkan rumah tangga dan kebahagian yang aku cipta hingga sirna.

"Kau sentuh isteri aku!" Tumbukan seterusnya dan diterukan tanpa henti tanpa aku dapat mengawal diri

"Kau cederakan isteri aku!"

"Jantan tak guna!"

"Sumpah, aku takkan maafkan kau, Rayden!"

"Pergi mampus!" Serentak itu, tubuhnya ditolak jatuh dari tingkap menjunam ke tingkat bawah.

Naik turun dadaku melihat sekujur tubuhnya yang sudah terbaring lemah di atas jalan tar itu. Tidak aku pasti sama ada dia masih bernyawa atau tidak. Tapi yang aku akan pastikan saat ini ialah keadaan Imelda, isteriku.

Sontak, aku berpaling ke belakang untuk melihat keadaannya.

"Sayang.." duduk melutut di depannya.

Tubuh genit itu terduduk longlai di atas lantai. Lehernya yang dikelar tadi dipegang kemas.

Lantas, aku melucutkan baju di tubuh dan diletakkan ke lehernya untuk menyekat darah dari terus mengalir.

"Sayang tahan sekejap saja. Abang bawa ke hospital, ya?"

Bingkas aku bangun untuk menyarungkan baju yang baru ke tubuh. Terpaksa aku menggunakan baju sendiri untuk menyekat pengaliran darah Imelda selain menggunakan kain yang lain.

Sekembali saja di depannya, mata indah itu sudah berubah kuyu. Dahinya berpeluh. Wajahnya berubah pucat tidak berdarah. Suhu tubuhnya juga menurun. Semakin sejuk yang aku rasakan apabila kulit kami bersentuhan.

"Please.. Hold on, darling.. Imelda kena kuat. My queen must be strong like her king." Bisikku sambil mencempung tubuhnya.

"Shhh.. Tahan sekejap saja, sayang." Air mataku sudah mengalir deras. Tidak dapatku tahan lagi melihat seraut wajah yang tampak tidak bermaya itu.

Laju kereta dipecut membelah jalan raya. Tidak dihiraukan bunyi hon oleh pengguna jalan raya yang lain. Hanya Imelda yang menjadi keutamaan aku saat ini.

Doa tidak berhenti aku panjatkan pada si Ilahi ketika dalam keadaan yang gentir seperti ini.

"Ya Allah, bantuilah aku Ya Allah. Selamatkan isteriku. Tolong, Ya Allah. " terhinggut bahuku menahan esakan dari berterusan.

Air mata yang berjujuran di pipi, aku kesat dengan kasar. Apabila melibatkan Imelda, mudah saja aku menjadi seorang lelaki yang lemah.

Natalia Imelda saja kebahagiaan yang aku miliki sekarang ini. Jangalah Tuhan menarik nyawanya disaat aku masih belum bersedia.

Walau sekadar satu kecederaan ditubuhnya, tapi itu sudah cukup membuatkan hatiku meronta-ronta kegilaan dek kerana bimbang torehan terkena ke urat nadi.

Di mana, boleh menyebabkan kematian. Itulah yang perkara yang paling aku bimbangkan.

Sangat.







Adakah permintaan awak untuk happy ending akan tertunai?

Sama-sama kita nantikan. Saya pun tak tahu :>

Ryan's Queen | COMPLETEDWhere stories live. Discover now