BAB 35 RYAN'S QUEEN

7.2K 341 2
                                    

SINARAN yang terus menembus memasuki retina mata, menyukarkan aku untuk mencelik sepenuhnya. Terasa pedih apabila aku cuba mencelikkan mata setelah lama tidak sedarkan diri.

Berkali mata dikedipkan sebelum akhirnya pandangan aku sudah mulai jelas dan hanya disapa dengan warna putih. Siling putih.

Biarpun ini merupakan kali pertama aku berada di tempat sebegini, aku sudah dapat mengecami di mana keberadaan aku saat ini. Salah satu tempat yang aku paling benci sejak kecil lagi.

Iaitu hospital.

Tempat yang selalu menempatkan aku setiap kali ditimpa kemalangan sejak kecil kerana aku seorang yang cuai orangnya. Sering terbabit dengan kemalangan tidak kira kecil atau besar.

Mujurlah masih sempurna sifat fizikal dan dalaman aku hingga ke hari ini.

"Imelda.."

Aku menoleh ke kanan bagi melihat gerangan yang menyeru namaku.

"Mama.."

Wajahnya lencun dengan air mata. Hidung dan tubir matanya merah seakan baru saja lepas menangis. Dia mendekati aku yang masih terbaring di katil.

Sudah pasti aku tahu punca dia menangis. Aku masih ingat perkara terakhir yang terjadi sebelum aku pandangan aku menjadi gelap serta merta.

"Kenapa Melda tak beritahu mama dan papa, sayang?"

Riak wajah aku kosong saja. Langsung tidak memaparkan sebarang rasa di dada. Seketika, telapak tangan kanan naik menyentuh perutku. Masih adakah nyawa si kecil di dalam ini?

"Baby Melda ada lagi ke, ma?" Soalku tidak bernada.

Esakan mama makin jelas kedengaran. Sudah tentu jawapan bagi persoalan aku itu bakal menghampakan dan menyakiti aku.

Bibirku melorek senyum tipis. Aku tidak boleh bersedih walau hanya sementara saja aku berpeluang merasai kehadirannya. Kerana dia telah menanti di syurga sana.

"Haz mana, ma?"

"Haz solat."

Sampuk satu suara yang hadir dari belakang. Tidak lama kemudian, batang tubuh papa mula kelihatan. Riak wajahnya juga turut bersimpati.
Bahu mama, ditarik lalu dipeluknya erat.

"Melda tak sedih?" Papa seakan terkilan apabila melihat wajah tenang aku.

Gilalah jika aku tidak sedih.

Aku tidak meroyan seperti orang tidak waras. Aku tidak menangis bagaikan tidak menyayangi darang daging sendiri. Tapi aku bukanlah insan yang suka menunjukkan tangis aku di hadapan keluarga sendiri.

"I need my husband."

Sedari tadi, segala persoalan yang diajukan oleh kedua orang tua aku langsung tidak dijawab. Bagaimana aku mahu menjawab jika suara aku bakal kedengaran serak dek kerana menahan tangisan nanti?

"Tolong panggilkan Haz kalau dia habis sol-"

Belum sempat aku habiskan bicaraku, pintu wad sudah terkuak dari luar. Mata aku naik pada gerangan yang memasuki.

Sebaik pandangan aku dengannya bertamu, laju saja kakinya mendekati aku. Seraya itu, mama dan papa juga keluar untuk memberi ruang privasi kepada aku dan Haz.

Tubuhku ditarik ke dalam pelukan gagahnya. Sekelipan, bahunya terhinggut setelah esakannya menyentuh hujung telinga.

"Baby dah tunggu kita di syurga dulu, Haz."

Tubir mata aku mula terasa panas. Saat bersama dengan Haz saja air mata aku terlalu mudah untuk tumpah. Kerana hanya dia insan yang memahami aku tika ini. Dia yang sentiasa bersama aku, yang melarang aku, yang memantau aku.

Ryan's Queen | BAKAL TERBITWhere stories live. Discover now