Kereta milik Syaza membelok ke satu lorong. Sebuah rumah kayu berdiri teguh.
"Dah jom,kita dah sampai." Kata Syaza.
Aku keluar sambil memerhati kawasan kampung Syaza ini. Syaza mengeluarkan beg aku dan dia.
"Kenapa? Nak balik Indonesia semula?" Tanya Syaza. Aku sekadar menggeleng.
"Hah sampai pun. Tercegat apa lagi tu meh la masuk ajak kawan kamu tu sekali." Panggil satu suara.
Syaza menyalami wanita itu diikuti aku.
"Nie Aulia kan? Ni mak Syaza. Jemput la masuk. Panas dekat luar ni." Kata ibu Syaza,Puan Suraya.
Kami melangkah masuk. Syaza terus menarik aku masuk ke biliknya.
"Ha Aulia rehat la dulu nanti kita makan tengah hari." Kata Puan Rohaya dari luar bilik.
"Baik makcik." Kata Aulia. Dia memerhati sekeliling bilik Syaza.
"Kau kenapa? Bilik ni bukan macam bilik kau. Nanti pasang ubat nyamuk." Pesan Syaza.
Aku sekadar mengangguk dan baring di atas katilnya. Entah bila aku terlelap.
*********
"Cepatlah weyh." Laung Syaza dari luar bilik."Kejaplah." Kataku yang masih belum siap. Aku keluar mendapatkan Syaza.
"Nak pergi mana ni?" Tanyaku setelah pakai selipar.
"Pergi kedai kejap. Nak beli ice cream." Balas Syaza. Aku mencebik.
Kami berjalan beriringan menuju ke kedai.
********
"Aduh!!" Sebiji bola menghentam tepat tepat atas kepala Aulia. Terduduk kawan tu dibuatnya.
Syaza mencangkung di sisi Aulia yang sudah hangin satu badan. Kesian pada kawan baiknya. Entah siapalah bermain sehingga bola melantun ke luar kawasan.
"Nasib kepala kau keras Lia. Kalau tak mau ada kesan benjol kat situ." Kata Syaza.
"Ye. Nasib baik aku dilahirkan dengan kepala yang tahan lasak ni. Siapa punya kerja ni?! Dengki sungguh pada aku yang comel ni." Gerutu Aulia.
Seorang pemuda berlari ala ala pelari marathon menghampiri mereka berdua. Dia bercekak pinggang sambil memandang kedua dua gadis itu.
Syaza membantu Aulia bangun. Aulia menyapu kotoran yang melekat pada belakang seluarnya.
"Assalamualaikum." Siap bagi salam tu.
"Waalaikumussalam."
Aulia menjeling tajam pemuda itu. Dia pandang pemuda itu atas bawah. Sah! Memang sah! Sahlah bola yang kena kepala dia milik pemuda depan matanya itu.
"Sakit ke?" Tanya pemuda itu. Jarinya ditundingkan pada kepala Aulia.
Sengal punya mamat. Boleh pula tanya soalan bodoh tu. Tak sekolah ke?!!
"Taklah! Sedap sangat. Teringin nak kena lagi." Perli Aulia sinis.
"Oh! Baguslah kalau bola tu sedap kena kepala cik adik ni. Tak perlulah saya risau." Pemuda itu ketawa kecil.
Kurang asam jawa betul! Boleh pula dia ketawa sakan. Aulia baru perasan yang bola mamat tu ada dekat tangan dia. Aulia memalit senyuman di bibir.
"Awak nak bola yeee?" Tanya Aulia.
" Ye lah cik adik oiii!!" Apasal minah ni sengih semacam je aku tengok.
"Lia.. sudah la tu. Maafkan je." Bisik Syaza.
"Kau tepi Syaza. Aku nak ajar mamat sengal ni."
"Lia ni kampung aku ni Lia. Tak pasal lagi dua tahun baru aku boleh balik Lia." Syaza cuba memujuk.
Termakan juga Aulia dengan kata kata Syaza.
"Cik adik... Bola saya." Kata pemuda itu.
"Ambiklah!" Kata Aulia sambil melontar bola itu kepada pemuda tersebut.
"Syaza jom!" Ajak Aulia seraya menarik tangan Syaza. Mereka melepasi pemuda tersebut dan menyambung perjalanan ke kedai.
********
Zafran Mikhael selamat sampai di rumah. Kepulangannya disambut oleh mama tercinta. Datin Insyirah memeluk anaknya dan memberi ciuman di pipi.
"Khael mama nak bagitahu something ni. Mama harap sangat yang anak mama ni kah..."
Dato' Ikram cepat cepat menghalang isterinya kerana terlalu awal untuk diberitahu kepada Mikhael. Dia memberi isyarat agar senyap.
Datin Insyirah menarik tangan anaknya ke dapur. "Jom pergi makan,sayang. Mama masak special hari ni."
Mereka sekeluarga menjamu selera bersama.
*********
Datin Insyirah mengetuk pintu bilik anaknya."Yaa masuklah." Kata Mikhael
"Hmm mama nak bagitahu. Esok.. hmm.. Khael ada nak pergi mana mana tak?" Tanya Datin Insyirah
"Tak ada. Duduk rumah je. Kenapa?" Balas Mikhael.
"Mama dan papa ada rancangan esok." Kata Datin Insyirah. Mikhael hanya mengangguk.
"Okaylah good night." Lantas dia meninggalkan kamar anaknya.
26/5/23
:D jangan lupa vote. Nah bunga. ^ ^
( • •)
(. >🌹
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...