BAB 7 🌹

226 6 0
                                    

Petang itu Syaza dan Aulia pergi ke rumah rakan mereka yang mahu menjual kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Petang itu Syaza dan Aulia pergi ke rumah rakan mereka yang mahu menjual kereta. Urusan jual beli kereta akhirnya berjaya diselesaikan. Aulia membayar secara tunai kereta yang dibelinya.

"Malam ni kita celebrate nak?" Tanya Aulia.

"Nak pergi mana lagi kau ni?" Balas Syaza malas.

"Lepas kita makan kita pergi karoeke! Saja nak lepaskan tekanan." Aulia buat buat gembira walaupun hatinya masih sedih. Cadangan mummynya tidak luput daripada ingatan.

"Cun!!"

"Nanti naik kereta aku yaa."

"Okehh!!"

                         **********

Syaza dan Aulia masuk ke pusat karaoke. Namun nasib tak menyebelahi mereka. Semua bilik penuh. Setelah penat mencari,akhirnya mereka terjumpa satu bilik kosong.

"Weyh Lia bilik ni mahal sikit. Satu lagu dua ringgit.."

"Tak pe lah aku yang nak nyanyi. Lagipun besar sikit bilik ni. Kau tunggu sini aku nak gi bayor."

Syaza duduk menunggu. Setelah 10 minit Aulia tak muncul muncul.

"Hisyy Lia mana kau nihh.. aku nak hi toilet tak tahan dah nih."

Boleh saja dia hubungi Aulia. Tapi dah terdesak sangat apa pun tak leh fikir..

"Ahh lantak lah. Lambat sangat Lia ni dia bayar ke buat bilik karaoke nih!"

Dia terus pergi setelah menyorokkan beg tangannya di celah sofa.

                      ***********

"Bilik ni kosong! Apa lagii jom redahh!!" Ayyan menjerit.

"Jap aku gi bayar dulu." Ujar Mikhael.

Di saat Mikhael ingin ke kaunter Ayyan berteriak. "Aku rasa customer sebelum ni tak habis main lagu. Aku set lagu boleh je."

"Haah lah. Tapi aku nak keluar gi beli makanan."

Saat Mikhael melangkah keluar. Dia terserempak dengan Syaza.

"Kau?" Sudah dihafal wajah Mikhael.

Mikhael juga tergamam. Macam kenal.

"Kau bukan mamat kena mandi dengan kawan aku tu ke?"

Mikhael terdiam. Baru dia teringat. Ni kan kawan gadis tu. Tiba tiba Aulia datang sambil menjinjit plastik KFC.

"Syaza kau kenapa tak masuk lagi?" Tidak perasan kehadiran Mikhael disitu. Bila dia perasan Syaza hanya diam. Dia pandang Syaza dan Mikhael.

"Kau lagi?" Terkejut beruk dia.

"Kalau saya lagi pun kenapa?" Lembut nadanya.

"Eh malas la nak layan. Jom masuk Syaza."

Mikhael menghalang. "Awak ni tak malu ke ceroboh tempat orang?"

Mungkin perang kedunia keempat bakal terjadi.

"Excuse me.. kitaorang ceroboh?! Kau ni apahal?" Kemarahan dia makin bertambah apabila melihat Ayyan rancak menyanyi. Menari pula tu!

"Kenapa dia menyanyi?! Saya yang bayar!" Naik hantu dia.

"Syaza kau pergi mana sampai mamat ni sesat masuk sini?"

"Aku gi tandas. Tunggu kau lamaa."

Aulia memandang Syaza sejenak dan kembali memandang Mikhael.

"Tolong beredar." Ujar Aulia.

"Kitaorng sampai dulu. Awak yang patut blah sekarang ni."

"Hello!! Awak yang handsome lagi comel. Kau tak nampak ke handbag kitaorng dekat situ? Maksudnya kitaorng datang dulu!" Aulia menunding kearah beg mereka.

"Kawan saya menyanyi dulu."

"Mana boleh! Kawan kau menyanyi tu guna duit aku tahu tak!" 

Ayyan tiba tiba terpandang ke luar. Sempat meletakkan microfon ke tempat asal.

"Kenapa ni ada masalah ke?"

"Memang ada masalah kenapa korang rampas tempat kitaorng."

"Tapi kitaorang menyanyi dulu." Ayyan membela. Syaza mula naik angin. "Hey! Tak malu ke rampas tempat orang!"

"Alah tempat karoake je. Cuba la bergaduh sebab nak dapat tempat dekat masjid. Nak menyanyi sangat aurat tahu tak?" Sengaja Ayyan menyindir.

"Elehh orang yang bercakap pun apa kurangnya?" Syaza membalas.

Sekarang,Ayyan dan Syaza pula yang bergaduh. Aulia dan Mikhael bingung memerhatikan mereka.

"Macam inilah. Kita kongsi... Senang cerita." Mikhael memberi cadangan.

Bertambah berapi Qaseh Aulia. "Kongsi? Tak nak! Aku taknak kongsi dengan lelaki murahan ni!"

Mikhael terasa. Padahal,dialah yang menggelarkan Aulia begitu. Dia juga nak angin. Tajam matanya merenung Aulia. "Kongsi!"

"Tak mahu!"

"Kongsi!"

"Kongsi je lah beb." Syaza menyelit.

"Eh,kau sokong dia? Aku kata tak nak tak naklah! Tak faham ke?"

Mikhael hilang sabar. "Saya cakap kongsi,kongsi ajelah!! Apa payah sangat ni?"

Aulia menggeleng geleng laju. "Taknak!"

Namun apabila semakin ramai memerhati. Aulia mengalah akhirnya.

09/06/23

Dah JodohWhere stories live. Discover now