BAB 13 🌹

283 10 0
                                    

"Cantik gaun biru awak." Mulut Mikhael memuji tapi dalam hati mengutuk. 'macam mana nak keluar dengan minah ni.. dah macam blue hippo je.'

Aulia membalas dengan senyuman apabila dipuji. 'macam mana mummy dengan daddy boleh paksa aku kahwin dengan lelaki macm ni.'

Mikhael berpaling ke arah Dato' Muiz dan Datin Airis. "Uncle auntie saya minta diri dulu ya? Jom Qaseh." Saja Mikhael panggil Aulia dengan panggilan itu.

Lebar senyuman Dato' Muiz dan Datin Airis. "Lia.. pergilah."

Aulia pergi menuju ke arah kereta bakal suaminya.

                     ***********

Sepanjang perjalanan Mikhael dan Aulia hanya mendiamkan diri. Sempat menjeling jeling.

Mikhael mencebik. 'kalau ikutkan hati nak je aku campak blue hippo kat tengah high way nie."

Aulia mengukir senyuman olok olok. 'nak je aku patahkan gigi mamat ni. Pandang pandang aku pulak.'

Mereka akhirnya tiba di destinasi. Restoran Ala Thai.

Disebabkan sudah biasa dengan fizikal yang kurus, Aulia terlebih yakin untuk melalui laluan yang sempit. Akhirnya punggungnya tersekat di antara kerusi dan meja pengunjung. Namun, pengunjung itu langsung tidak berganjak. Malah ketawa bersama rakannya.

Hampir semua pengunjung dalam restoran itu mentertawakannya.

"Eh tak muatlah.. Zafran Mikhael!! Tolong saya kejap." Aulia memanggil bakal suaminya yang laju meninggalkannya.

Mikhael yang pada mulanya mahu mengabaikan Aulia berasa serba salah. Dia berpatah balik dan meminta pengunjung itu untuk bangun sebentar.

"Terima kasih ya cik adik semua." Mikhael tersenyum. Hampir terkeluar gigi jongang palsunya.

Pengunjung wanita itu terbahak bahak. Lalu dia berkata pada kawannya. "Jongang beb.."

Mikhael tahan geram. 'kalau la kau tahu aku hensem bila buka gigi ni.'

"Duduklah.." Mikhael mempelawa Aulia.

Aulia tersengih.. "Saya rasa ermm saya tak muatlah duduk dekat kerusi ni .. hmm boleh tak tolong ambil kerusi yang tiada tempat tangan ni?"

Mikhael menggeleng. "Waiter!"

Seorang pelayan lelaki menolong Mikhael mencari kerusi untuk Aulia.

Selepas mendapat kerusi. Mereka berdiam diri. Hanya diperhatikan oleh orang orang sekeliling yang tidak henti henti mentertawakan mereka.

Aulia terdengar kutukan dari gadis gadis di sebelah mejanya.

"Tengok tu boyfriend dia hodoh,perut boroi. Perempuan tu lagi lah besar."

Aulia hanya tersenyum. Sekurang kurangnya bukan dia seorang sahaja ditertawakan malah Mikhael juga.

Seorang pelayan lelaki menghampiri mereka untuk mengambil order. Mikhael  menghalau selepas mereka hanya memesan air.

"Kenapa awak suruh waiter tu pergi?"

Mikhael menyindir. "Patutlah badan besar. Nantilah saya tak nak makan sekarang." Dia memperbetulkan gigi palsunya dan tidak berasa selesa makan sesuatu menggunakan gigi palsu yang besar itu.

Keadaan kembali menjadi sepi. Masing masing tidak berbual.

11/08/23 Sorry lambat update hehe..




Dah JodohWhere stories live. Discover now