Aulia mula melangkah keluar dari biliknya ke ruang tamu ditemani Syaza.
Banyak mata memandang mereka,termasuk si dia.
"Amboi pengantin lelaki kalau tak sabar pun tutup la mulut tu." Ujar tok kadi.
Mikhael menutup mulut dan senyum malu..
Sebelum majlis akad dimulakan,sempat tok kadi memberi khutbah tentang pernikahan. Seketika kemudian,Mikhael berjabat tangan dengan Dato' Muiz.
"Zafran Mikhael bin Ikram."
"Ya saya."
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Qaseh Aulia binti Muiz dengan mas kahwin senaskhah al Quran."
Aulia berdebar menanti jawapan bakal suaminya..
"Aku terima nikahnya Qaseh Aulia binti Muiz dengan mas kahwin senaskhah al Quran."
Seluruh ruang di ruang tamu dipenuhi ucapan sah dari para saksi. Rasa sebak mula bertamu di dada. Air mata mula berjurai di pipi. Tangan diangkat untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh tok kadi.
Selesai doa dibacakan. Mikhael mula melangkah ke arah Aulia. Aulia mula berdebar.
"Assalamualaikum isteriku." Ucapnya.
"Waalaikumussalam." Jawab Aulia malu malu.
Mikhael tersenyum. Dia menyarungkan cincin ke jari Aulia,tiba pula giliran Aulia untuk menyarungkan cincin ke jari Mikhael.
Tangan Mikhael dikucupnya, kemudian giliran Mikhael mencium dahi Aulia.
"Ok jangan gerakk." Ucap Ayyan selaku photographer tak berbayar mereka.
Kemudian sesi bergambar dimulakan.
**********
Malam sudah berlabuh. Kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu.
"Ha Lia bawa suami kamu ni masuk ke bilik."
"Tapi pa. Awal lagi ni." Bantah Lia sambil menjeling ke arah Mikhael.
Mikhael pun mengangguk tapi mulutnya tidak.. dia menguap di situ.
Aulia menjegil.
"Ha tu menguap dah suami kamu tu. Pergi bawa dia naik atas." Ujar mama pula.
"Ye la. Jom."
Sampai di bilik Aulia mula membahagikan ruang tidurnya.
"Awak jangan lepas dari kawasan ni ya?"
"Ala apa salahnya? Kita kan dah halal." Mikhael tersenyum miang.
"Ah takde² awak jangan lepas ni faham."
"Ye la cik isteri. Boleh saya tidur sekarang?"
"Tidur la encik suami." Aulia mula tidur membelakangi Mikhael. Tiba tiba dia teringat kan pesanan mamanya.
Flashback
"Nak jadi isteri baik ni senang je. Patuh je arahan suami. Lepas tu jangan tidur membelakangi suami. Kalau rajin eh memang kena rajin buat air sebelum suami tu nak tidur okay Lia?"
"Insya Allah ma."
End of flashback
Aulia memusingkan badannya menghadap Mikhael."Ni kenapa?" Soal Mikhael pelik.
Aulia tersengih..
"Erm mama kata kalau nak tidur tak baik membelakangi suami."
"Alolo baiknya isteri saya ni." Usik Mikhael
"Of course laa. Dah saya nak tidur. Jangan ganggu."
"Goodnight Aulia."
Tbc
15/12/23
Bagi la 5 vote 😌
Thanks sudi bacaaaa 💗
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...