"Siapa ni?" Soal Datin Airis keliru.
"Eh Kael.. Meh la sini." Pelawa Datin Insyirah. Mikhael berlalu duduk di sebelah mamanya.
"Maaf la ni anak saya,Zafran Mikhael." Kata Dato' Ikram.
Aulia yang mendengar nama itu berpaling ke arah jejaka itu. Lalu..
"AWAK!!?!?" jerit kedua bakal pengantin itu.
"Korang kenal ke?" Tanya Dato' Muiz.
"Ya" jawab Mikhael
"Tak" jawab Aulia.
"Mana satu korang ni?" Soal Dato' Ikram pula.
"Kitaorang kenal gitu gitu je." Jawab Mikhael.
"Ma-macam mana anak you boleh jadi macam ni?" Soal Datin Airis.
"Itu la.. saya nak bincangkan. Hari tu dia pergi menyamar."
"Geramnya saya."
"Maafkan saya auntie Airis." Ujar Mikhael
"Lia kamu pun menyamar juga kan?" Soal Datin Airis.
"Ya.. maafkan Lia auntie Syirah."
"Betul ke ni anak you Muiz?" Soal Datin Insyirah curiga.
"Ya ni anak aku."
"Baiklah.. sekarang apa kita nak buat ni?" Soal Dato' Ikram.
"Kita perlu teruskan juga perkahwinan ni!" Tegas Dato' Muiz.
"Ya.. kalau begitu esok kita tempah baju kahwin cepat cepat." Kata Datin Airis.
"Betul cakap you Airis."
Aulia hanya menunduk memandang lantai. Mikhael turut senyap.
*******
Rancangan perkahwinan berubah apabila Aulia hendak tunang dahulu. Mikhael juga setuju jadi hari ni hari pertunangan seorang Zafran Mikhael dan seorang gadis bernama Qaseh Aulia.
Pelamin dipandang tanpa rasa. Hari ni dia ibarat seorang manusia yang memakai topeng.
Dia mengambil tempat di pelamin. Tidak ramai tetamu yang dijemput oleh kedua dua pihak.
"Heyy Lia" tegur Syaz.
"Ya"
"Kau okay? Relax mesti kau nervous kann."
"Kau nampak aku nervous ke?"
"Ohh tak ehh?"
"Hmm btw thank you sebab datang."
"No problem."
Keluarga Mikhael sudah tiba.
"Cantiknya Lia." Itu komen pertama Datin Insyirah terhadap Aulia. Aulia tersipu sipu malu. Semua mata memandangnya. Mata digerakkan mencari wajah seseorang. Tiba tiba ada suara dari belakang.
"Cari saya ke cik tunang?"
"Ya Allah.. terkejut laaa."
"Alalala nyomel je dia ya terkejut.."
"Eh eh lebih lebih pulak kau ni."
"Apaa? Tak dengar. Ulang balik."
"Lebih lebih pulak kau ni?" Ulang Aulia.
"Amboiii sedapnya bahasa dia."
"Kenapa?" Soal Aulia keliru.
"Saya ni tunang awak.. ada ke panggil kau. Tak sweet betul la."
"Ala tunang je pun bukan suami." Balas Aulia.
"Ehhh dah fikir pasal kahwin rupanya.." Usik Mikhael.
"Mana ada" nafi Aulia malu..
"Elee cuba gitau saya kalau lepas kahwin awak nak panggil saya apa.. abang? honey? sayang? anje?"
"Euww tolong sikit ehh."
"Whyyy sweet apaa"
"Nonsense"
"Hoi! Bakal pengantin jangan sweet lama lama. Jom tangkap gambar." Celah Ayyan.
Memerah muka Aulia. "Jom" ajak Mikhael.
6/10/23
Vote laaa 😎
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...