BAB 30🌹

201 14 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Macam macam kerja yang Aulia tolong kedua dua orang tua perempuan dalam rumah Mikhael

"Eh... Salah cara potong tu, Aulia. Tengok nenda buat."

Aulia terpandang Mikhael sedang merakam babaknya ditegur oleh Nenda Suraya. Dia mengadu. "Tengok tu nenda.. Khael." Ditunjuk ke arah Mikhael.

Pandangan nenda tajam ke arah Mikhael yang tersengih.

"Er.. rasanya Khael dengar papa panggil la. Khael pergi dulu ya? Bye ma! Bye nenda!" Tiada nama Aulia disebut. Laju dia melangkah pergi dari situ.

                     ************

Selesai menolong Nenda Surya dan Datin Insyirah,Aulia naik ke atas.

'Urgh penatnya.' Kata Aulia yang berbaring di atas katil.

'Hmm nak mandi la.'

Sebelum dia melangkah ke bilik air,sempat dia mengunci pintu bilik. Risau Mikhael masuk tiba tiba.

Agak lama dia memanjakan diri dengan sabun sabun wangi pada badannya agar segar. Dengan langkah penuh yakin dia keluar dari bilik air dengan bertuala merah jambu sahaja. Dia mencapai pakaian di dalam bagasinya,menyelak sehelai demi sehelai.

Dia sebenarnya sama sekali tidak sedar akan kehadiran Mikhael di atas katil yang memerhati gelagatnya.

Tersengih sengih Mikhael.

"Hai Aulia.. awak tak malu ke pakai baju depan saya?"

Terbeliak dan tercengang Aulia. Mahu sahaja dia menoleh dengan muka selamba tapi... AKU PAKAI TUALA JE NI!!!

Tidak semena Mena dia menjerit sekuat hati sehingga Datin Insyirah,Nenda Suraya dan Dato' Ikram dan semua yang ada di dalam rumah itu mendengar jeritannya.

Apalagi?





Menggelabah Mikhael dibuatnya. Laju dia bangun dan menutup mulut gadis itu.

"Lia.. Syuhhh." Dia membuat isyarat senyap.

Tiba tiba pintu diketuk. Suara Datin Insyirah dan Nenda Suraya.

"Khael? Kenapa dengan Lia tu? Lia okey tak? Buka pintu ni."

Mikhael menjawab dengan nada bergurau. "Eh... Tak ada apa apa. Aulia ni ternampak lipas." Perlahan lahan dia melepaskan telapak tangan yang menutup mulut Aulia.

"Cakap la Lia.. baru orang percaya."

Aulia tidak mahu memanjangkan cerita. "Lia okay. Cuma nampak lipas je. Terkejut.!" Sempat dijeling Mikhael.

"Oh ingatkan apa tadi. Ha cepat siap. Nak sembahyang magrib pula." Kata Dato' Ikram.

Mikhael mendekati pintu biliknya,merapatkan telinga kanan pada pintu. "Dah pergi agaknya..."

Aulia berlari lari mendapatkan selimut. Sempat gadis itu melontarkan bantal peluk ke arah Mikhael.

Mikhael tersentak. "Aduh.. sakitlah Lia." Padahal tidak sakit pun,sengaja mahukan perhatian Aulia.

"Macam mana awak masuk bilik ni? Saya dah kunci pintu kan?" Bulat mata Aulia memandang Mikhael.

Mikhael tersengih sengih menghampiri isterinya.





































Tbc

12/04/24


Stay tuned. Btw selamat hari raya semuaaaa. 💗







Siapa puasa penuh tahun ni angkat kepala!!!!




Minta maaf kalau ada salah dan silap.



Sekali lagi...






Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.







Vote sikit silent reader 😙

Dah JodohWhere stories live. Discover now