BAB 1 🌹

871 12 0
                                    

Gelisah hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gelisah hatinya. Dato' Ikram mengatur langkah menuju ke arah balkoni banglo. Kelihatan wajah lelaki separuh abad itu resah. Jemarinya saling bersalaman. Terdengar keluhan seperti melepaskan sesuatu yang terpendam sejak tadi.

Lamunan lelaki itu terhenti dek suara wanita. Tetapi dia tidak mengendahkannya.

"Abang! Oh,abang!" Laung wanita yang agak berusia mencari suaminya."Mana pula dia ni?"

Dia terpandang balkoni rumah. Matanya tajam memandang seorang lelaki tua yang termenung seolah olah memikirkan sesuatu. Dia menghampiri dan menyergah suaminya.

"Abang!" Sedikit pun Dato' Ikram tidak terkejut. "Hmm... Syirah kenapa ni?" Nama manja Datin Insyirah dipanggil lembut.

"Abang tak terkejut ke?" Dato' Ikram hanya diam. Datin Insyirah mula naik angin. Seolah olah kehadirannya tidak dihargai.

"Oh.. abang fikir pasal perempuan lain ea? Kenapa nak pasang dua ke? Jangan nak mengada eh!" Dato' Ikram tersentak.

"Ehh.. kesitu pulak dia. Saya tak ada masa nak fikir pasal perempuan lainlah,Datin Insyirah oi. Dah tua pun." Datin Insyirah mencebik.

"Manalah tau kan" Dia menjeling sambil mencebikkan bibir. "Awak ni.. hisyy" Datuk Ikram menggeleng lalu duduk di kerusi. Datin Insyirah hanya memerhati tindak tanduk suaminya.

"Saya ni tengah fikir pasal perniagaan. Syarikat abang silap silap muflis suatu hari nanti." Dia mengeluh.

"Betul ke bang?!" Dia meluru ke arah suaminya lalu duduk dengan reaksi gelabah di sebelah suaminya.

"Habis tu habislah status saya bang.. Mana nak letak muka kalau jumpa datin datin lain nanti? Malulah saya bang." Datin Insyirah kelihatan resah.

"Awak fikir itu? Ini rumah ni alamatnya kita kena keluarlah. Duduk rumah setinggan ke.. huh.." Sekali lagi dia mengeluh.

Datin Insyirah tidak tentu arah. "Abang kita kena buat sesuatu ni. Er.. Syirah.." Dia bangun dan mundar mandir sambil diperhatikan Dato' Ikram. "Fikir, Syirah fikir.. "

"Awak pusing pusing ni bukan menyelesaikan masalah pun." Dato' Ikram menggeleng geleng kepala melihat kerenah isterinya.

Langkah Datin Insyirah terhenti. Matanya bertentangan dengan mata Dato' Ikram. Lebar senyumannya. "Hah apa kata kita beli rumah baru. Lepas abang muflis,kita duduk di rumah tu. Lepas tu kita guna duit simpanan kita untuk belanja setiap hari. Amacam? Okey tak?"

Dato' Ikram mengusap usap janggutnya." Itu cadangan jangka masa pendek. Saya nak cadangan masa panjang. Hmmm"

Keadaan sunyi sejenak. Deru angin pun dapat didengari. Dato' Ikram dan Datin Insyirah masih berfikir. Masing masing terpandang kelibat gambar anak tunggal mereka yang tergantung di pintu sebelah balkoni.

Mereka saling berpandangan dan mulai tersenyum. Seolah olah memahami apa yang terlintas di fikiran masing masing.

Datin Insyirah bangun lalu memegang bingkai gambar itu. Diusap usap sambil tersenyum. "Khael je satu satunya yang boleh tolong papa dan mama..."

                 ******************

Mikhael menekan butang pada telefon di atas mejanya. "Ayyan datang bilik aku sekarang."

Rayyan merupakan sahabatnya sejak di bangku sekolah lagi. Hubungan akrab menyebabkan Dato' Ikram menerima Ayyan bekerja di bawahnya.

"Baik Encik Zafran Mikhael." Ayyan terus menuju ke bilik bosnya dan mengetuk pintu.

"Masuk." Ayyan melangkah masuk. "Ada apa Encik Mikhael?" Dia menutup pintu, lalu menghampiri bosnya.

"Tak payah nak berencik sangat dengan aku." Sambil menjeling. Ayyan tertawa kecil. Kerusi di hadapan Mikhael diduduk tanpa dipelawa.

"Yalah. Kau nak ape?" Tanya Ayyan."Weyh Ayyan. Lepas main futsal jom pergi karok?" tanya Mikhael sambil tersenyum lebar.

Ayyan menepuk dahi. "Bosan lah kau ni sikit sikit karok. Aku dah muaklah tengok kau menyanyi. Asal kecewa je lagu jiwang."

Mikhael menghentak meja. "Bila masa aku kecewa? Malam ni aku nak nyanyi lagu rock!" Ayyan berpaling ke arah kiri. Dia meneliti bilik kerja Mikhael. Pandangannya kembali bertaut dengan Mikhael.

"Bosanlah Khael. Kita pergi clubbing lah baru la remaja." Dia ketawa nakal.Mikhael bangun dari kerusinya.

"Banyak la kau remaja. Kau tu dah 27 tahun dah bukan 17 remaja konon."Dia menjeling. "Tak ada kau kena ikut juga tidak aku potong gaji kau."

"Apa ni Khael? Tak adil la macam ni." Ayyan mencebik. "Eh selama aku hidup tak pernah tengok laki majuk... Ni dapat pun rupanya macam beruk."

Ayyan tunjuk buku lima. "Yalah aku ikut..." Mikhael ketawa besar. Tiba tiba kedengaran bunyi kucing.

"Miaw miaw..."

"Apahal ringtone kau bunyi kucing Khael?" Dia menyindir.

"Diam la kau syhhhh mama aku call."Mikhael membuat isyarat senyap.

"Hello Assalamualaikum Ma. Mama sihat?"

"Waalaikummusalam.. yaa mama sihat. Khael bila nak balik sini??" Mikhael tersengih.

"Maaa Khael bussyyy laaa. Sebab tu tak balik."

"Ya ka? Ayyan cakap Khael asyik dok pergi karoeke ja.." Mikael membuat isyarat mati kau jap lagi.

Ayyan sengih tak bersalah. "Mana ada maa" Nafi Mikhael.

"Tak ada mama tak kira Jumaat ni Khael kena balik juga. Muktamad!"

Mikhael menggaru kepala." Esok? Ala ma esok Khael ada hal la maaa." Dia baru teringat esok dia ada temujanji dengan Bella,salah seorang skandalnya.

"Mama tak peduli. Kalau Khael tak balik mama suruh papa sekat semua card credit Khael." Ugut Datin Insyirah.

"Tapi.. ma.. ma.. mama! Hello,ma?" Mikhael mengeluh apabila talian sudah diputuskan. Ayyan dapat mengagak terus perlahan lahan keluar. Mikhael mengerling.

"Hoi! Kau nak pergi mana hah?" Ayyan tersenyum. "Nak gi rehat tata.."
Mikhael mengeluh. Huh nasib kawan aku.

15/5/23

Dah JodohWhere stories live. Discover now