Aulia diam sebelum menjawab. "Saya segan la Khael. Boleh tak saya panggil awak Along? Abang dan Along kan sama je."
"Ada pula panggil along.. Lia.. susah sangat ke awak nak panggil saya 'abang'?"
Aulia mengukir senyuman. "Awak cuba panggil saya sayang."
Tergagap gagap Mikhael. Dua kali lima. Sudah berapa bulan sudah mendirikan rumah tangga. Tapi masih malu sesama sendiri.
"Err saya tak biasa la."
"Hm sama la saya pun." Aulia berbaring di sisi Mikhael.
"Lia.."
"Apa?"
"Awak tak ada boyfriend ke Lia?"
"Tak ada. Kenapa?"
"Saja tanya."
"Mana atuk awak Khael?"
"Hm atuk saya dah meninggal empat tahun lepas."
"Oh.. "
Mereka berbaring ke arah masing masing.
"Lia kalau saya nak peluk awak boleh?" Lembut nada suara Mikhael.
Tergamam Aulia mendengar permintaan seorang suami. Mahu ditolak berdosa pula. Akhirnya,dia mengangguk sahaja.
Tangan kanan Mikhael mula mahu memeluk isterinya. Kencang degupan jantung si isteri. Tiba tiba..
Tuk! tuk! tuk!
Kedengaran pintu bilik diketuk.
"Khael! Nenda ni.."
Agak kecewa muka Mikhael. Aulia menghembus nafas lega.
Mikhael bangun dari katil dan membuka sedikit pintu.
"Kenapa nenda?"
"Mana Aulia?"
Aulia muncul di belakang Mikhael. "Kenapa?"
"Lia tidur dengan nenda eh? Malam esok Lia tidur dengan Mikhael."
Mikhael membuat isyarat 'tidak' sambil menggeleng geleng kepada Aulia.
"Boleh la Aulia. Malam ni sahaja." Pinta Nenda Suraya.
Aulia terpaksa mengangguk.
"Ala khael,kamu dah lama tidur dengan Lia ni. Bagilah nenda pula."
Mikhael mengiakan sahaja. "Iya nenda." Diperhatikan isterinya dibawa pergi.
********
Mereka sekeluarga sembahyang subuh beriman kan Dato' Ikram. Selesai solat.. tinggal lah Aulia dan Mikhael.
"Seronok tidur dengan nenda?"
"Seronok juga."
********
Dari balkoni tingkat tiga Mikhael memerhati Aulia yang kelihatan mesra bersama Nenda Suraya dan Datin Insyirah di taman bunga.
Tiba tiba bahunya ditepuk.
"Hei! Fikir apa ni?"
Lantas Mikhael menoleh. "Eh papa.. tak ada apa. Tu.. tengok nenda dengan mama."
Dato' Ikram memandang ke arah taman bunga tersebut.
"Tengok mama dengan nenda ke tengok isteri kamu?"
Mikhael menafi. "Mana ada la pa."
"Khael masih nak ceraikan Lia? Kalau Khael dah mula sayang Lia.. terimalah dia sebagai isteri dan jodoh kamu." Ditepuk tepuk belakang anaknya.
"Papa nak join mereka ni. Kamu nak ikut? Jom lah."
Mikhael mengikut langkah papanya.
"Ha Khael. Meh tolong nenda cangkul tanah ni."
Mikhael menghampiri Nenda Suraya. Langsung tidak memandang Aulia. Padahal isterinya sedang memerhati.
"Aulia dah berlatih panggil Khael abang?" Tanya Nenda Suraya
Tersentak Aulia. Mata beralih memandang Nenda Suraya. "Hah? Sudah nenda." Sempat gadis itu memandang Mikhael.
Tersengih sengih Mikhael membalas pandangan si isteri.
"Cepat Lia. Saya nak dengar."
Aulia tunduk sambil mulutnya menyebut. "Abang..." Tiba tiba matanya kembali bertaut dengan Mikhael. Dengan pandangan tajam. Geram.
Apa lagi,ketawa kecil mereka yang ada di situ.
29/03/24
Mikhael dah jatuh cinta keeee?
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...