Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Nasib baik cuaca agak redup sedikit. Lega hati Aulia. Matanya tidak lekang memandang Mikhael.
Kejam betullah. Kereta sampai dua biji aku kena cuci! Mikhael pula sedang berbaring atas kerusi malas sambil membaca majalah.
Aulia memegang getah paip dan memancutkan air pada cermin kereta milik Mikhael.
Tiba tiba gadis itu mendapat idea. Tidak puas melihat kesenangan Mikhael yang berehat santai.
Aulia menyorok di sebalik kereta dan menghalakan paip ke langit bersebelahan dengan Mikhail dan membuat pancutan air hujan.
Menggelabah lelaki itu setelah air turun dari langit membasahkan dirinya. Berlari lari Mikhael ke arah halaman belakang rumah untuk mengangkat kain baju.
"Lia!!! Hujan,Lia! Cepat tolong saya angkat baju."
Ketawa kecil Aulia. Padan muka!
Mikhael mengatur langkah dan berdiri di sebelah Aulia yang masih tersenyum.
"Awak yang kenakan saya kan?"
Aulia menggeleng. Getah paip disembunyikan di belakang punggung. Air paip masih mengalir.
"Saya tak buat apa apa pun."
Mikhael sekadar mengukir senyuman. Terus beredar.
Raut wajah Aulia berubah,memandang sahaja Mikhael yang beredar. Pelik. Selalunya Mikhael akan marah.
"Hmm.. biar ajelah.. mood dia elok mungkin."
Tiba tibaaaa
"Ehh kenapa takde air pulak ni?" Aulia menggoncang goncang getah paip..
"Khael! Air tak ada lah!"
Mikhael tidak kelihatan. Aulia memegang hujung paip getah itu,lalu menghalakan ke mukanya. Mana tau tersumbat.
Sebaik sahaja melihat lubangnya,laju pula air keluar. Terkena muka gadis itu! Basah lencun!
Suara Mikhael mengejek. " Haaa awak nak main air sangat kan?"
Aulia mula naik geram. Dikejar suaminya itu dengan getah paip yang masih mengalir air. Diacukan getah paip itu ke arah Mikhael.
"Khael! Awak memang sengaja!!!"
Habis mereka sama sama basah.
Mikhael cuba merampas getah paip di tangan isterinya.
"Okay okay saya minta maaf. Jangan siram lagi. Basah dah baju saya ni."
"Ah saya tak peduli! Biar kita sama sama basah!"
Mikhael tak putus asa untuk merampas getah paip itu. Aulia pula makin erat menggengam getah paip tersebut.
"Bak sini Lia! Lepaskan getah paip ni!"
"Tak boleh,lepas la! Ini getah paip saya!"
Datin Airis dan Datin Insyirah saling berpandangan melihat aksi pergelutan tersebut.
Datin Insyirah lalu menjerit. "Khael! Aulia!!"
Dek terperanjat dengan suara itu,tercampak getah paip yang direbut rebut tadi di kaki Datin Airis. Cemas muka pasangan suami isteri itu.
"Mama!!" Serentak Aulia dan Mikhael bersuara.
Datin Insyirah menggeleng.
"Ya Allah! Kami berdua ni kenapa? Macam budak budak berebut getah paip! Tengok dah basah Datin Airis ni."
*********
Di ruang tamu rumah..
Masing masing diam membisu. Datin Airis merenung anak gadisnya. Datin Insyirah menghulurkan tuala pada Mikhael dan Aulia.
"Kenapa bergaduh macam budak budak tadi? Tak malu ke?" Soal Datin Insyirah
"Ma,salah Khael.. Khael yang start dulu."
"Tak, Ma.. Salah Lia.. Lia yang kenakan Mikhael dulu. "
Datin Airis melenting. "Mummy dah agak! Kenapa suka sangat kenakan orang? Dari dulu lagi buat perangai. Ikut kepala sendiri. Suami sendiri pun tak reti nak hormat."
Mikhael mengerling isterinya yang menelan liur mendengar syarahan ibunya. Datin Insyirah turut bersimpati.
"Dua tahun tak jenguk mak bapak! Bila balik Malaysia buat perangai. Menyamar jadi gemuklah. Lepastu.."
"Mummy.. terima kasih sebab hina dan malukan Lia depan suami dan mertua Lia. Sebenarnya mummy tak boleh terima hakikat yang Lia ni tak cantik. Mummy selalu puji anak kawan kawan mummy. Alya cantik, Ainul cantik,Risa cantik. Lia malu dan sedih."
Tersentak Datin Airis dibuatnya.
"Maafkan Lia mummy. Lia bukan anak yang baik untuk mummy dan daddy. Lia sentiasa teruk di mata mummy dan daddy." Aulia lantas bangun berlalu dari situ.
Mikhael yang tadi tunduk,mendongak semula memandang kelibat isterinya yang semakin hilang daripada pandangan. Dia mula rasa bersalah.
"Sudahlah tu, Datin Airis. Kita balik rumah je lah." Pujuk Datin Insyirah. Dipandang Mikhael.
"Khael,pergi pujuk Lia. Mama dan mummy nak balik ni."
Mikhael mengiakan sahaja kata kata ibunya. Datin Insyirah dan Datin Airis berlalu pulang. Aulia masih menghilang. Entah ke mana gadis itu membawa diri
Tbc
26/7/24
Sorry lambat update guysss send more loveee
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...