BAB 26🌹

178 12 0
                                    


Selesai makan mereka pergi ke kedai dessert.

"Sedap ke?" Tanya Mikhael. Matanya memandang Aulia yang sedang memakan kek red velvet itu.

Aulia senyum dan mengangguk.

Makan pun comot. Mikhael mengambil tisu dan mengelap tepi bibir Aulia. Aulia terkaku.

"Apa?"

"Takde" jawab Aulia blushing.

"Awak tak kenyang ke makan tadi Lia?"

"Tadi tu tadi la." Jangan di ganggu nanti mood makannya hilang.

"Ye lah" Mikhael mengalah.

"Awak nak?" Tanya Aulia.

Mikhael menggelengkan kepala. "Tak nak"

"Rasalah sedap ni." Pelawa Aulia.

"Aku tak makan manis lah Lia."

"Ni tak manis sangat. Rasalah."

Mikhael memandang Aulia. Dia mengangakan mulutnya. Menunggu Aulia menyuapnya.

"Eee mengadanya nak suap." Aulia menyuap suaminya.

Mikhael mengabaikan kata² itu.

"Sedap?"

"Herm boleh laaa."

Aulia sambung makan dessertnya.

                           ********

Malam itu..

Mikhael keluar dari biliknya. Turun ke tingkat bawah. Dia ternampak Aulia sedang menonton televisyen.

"Awak tengok cerita apa ni Lia?"

"Cerita Jangan Pandang Belakang."

Mikhael mengangguk.

"Ni cerita hantu kan?" Tidak senang duduk dia dibuatnya. Dia memandang skrin televisyen.

Tiba tiba hantu muncul dalam scene tersebut. Lantas tangannya mencapai bantal sofa lalu menutup muka.

Aulia melihat Mikhael. "Oh ya tak ya juga.. Awak kan penakut."

Mikhael menjeling "mana ada takut. Saya cuma tak suka je"

Aulia mencebik. "Ohh tak takut.. jom teman saya tengok." Aulia sempat mengambil bantal yang dipeluk Mikhael tadi.

Pantang dicabar,Mikhael menerima cabaran.

Sepanjang menonton cerita tersebut Aulia tidak henti henti ketawa. Bukan kerana cerita tersebut tetapi kerana sikap Mikhael.

"Mikhael.. jangan pandang belakang awak." Sakat Aulia.

Cemas wajah Mikhael. "Ada a-apa?"

Aulia masih mahu menyakat. "Ada benda..."

"Ada apa?" Soal Mikhael geram.

Aulia ketawa terbahak bahak. "Awak takut hantu rupanya.."

Mikhael hanya diam. Aulia pula sebersalah.

"Khael? Lia minta maaf la."

"Hmmmm ye laa." kata Mikhael pasrah.

Kruek~

Mikhael tertawa kecil.

"Awak lapar lagi Lia?"

Aulia tersengih. "Jom buat Maggie."

"Yelah saya teman awak makan je."

Aulia dan Mikhael melangkah ke dapur.

Aulia menyiapkan Maggie nya.

"Awak tknak kan?"

Mikhael menggeleng.

Aulia makan dihadapan Mikhael.

"Nak sikit?" Tanya Aulia.

Gulp. Mikhael menelan air liur. Dia akhirnya mengangguk.

Mikhael mengambil Maggie Aulia.

"Eh awak tu saya punya." Kata Aulia apabila Mikhael tidak berhenti makan.

Mikhael mengendahkannya. "Awak buat la lain."

"Mana aci tu saya punyaaa." Aulia mula mendekati Mikhael.

Mikhael menjauhkan diri. Dia bangun sambil makan Maggie tersebut.

Mula berkejaran sepasang suami isteri tersebut.

"Mikhael! Bagi la balik."

"Slurpp"

Akhirnya Aulia pasrah. Dia membuat yang lain.

"Ishh tadi orang tanya tak nak"

Aulia makan  ditemani Mikhael yang tersengih.

















Tbc


15/02/24

Jangan jadi silent reader..  vote banyak² guys. 🤒




Dah JodohWhere stories live. Discover now