Selepas makan tengah hari dengan Dato' Muiz dan Datin Airis. Aulia meminta diri untuk balik.
Sampai di rumah Syaza di terus ke sofa. Syaza menghampiri Aulia dengan membawa nugget.
"Liaa.. macam mana? Parents kau terkejut tak kau pakai macam tu?"
"Hermm mestilah terkejut.. thank you do Syaza.. diaorang percaya betul aku ni gemuk." Dia mengambil nugget sambil tersengih.
Syaza memandang tajam. "Weyhhh tu aku punya kan! Nak pergi goreng laa."
"Alaa Sya nak sikit jeee."
"Tapi nasib baik ada aku kan.. kalau tak mesti rancangan kau tak jadi." Syaza memuji diri sambil tertawa terbahak bahak.
"Sedap pulak nugget kau goreng ni."
"Ambik lahh lagi." Dalam nada tidak rela Syaza berkata.
"Hehe sayaaangg kau."
"Selain parents kau siapa lagi yang nampak kau? Kot la husband to be kau pun nampak? Gerenti tak kahwin punya!!" Syaza tertawa.
"Hah! Cakap pasal dia. Aku ada cerita ni."
"Cerita laaa.. cepat."
"Tadi bakal mak mentua dengan pak mentua aku tu datang rumah mummy."
"Kkk pastu."
"Boleh pulak Datin tu hina hina kata aku gemuk.. pastu duk puji kata anak dia handsome,kurus tak sesuai dengan aku."
"Apalah makcik tu kau lawa apa.. cumaaa aku make up tu teruk sikit hahaha. Lepas tu weyh."
"Kau ni menyampuk pulak.. lepas tu anak dia datang. Dia tak mengaku tu anak dia weyh!" Sakit perut Aulia mengingatkan hal itu balik.
"Kenapa? Anak dia handsome tak?"
"Handsome apanya! Perut boroi, rambut dia botak tengah.. alahai gigi pun." Terbahak bahak dia ketawa.
Syaza turut tertawa.
"Tapi an Lia.. macam mana kalau anak makcik tu pun menyamar macam kau juga?"
Aulia terdiam. "Halah macam mana pulak ni.."
**********
Datin Insyirah dan Dato' Ikram menceroboh bilik anaknya.
"Herm ada apa ma.. pa?" Mikhael sudah dapat mengagak pasti hendak bertanyakan hal pagi tadi.
"Mama nak dengar penjelasan dari Khael. Kenapa Khael buat macam tu."
"Alaa maa. Khael buat sebab taknak wife to be Khael tu suka paras rupa Khael je."
"Tapi bagus juga rancangan Khael tu. Mama pun taknak lah Khael kahwin dengan perempuan gemuk tu."
"Abang tak setuju! Abang nak juga Khael kahwin dengan anak Dato' Muiz tu. Syarikat Dato' Muiz tu terlalu maju. Senang nak tolong syarikat abang."
"Apa abang ni! Taknak lah saya bermenantukan perempuan macam tu. Habis la Khael nanti."
"Awak nak tengok syarikat saya muflis ke hah?"
"Alah mama papa jangan risau lah. Nanti Khael kahwin dengan dia untuk syarikat papa. Sampai masa nanti Khael ceraikan dia."
"Mama setuju."
"Soal tu papa tak nak masuk campur. Yang penting syarikat papa akan ok." Dato' Ikram keluar dari bilik anaknya.
"Mikhael tahu tak nama anak Datin Airis tu?"
"Apa ma?"
"Qaseh Aulia."
"Apa? Aulia? Aulia ke ma?"
"Kenapa? Bekas ex kamu ke?"
"Takde lah cuma tak suka dengan nama Aulia."
"Halah banyak perempuan nama Aulia dalam dunia ni.. ada kurus ada gemuk ada cantik."
Mikhael hanya mengiakan sahaja.
21/7/23
YOU ARE READING
Dah Jodoh
RomanceKAHWIN?! Minta maaflah! Qaseh Aulia mahu enjoy dahulu.Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan,dia tetap tidak akan terima. "Daddy nak jodohkan aku dengan anak kawan dia?Aku tak nak dikecewakan lagi.Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lel...
